Wednesday, September 11, 2019

Kedai Cermin Mata Murah dan Viral di Sungei Wang Plaza KL

www.wasap.my/60176027433

Assalamualaikum...

Pernah tahun lepas rasanya Nisa kongsikan mengenai tempat buat cermin mata murah yang teramat dekat Sungei Wang Plaza. Nisa kongsikan melalui laman Twitter. Bangun je esok pagi mak oii sampai beribu-ribu retweet kepada tweet tu! Tapi tu kisah tahun lepas lah. Nak cari balik tweet tu entah kat mana-mana tah. 


Tak sangka rupanya ramaiiii lagi yang tak tahu dekat Sungei Wang Plaza ada kedai cermin mata yang jual spek murah gilaaa dan kedai tu went viral jugak. Haa nak kongsi melalui Twitter susah nak kongsi lebih banyak info sebab satu tweet ada limit kan. So alang-alang tu, eloklah kiranya Nisa kongsikan melalui blog je senang baca semua info sekali harung.



Kedai yang Nisa pergi buat cermin mata ni nama dia EYE SMART VISION, bertempat di lot G114 Ground Floor, Sungei Wang Plaza. Dari jauh dah perasan kedainya yang senang nak cari dekat level G tu dan suasana kedai yang luas dan cerah. Haaaa konfem selesa nak pilih-pilih cermin mata nanti. Makin Nisa datang dekat, makin bersinar-sinar mata Nisa tengok pilihan bingkai cermin mata yang bermacam.



Macam biasalah, orang yang rabun tinggi macam Nisa dan bekerja pulak depan skrin phone atau komputer.. setiap kali pergi kedai nak buat cermin mata mesti kena check dulu power mata semasa. Kot lah silau naik ke, power naik ke berbanding tahun lepas. Haa setelah check, ternyata silau Nisa meningkat berbanding tahun lepas. Jadi, penting untuk Nisa buat cermin mata dengan lens yang sesuai untuk silau.



Bila dah check power dan silau, maka tibalah masa untuk masuk ke bilik kelakar ni. Haha! Kenapa kelakar? Sebab macam biasalah kita kena pakai bingkai ni, dan staff akan bantu kita uji lens yang mana sesuai untuk our current sight condition. Dalam bilik nilah biasa kita akan check cerah ke tak, jelas ke tak kalau tengok tulisan kecil. 



Here comes the fun part of buying new spectacles - choosing frames!! Memang excited sangat sebab kedai EYE SMART VISION ni ada banyak sangat pilihan! Amboi memang pening nak pilih yang mana satu.. sebab banyak yang cantik, yang latest trend, yang Korean style.. eh semualah. Okay memandangkan cermin mata lama Nisa berbingkai tebal dan style cat-eye, jadi Nisa nak cari style yang berlawanan.



Semasa kunjungan Nisa ke EYE SMART VISION minggu lalu, Nisa diberitahu transparent frame ni adalah trend semasa yang menjadi kegilaan ramai. Nisa perasan juga tu, ramai dah kawan-kawan yang beli bingkai cermin mata macam ni. Nisa nak jugak beli bingkai begini, tapi target Nisa adalah bingkai halus atau yang lebih nipis. 



Haaa punyalah bermacam jenis bingkai yang ada dekat EYE SMART VISION ni, mudah je nak cari apa yang kita nak. Tapi jadi susah nak buat keputusan sebab banyak yang cantik-cantik!! Bingkai cermin mata Korean style pun masih menjadi tumpuan ramai. Ramai juga yang datang memilih-milih bingkai jenis ni.



LENSA KHAS SILAU

Di EYE SMART VISION, mereka menawarkan lensa yang khas untuk mereka yang mempunyai level silau yang tinggi. Lensa ini dipanggil Alpha 420 dan lensa ini akan membantu untuk menghalang cahaya tembus cermin mata anda. Ini sangat sangat membantu untuk mereka yang mempunyai silau yang tinggi dan sukar untuk memandu di waktu malam terutamanya. Berbaloi sangat tambah sedikit wang untuk tukar kepada lens Alpha 420 ini. 



Dan selepas pilih pemeriksaan mata serta pemilihan bingkai, anda hanya perlu tunggu 1 jam sahaja ! Sekejap jee tu! Dalam Sungei Wang Plaza tu ada macam-macam kedai, boleh window shopping dulu atau lepak minum dan makan. Takkan sedar punya 1 jam berlalu macam tu je, tahu-tahu je dah boleh datang ambil cermin mata. Mudah bukan?



Kenapa Nisa pilih EYE SMART VISION ??
  • Harga murah dan sangat berpatutan. 
  • Lensa khas Alpha 420 sangat berbaloi untuk mereka yang silau tinggi.
  • Kos tambahan untuk pilihan lens yang lebih nipis berpatutan!
  • Pilihan bingkai yang pelbagai dan trend terkini.
  • Cermin mata siap dalam masa 1 jam sahaja.
  • Staff yang sangat membantu dan informative.
  • Ruang kedai yang terang dan luas selesa untuk Nisa move around memilih bingkai.


Pendek kata memang best lah EYE SMART VISION ni! Di Sungei Wang Plaza sahaja dah ada 3 outlet di bawah syarikat yang sama. Tapi, yang Nisa pergi ni merupakan outlet mereka yang paling terkini dan baru bukak di G floor. Senang nampak dari escalator. Siapa yang nak buat cermin mata, boleh ramai-ramai ke EYE SMART VISION, kedai cermin mata murah dan viral di Sungei Wang Plaza.


INSTAGRAM : 

FACEBOOK PAGE : 

ALAMAT : 
Lot G114, G Floor, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur

WHATSAPP : 



Nisa Kay.


Read More»

Copyright © Nisa Kay