Wednesday, December 4, 2019

Nisakay Ke Jepun - Meneroka barat Jepun bersama JR West Railway! (PART 4)



Hai semuaa!! Pengembaraan di bumi Jepun diteruskan lagi ya. Tak sabar nak kongsi lebih banyak info mengenai tempat-tempat yang Nisa dah pergi dan juga tentang kemudahan keretapi JR West yang sangat memudahkan Nisa sepanjang Nisa di Kansai. 

Hari kelima kami, setelah selesai sarapan di Hotel Vischio Amagasaki, kami menaiki Shinkansen dari JR Amagasaki Station menuju ke Shin Osaka. Di stesen Shin Osaka pula, kami menaiki Shinkansen Nozomi 155 menuju ke Okayama. Haaa berapa kali tu naik Shinkansen, semuanya menggunakan JR West Rail 7-Days "Kansai - Hokuriku" Area Pass! Jimat banyak sangat!



Perjalanan menuju ke Okayama memakan masa kurang 1 jam. Haaa laju betul Shinkansen ni! Puas hati dapat naik Shinkansen banyak kali dan pergi ke lokasi sekitar Kansai dengan hanya menggunakan satu tiket! Berbaloi sangat! Lihatlah sendiri seperti di dalam gambar di atas, bangunan Okayama Station ni betul-betul bersebelahan dengan Hotel Granvia Okayama, hotel yang kami duduki di sini. Rangkaian Hotel Granvia dan Hotel Vischio semuanya di dalam kawasan stesen keretapi. Sebab tu hotel-hotel ni menjadi pilihan kami!




  • HOTEL GRANVIA OKAYAMA 

Bangunannya terletak betul-betul di sebelah JR Okayama Station, akses yang mudah kepada pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi juga. Bilik yang sangat selesa, kamar mandi dan bilik air berasingan.




Lihatlah bilik kami yang luas dan sangat selesa! Lengkap dengan city view dari tingkap bilik hotel kami, kami dapat lihat stesen keretapi, stesen bas dan bangunan-bangunan di sekitar kawasan hotel. Memang berbaloi lah duduk dekat sini kan? Haa dah sampai Okayama ni takkan nak duduk di bilik saja kan? Jom jalan-jalan!





  • KORAKUEN GARDEN, OKAYAMA

Di mana-mana daerah di Jepun ni, Nisa rasa mesti ada Japanese Garden yang cantik dan popular. Di Okayama, Korakuen Garden merupakan Japanese Garden yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Lokasi yang sangat sesuai dijadikan tempat bersiar-siar, picnic, dan mempelajari sejarah dan informasi mengenainya. 



KORAKUEN GARDEN, OKAYAMA

Opening daily from 
7.30am - 6.00pm (20 March ~ 30 Sept)
8.00am - 5.00pm (1 Oct ~ 19 March)

Entrance fee : 
410 yen (15 years old ~ 64 years old)
140 yen (65 years old and above)

Visit this website for more info : https://okayama-korakuen.jp/section/english/




Selain itu, anda juga boleh mengunjungi sebuah tea house yang terletak di dalam Korakuen Garden ini untuk menikmati manisan yang sangat popular di daerah Okayama iaitu Kibidango dan juga hot green tea. Sedap sungguh Kibidango ni! Dia macam mochi jugak lah. Lembut dan manis. Kibidango yang Nisa makan ni merupakan Kibidango yang telah disahkan halal. Sijil pengesahan juga turut dipamerkan di kedai ni.



Korakuen Garden ni luas sangat dan banyak instagrammable spot juga. Siapa yang suka bergambar wajib datang sini! Taman yang bersih, banyak keindahan semula jadi dan banyak perkara yang boleh dilakukan di sini. Ada spot untuk beri makan ikan dan itik di tasik yang ada di dalam taman ni juga!




  • MILENGA INDIAN CUISINE

Untuk makan tengahari, kami menikmati makanan India di restoran ini. Menu makanan mereka terdiri daripada makanan vegan dan juga non-vegan. Untuk bahan masakan, mereka tidak menggunakan sebarang pork jadi tak perlu risau ya. 




Memang puas hati makan di sini, portion nya agak besar. Mengenyangkan sungguh! Barulah ada tenaga nak sambung berjalan-jalan di sekitar Okayama, kan? Untuk pelanggan Muslim, di bahagian basement restoran ini juga disediakan ruang untuk bersolat. 



  • KURASHIKI, OKAYAMA

Seterusnya kami jalan-jalan ke Kurashiki. Ramai pengunjung di sini, memang antara spot yang wajib anda kunjungi jika ke Okayama tau! Di kawasan ini banyak terdapat rumah kedai, dan beberapa tarikan lain. Macam biasalah, kalau travel mesti nak cari lokasi yang cantik untuk ambil gambar, kan? Haa di Kurashiki ni sangat ideal untuk ambil banyak-banyak gambar!




  • MAKING YOUR OWN "MURA SUZUME"

Haaa kalau berkunjung ke Kurashiki, dengan mudahnya anda dapat melihat sebuah kedai seperti di dalam gambar yang Nisa kongsikan di atas. Kedai yang dikenali sebagai Kikkoudou ini menyediakan sesi membuat mura suzume bersama pengunjung. Mura suzume merupakan makanan tradisi di sini, kalau nak lebih faham dia macam pancake yang berintikan kacang merah! Haa lembut dan sedap. Dengan hanya membayar 600 yen, anda berpeluang membuat sendiri mura suzume!




Kurashiki terkenal dengan beberapa tarikan di sekitarnya. Tempat yang Nisa ambil gambar ni merupakan Canal Area yang dijaga dengan baik dan bersih. Disekelilingnya terdapat banyak kedai-kedai dan juga tea house yang sedia dikunjungi pelancong. Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda juga boleh ke Ohara Museum, Ohashi House dan Ivy Square.





Para pengunjung juga boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar kawasan ini. Atau menyewa kimono. Nak shopping pun seronok sebab banyak kedai-kedai menarik di sini, seperti kedai washi tapes, kedai cenderamata dan kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman. Setelah puas berjalan-jalan di sekitar Kurashiki, kami pun kembali ke hotel.





Kami di bawa ke sekitar kawasan hotel, dan pihak hotel telah berbesar hati berkongsi dengan kami jenis-jenis bilik yang terdapat di hotel ini dan juga melihat beberapa fasiliti hotel seperti kolam renang dan bilik sauna.




Istimewanya di Hotel Granvia Okayama ini, mereka turut menyediakan fasiliti yang Muslim Friendly, seperti ruangan untuk bersolat yang terletak di tingkat satu. Peralatan seperti bangku, sejadah, tuala, selipar turut disediakan di bilik ini. 




  • DINNER @ APPLAUSE RESTAURANT, HOTEL GRANVIA OKAYAMA


Makan malam kami sungguh istimewa. Kami dihidangkan dengan makanan-makanan Muslim Friendly. Berada di tingkat tertinggi di hotel ini, restoran Applause turut menyajikan city view yang sangat cantik pada waktu malam. Wahh boleh lah menikmati pemandangan sambil makan makanan yang enak! 



Untuk sarapan pagi, penginap Muslim boleh melihat tanda "Okayama Peach" pada  makanan tersebut. Setiap nama makanan akan diletakkan tanda Okayama Peach ini untuk makanan yang halal. Jadi tak perlu risau sekiranya terkeliru ketika memilih makanan. Pihak hotel sudah menyediakan cara mudah untuk anda mengenal pasti makanan yang boleh dinikmati oleh pengunjung Muslim.



Baiklah.. sampai di sini sahaja, jumpa di blogpost seterusnya !





NISA KAY.



Read More»

Copyright © Nisa Kay