Thursday, October 3, 2019

Perayaan "The Day of The Dead" di Lost World Of Tambun sempena bulan Halloween!


It's the month of Halloween again!!! Bersempena perayaan global ini, semestinya taman-taman tema berlumba-lumba untuk hadir dengan tema yang bersesuaian dengan Halloween, sekaligus menarik lebih ramai pengunjung. Kalau bulan Halloween, tema dia mesti hantu-hantu yang biasa kita tengok dalam filem-filem orang putih kan? Haa kali ni Sunway Lost World of Tambun, Perak telah datang dengan tema baru yang sangat meriah - THE DAY OF THE DEAD !!




Dia de Los Muertos

Apa tu The Day of The Dead? Ianya merupakan perayaan yang diraikan oleh warga Mexico terutamanya, dalam meraikan dan mengingati mereka yang telah mati. Mereka percaya semua yang telah mati hidup di alam lain, dan penting untuk mereka sentiasa mengingati si mati agar si mati terus "hidup" di alam satu lagi. Pernah tengok filem animasi The Book of Life (2014) tak? Atau yang agak latest filem animasi Coco (2017) ? Haa ini adalah antara filem-filem yang menggunakan The Day of The Dead sebagai intipati filem. Perayaan ini dikenali dengan festival melukis wajah dengan motif tengkorak dan pakaian yang berwarna-warni.



DAY OF THE DEAD di Lost World of Tambun akan berlangsung sepanjang bulan Oktober ini. Lebih menarik lagi, tarikan utama mereka bersempena tema ini adalah Luminous Forest yang pasti tidak boleh dilepaskan oleh semua pengunjung! Ada bermacam jenis aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Oktober ini dan ada tawaran menarik untuk tiket masuk. Boleh check semua info di laman web Sunway Lost World of Tambun (klik : Day Of The Dead LWOT).



Baru-baru ini, Nisa berserta rakan-rakan blogger dan pihak media dijemput ke Lost World Of Tambun untuk menghadiri majlis pelancaran "Day Of The Dead". Excited sungguh sebab kami bakal menjadi antara pengunjung pertama yang akan melihat tarikan utama perayaan ini iaitu Luminous Forest! Majlis dilancarkan oleh Mr Nurul Nuzairi, General Manager of LWOT dan dihadiri oleh YB Tan Kar Hing, EXCO Tourism, Arts & Cultures Committee, serta YB Howard Lee Chuan How, EXCO Youth, Sports & Human Development. 



Blood Beverage Bag. Haaa  sebenarnya minuman istimewa ini akan diberikan kepada para pengunjung yang akan hadir ke Party Of The Dead, iaitu acara kemuncak untuk sambutan The Day of The Dead di penghujung Oktober nanti. Yang istimewanya, sekiranya anda hadir ke acara kemuncak ini berpakaian mengikut tema, anda akan dapat tiket masuk ke Party of The Dead dengan diskaun 50% !! Wowowww... Okay baiklah, Nisa nak bawa anda semua ke Luminous Forest....




Kami semua dibawa menaiki kenderaan menuju ke pintu masuk Luminous Forest. Ada jambatan di atas air dan hanya beberapa pengunjung dibenarkan melewatinya pada satu-satu masa. Woww kena jalan sorang-sorang ke ni? Haha tidak lah... Boleh jalan berdua ke bertiga ke sekali masuk, supaya semua dapat menikmati Luminous Forest tanpa bersesak-sesak di dalamnya nanti sebab kena jalan kaki naik turun tangga sikit kat dalam tu.



Ini antara gambar yang Nisa ambil ketika berjalan-jalan di dalam Luminous Forest. Ini kalau tengok sendiri depan mata, memang kurang ingat nak ambil gambar sebab cantik sangat! So mesmerizing! Memang terpana lah orang kata ! Kat dalam ni ada pit stop untuk bergambar dengan jurukamera yang disediakan. Nisa tak ingat pulak berapa minit Nisa kat dalam ni. Tapi Nisa memang jalan-jalan tu Nisa take time tak rushing. Dan sesekali ada terserempak beberapa karakter Day of The Dead tengah berkeliaran dalam tu hehee..




Meh Nisa belanja sikit lagi gambar-gambar sekitar Luminous Forest di Lost World of Tambun. Memang cantik betul! Lebih-lebih lagi kalau tengok sendiri ! Ini bermakna, anda harus ke sana sendiri dan alami pengalaman Luminous Forest yang pertama kali diadakan di Malaysia ni! Sedikit trick : Pakai pakaian berwarna putih agar anda pun turut sama "glow in the dark" ! Haa menarik bukan!



Majlis pelancaran DAY OF THE DEAD telah diadakan dengan penuh meriah! Terdapat persembahan istimewa dan ramai yang berpakaian mengikut tema. Awesome betul! Rugi rasa tak join ikut tema dia! Haaa tapi masih ada peluang untuk sama-sama memeriahkan tema ini pada penghujung Oktober depan!



Tarikan Day of The Dead kini sedia menerima pengunjung sepanjang bulan Oktober ini dan acara kemuncak istimewa yang dipanggil PARTY OF THE DEAD akan diadakan pada 31 Oktober 2019 nanti, dan sekiranya anda datang dengan mengenakan pakaian / mekap mengikut kostum Halloween, anda layak menerima diskaun sebanyak 50% untuk tiket walk-in !


Kunjungi laman web dan laman sosial Lost World of Tambun untuk pelbagai promosi lain serta info lanjut :

WEB PAGE :

INSTAGRAM :

FACEBOOK PAGE :

TWITTER :

YOUTUBE CHANNEL :




NISA KAY.

Read More»

Copyright © Nisa Kay