Tuesday, October 29, 2019

Nisakay Ke Jepun - Meneroka barat Jepun bersama JR West Rail! (PART 2)



Assalamualaikum semua...

Haa semakin teruja nak berkongsi lagi dan lagi dengan readers semua. Ye lah kita sekarang jarang update blog, risau pula tak ada yang sudi singgah dah. Kepada yang baca blogpost dan komen, terima kasih! Jom kita teruskan perjalanan di bumi barat Jepun okay! Siapa yang belum baca Meneroka barat Jepun bersama JR West Rail PART 1, jangan lupa baca dulu okay?


Credit photo Osaka Info
  • UMEDA SKY BUILDING, OSAKA

Bangunan pencakar langit ni merupakan antara yang wajib anda lawati sekiranya anda berkunjung ke Osaka. Kalau anda naik tren dan turun di JR Osaka Station, nak ke Umeda Sky Building ni hanyalah 10 to 15 minutes walking distance sahaja. Dari entrance stesen dan boleh nampak bangunan ini. Nervous nya rasa nak naik ke sini, sebab Nisa dah pernah pergi masa tahun 2015 tapi sebab takut tinggi, Nisa tak naik sampai atas sekali.



Pertama sekali, anda perlu menaiki lif di bangunan yang pertama, sehingga ke tingkat 35. Seramnya ya ampun sebab lif tu dinding kaca ! Dari tingkat 35 tu, anda kena naik ke tingkat 39 di bangunan sebelah dengan menggunakan mid-air escalator ni. Tengok sajalah muka Nisa yang tengah cover perasaan takut tu! Memang Nisa pandang straight je ke depan tak toleh kiri kanan dah! Haha.



Dah sampai ke bangunan sebelah di tingkat 39 tu, boleh lah beli tiket untuk ke Sky Garden. 

Umeda Sky Building website : https://www.skybldg.co.jp/en/
Open daily from 9.30am - 10.30pm
Entrance fee : 1500yen (Adult)  /  700yen (4 - 12 years old)
TIPS : Show your JR West Pass to enjoy 10% off discount






Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Umeda Sky Building adalah :
  • Mengambil gambar dengan berlatarkan kotaraya Osaka 
  • Menikmati pemandangan 360 darjah bandar Osaka
  • Mengabadikan kenangan di Love Lock Gate di puncak Umeda Sky Building
  • Menikmati minuman dari kafe sambil menikmati city view
  • Membeli cenderahati Umeda Sky Building



  • KOBE MUSLIM MOSQUE

Dari Osaka Station, kami mengambil tren Special Rapid Service ke Sannomiya Station dan berjalan kaki ke masjid ini. Teruja rasa di hati apabila berkunjung ke negara orang, dan dapat melawati masjid yang terdapat di sana. Masjid ini merupakan masjid yang pertama sekali dibina di Jepun pada tahun 1935. Masjid ini masih kukuh berdiri walaupun mengharungi zaman Perang Dunia Kedua dan tragedi Great Hanshin Earthquake.




Reka bentuk senibina masjid ini menggunakan Ottoman architecture, dengan keluasan sederhana, cukup untuk menampung komuniti muslim di kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun, sebarang aktiviti mengambil gambar dan merekod video di dalam masjid ini tidak dibenarkan ya. Jadi kita bergambar di luar sahaja.

Laman web : Kobe Muslim Mosque




  • HALAL RESTAURANT : NAAN INN

Di sekitar kawasan Kobe Muslim Mosque ni ada beberapa kedai makanan halal yang anda boleh kunjungi, juga grocery shop yang menjual produk halal. Makanan yang kami order di Naan Inn Restaurant ni boleh tahan berpatutan harganya dan portion nya banyak! Puas hati dan kenyang makan di sini.



  • KITANOZAKA STARBUCKS

Kepada peminat Starbucks! Anda patut singgah ke Kobe Kitano-jinkan Starbucks ini! Ianya juga dikenali sebagai Kitanozaka Starbucks. Ia merupakan lokasi yang sangat instagrammable! Boleh lah bergambar di pelbagai sudut menarik di sini sambil menikmati kopi enak! Dari luar pun dah cantik!




Memandangkan rekaan dalaman Kitanozaka Starbucks ni unik dan menarik, tidak hairanlah cawangan ini menerima ramai pengunjung. Jadi hanya ada beberapa spot sahaja yang dapat Nisa ambil gambar, banyak lagi photo spot yang menarik sebenarnya. Anda kena berkunjung sendiri ke sini tau!



  • KOBE IJINKAN-DORI

Sekitar Kitanozaka Starbucks itu tadi merupakan kawasan tarikan pelancong yang dikenali sebagai Ijinkan-Dori. Kawasan tersebut terdiri daripada kawasan perumahan yang berkonsepkan Western houses and building. Ada pelbagai binaan yang menarik di sekitarnya, memang cantik kalau ambil gambar.

Laman Web : Kobe Kitano Ijinkan




Selain mempunyai pelbagai binaan yang cantik dan unik, kawasan Ijinkan-dori ini terdapat banyak kafe-kafe yang menarik, rumah yang boleh dikunjungi pelancong dan juga trick-eye museums. Sambil bersiar-siar pelancong boleh juga shopping di sini sebab Nisa lihat ada kedai-kedai baju dan cenderahati di sepanjang jalan. Dah puas berjalan di Ijinkan-dori ni, kami berjalan kaki kembali ke JR Sannomiya Station. 



  • HIMEJI STATION

Dari JR Sannomiya Station, kami menaiki tren Special Rapid Service ke Himeji Station. Stesen ini boleh tahan besar dan luas juga, serta bersambung dengan bangunan membeli belah. Pemandangan dari tingkat tinggi pun cantik juga, nampak city view dan castle view kerana Himeji Castle tidak jauh dari stesen ini.



Apa yang menariknya, dari tingkat 2 di bahagian luar Himeji Station ini mempunyai Observatory Deck yang memperlihatkan pemandangan Himeji Castle terus dari situ. Dari kejauhan terlihat istana tersebut tersergam indah, bolehlah anda mengambil gambar kenang-kenangan dari deck tersebut. 




  • HIMEJI CASTLE

Dah sampai dekat Himeji ni tentu-tentunya kena singgah di tarikan utamanya iaitu Himeji Castle atau juga dikenali debagai Hakurou Castle (White heron Castle) kerana bangunannya yang berwarna putih dan dari jauh tampak berkilau apabila terkena cahaya matahari. Nisa jalan kaki je dari Himeji Station tadi, tapi kalau nak lebih cepat sampai dan tidak penat boleh naik teksi atau bas atau sewa basikal dari Himeji Station.



Himeji Castle website : https://www.himejicastle.jp/en/
Open daily from 9.00am to 4.00pm (only closes on 29th and 30th December)
Admission fee : 1000 yen (Adult 18 years and avove)  |  300 yen (6 - 18 years old)

TIPS : Show your JR West Pass to enjoy 20% discount !!



Istana ini tutup agak awal ya, iaitu pada jam 4.00 petang. Jadi rancangan perjalanan anda untuk ke sini, atau pun boleh datang awal pagi agar lebih selesa untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan istana. Memandangkan Nisa jalan kaki ke istana ini, Nisa dapat lihat terdapat kedai-kedai di sekitar istana yang menyediakan perkhidmatan menyewa kimono. Boleh lah jalan-jalan dalam istana dengan pakaian tradisional Jepun! Kedai snek, aiskrim dan cenderehati juga banyak terdapat di kawasan depan istana.


Selesai bersiar-siar di Himeji Castle, kami menaiki Shinkansen ke Shin-Osaka Station, dan bertukar ke tren biasa untuk kembali ke Osaka Station. Haa jimat dan sangat berbaloi kerana dengan JR West Pass ini, anda turut boleh menaiki Shinkansen (Bullet Train) - Nozomi dan Mizuho. Jika anda mempunyai JR Nation Wide Pass pun tak boleh naik tau!




  • OSAKA STATION CITY : PRAYER ROOM

Setibanya kami di Osaka Station City (nama stesen ini seperti sebuah bandar, kan? Semuanya tersedia di dalam satu bangunan yang sangat besar!), kami ingin menggunakan surau kerana kami dah check out hotel dan akan check-in hotel lain malam ini. Di Osaka Station City ada menyediakan Prayer Room yang boleh digunakan oleh para pengujung. Namun ruang yang terhad memerlukan anda untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan ruang tersebut bagi memastikan keselesaan untuk setiap pengguna. Untuk mendaftar, anda perlu ke kaunter informasi yang terletak di tingkat 3.




Di kaunter informasi tersebut, para pekerja akan menjelaskan kepada anda berkenaan lokasi Prayer Room terbabit dan lain-lain info mengenainya. Untuk menggunakannya, anda perlu mengisi borang yang disediakan. Anda harus menyatakan tempoh untuk menggunakan Prayer Room tersebut, contohnya 15 minit atau 30 minit. Dan di dalam borang tersebut, anda perlu menyatakan berapa orang (lelaki dan wanita) dan akan menggunakannya.





Prayer Room ini terletak di luar South Central Gate, sangat dekat dengan pintu masuk Hotel Granvia Osaka. Apabila anda sudah mengisi borang terbabit, pihak Information Counter akan unlock pintu Prayer Room dan di skrin akan terpapar seperti di dalam gambar di atas, menandakan bilik ini sedang digunakan.




Prayer Room ini mempunyai dua ruang yang berlainan untuk pengguna lelaki dan juga wanita. Terdapat sejadah dan penanda arah kiblat tersedia, serta ruang mengambil air wudhu yang sangat selesa. Bagi Nisa, untuk solat mungkin boleh memuatkan dua tiga orang dalam satu-satu masa, tapi jika mahu lebih selesa boleh lah bergilir-gilir sekiranya anda datang lebih dari dua orang.




  • OSAKA STATION CITY : WATER CLOCK

Selepas kami ke Prayer Room, kami berkunjung ke antara tarikan utama di Osaka Station City ini iaitu Water Clock. Water Clock ini juga terletak di South Central Gate di South Gate Building, lebih tepatnya berhadapan dengan Prayer Room itu tadi. Senang sangat nak jumpa.




Water Clock ini sangat unik dan memaparkan ucapan selamat datang dalam beberapa bahasa, juga memaparkan waktu. Tips Nisa, untuk mengambil gambar di sini sebaiknya datang pada waktu malam kerana paparan air tersebut lebih jelas di dalam kamera di waktu malam. Setting kamera tu elok-elok, dan dapatlah capture momen-momen paparan air tu..




  • HOTEL VISCHIO OSAKA

Malam ketiga kami di bumi Jepun, kami bertukar ke hotel lain yang juga berhampiran dengan Osaka Station City iaitu Hotel Vischio Osaka. Hotel ini sangat cantik dan baru sahaj dibuka pada june 2018 yang lalu. Semua Vischio dan juga Granvia terletak berhampiran dengan stesen keretapi jadi sangat mudah sebenarnya kalau anda stay di hotel ini.



Selain terletak berhampiran dengan stesen keretapi, Hotel Vischio Osaka juga berhampiran dengan beberapa tarikan utama di Osaka seperti Umeda Sky Building. Kedai-kedai menarik dan pusat membeli belah juga berada di sekitarnya. Jadi selain boleh berjalan kaki ke stesen keretapi, anda juga mudah mendapatkan pengangkutan awam yang lain seperti bas.




Baiklah sekian perjalanan Nisa untuk hari ketiga Nisa di bumi Jepun. Terima kasih kerana sudi baca! Nanti Nisa sambung lagi!





NISA KAY.

40 comments:

  1. sky bridge tu, kalau org offer FOC pun kita x mau naik. gayat n seram rasanyaT__T

    kat kawasan Nisa pergi tu, senang tak nak berinteraksi dalam english?kan Jepun terkenal dengan budaya cakap dialek negeri Jepun sahaja..

    Sekarang ni, kat Jepun musim apa yer?tengok nisa pakai sweater, mesti cuaca agak sejuk kat sana..

    Red Linda ~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most of the time memang susah nak cakap English. Tapi dekat information counter ada je staff yang boleh cakap English. masa Nisa pergi dah nak masuk musim autumn. sebab tu angin dia agak sejuk.

      Delete
  2. Dah ke Tokyo tapi belum ke Osaka. Bagus ya dia orang ada Prayer Room kat stesen lg mudahkan pengunjung Islam solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul!
      Kalau datang Osaka, jangan lupa ke Universal Studios Japan. Ada istana Harry Potter memang best ride dia!

      Delete
  3. entah bila kita nak sampai jepun ni. tapi dengan pakej yang nisa khabarkan ni macam boleh slow slow plan untuk fly ke jepun tahun depan. insyaAllah mana tahu rezeki datang cepat daripada kita sangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dah tu slow slow plan utk next year. hujung tahun ni mesti banyak tiket flight harga berpatutan kan? boleh target beli tix dulu, then slow slow saving utk belanja trip. heheh.

      Delete
  4. menariknya.. memang gayar gila part naik bangunan tetinggi tu... water clock tu sememangnnya menarik sebab air jadi nombor... amazing gila teknologi dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gayat giler !hahaha
      masa first time pergi tak naik sampai ke luar tu. kali ni pergi mesti naik!

      Delete
  5. Sis dah ke osaka, tapi bila tengok gambar2 Nisa ni..kisahnya banyak jugak tempat yang sis tak terjah, nampak gaya kena gi sekali lagi ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa apa lagi dah boleh dah tu plan utk next year hehe

      Delete
  6. Bestnya Nisa dapat meneroka Jepun, Jepun memang ada dalam wishlist travel akak, belum check out lagi dari wishlist..entah bila la dapat pergi..sekarang tiket pun tak mahal sangat kan..kena start menabung lagi ni...banyak tempat nak pi..cantik sangat semua gambar yang Nisa share

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu!
      jom menabung sama sama. boleh plan utk trip next year ke kan.

      Delete
  7. seronoknya dapat tengok pemandangan cantik. teringin nak naik bangunan tinggi tu. himeji castle tu pun cantik! in shaa Allah nak pgi jepun nnti.

    ReplyDelete
  8. Beautiful country indeed & they are so Muslim-friendly with halal food + prayer rooms too. Their Starbucks looks so different from ours in Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. it is very interesting that different countries got different concept of starbucks outlet.

      Delete
  9. nisa dan jepun berpisah tiada.. bila nak dtg rumah aku ni nisa?

    ReplyDelete
  10. Wahh cantiknya Jepun bestnya dapat pergi sana kita teringin juga kalau ada yang nak bawa pergi sekali ke sana hehehe tengok tempat semua best masjid cantik besar kat sana dan mesra muslimkan bestlah nanti Nisa bawa kita sekali ok.....

    ReplyDelete
  11. Seronoknya tgk pengalaman nisa kat sana. sempat pergi banyak tempat Kitorg hari tu hanya pergi beberapa tempat je macam masjid kobe dgn osaka castle. Nampaknya macam kena plan lagi je ke sana.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa boleh lagi tu plan lagi...
      pergi universal studios japan nak?

      Delete
  12. ahhh bestnya! japan is so cantik! teringin giler nak pergi. tengok nisa punya ig story masa pergi tu semua nampak best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss! japan cantik sangat! kita belum move onnn

      Delete
  13. salah satu wishlist juga untuk ke Jepun. Tapi itulah rakyat jelata ramai, so kena bijak pilih pakej yang murah. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. nak pergi negara yg mahal boleh je asalkan kita plan betul2 perjalanan dan perbelanjaan.

      Delete
  14. Bestnyaaa nisa. Lagi2 umeda sky building tu. Nur dah la suka tempat tinggi. In shaa Allah ada rezeki nak ke sana jugaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat pemandangan kat atas Umeda tu.
      boleh la plan ke osaka nanti!

      Delete
  15. Bestnya semua tempat Yang nisa visit kat jepun. Bila lah dapat ke jepun ni. Teringin sangat lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah semoga dimurahkan rezeki, dapat travel ke jepun :D

      Delete
  16. Seronoknya kita memangdah lama berangan nak pergi jepun. Nanti nak masukkan semua dalam wishlist

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dah plan slow slow utk tahun depan hehe

      Delete
  17. Seronok tgk bila pg sane btul2 utk travel. Bergmbr dkt semua tmpt n ingt nama2 tmpt. Saya penah pg thun 2010 dlu. Mse tu sy tgh study dkt korea n jalan2 jepun sbb jmpe member kat sane. Sobs. Ingt pegi asakusa dgn masjid ape ntah namenye. Lps ni klo pegi jepun lg nk snap byk2 gmbar mcm nisa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kita pun tak tahu lagi bila dapat jejakkan kaki lagi ke sini. so haruss abadikan sebanyak mungkin kenangan!

      Delete
  18. Teringin betul nak pi ke jepun... Tapi tu la belum ada rezeki lagi...nanti boleh rujuk ur blog for ref la

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Jepun banyak sangat tourist attractions. boleh la plan.

      Delete

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay