Sunday, August 11, 2019

Mekap ringkas tampak glowing dengan PIXY Make It Glow Series !



Assalamualaikum hai semua!!

Nisa dah lama tak menaip mengenai produk mekap ni, jadi excited sikit dengan perkongsian hari ni! Baru-baru Nisa berkesempatan ke majlis pelancaran rasmi produk terbaru PIXY iaitu PIXY Make It Glow Series !! Teruja betul dapat bersama-sama di dalam majlis ni. Dapatlah Nisa mencuba dan melihat-lihat produk PIXY yang terbaharu.



Oh ya, untuk pengetahuan semua, produk PIXY Make It Glow Series kita sudah boleh didapati di outlet-outlet Watsons seluruh negara! Haa apa lagi? Cepat dapatkannya!!!



Semasa acara pelancaran itu juga, jurusolek terkenal Mya Syamira juga berkongsi tips dan cara-cara untuk mendapatkan hasil mekap ringkas, pantas dan yang penting tampak glowing sangat hasilnya!!! Semuanya menggunakan produk-produk dari PIXY Make It Glow Series ni tau! Baiklah Nisa pun dah tak sabar nak cuba produk ni!



Okayyy sekarang Nisa sendiri nak cuba rangkaian produk PIXY Make It Glow Series ni! Haa agak-agaknya macam lah nak caranya nak dapatkan wajah glowing ala tanpa mekap dengan produk-produk PIXY ni. 



PIXY : MAKE IT GLOW Beauty Skin Primer

Baiklah, selepas cuci muka dan pakai skincare serta sunscreen, pertama sekali sebelum mekap mesti letak primer. Primer akan membantu foundation lebih lekat dan tahan di kulit wajah, serta membantu meratakan tekstur foundation dengan menutup pori-pori. Barulah mekap nampak smooth! Yang bestnya, primer dari PIXY ni ada ciri-ciri melembap dan juga mengandungi SPF35 PA+++ untuk melindungi kulit wajah kita!



PIXY : MAKE IT GLOW Dewy Cushion

Kita mahukan foundation yang HIGH COVERAGE tetapi tak suka tekstur yang tebal? Rimas? Haa memang patut saja anda dapatkan Dewy Cushion ni, sebab TEKSTURNYA RINGAN tetapi boleh bagi kemasan FULL COVERAGE untuk makeup look anda! Tak perlu guna banyak kalau nak apply nipis-nipis.. dan boleh dab dab di wajah untuk high coverage. Mudah je!! Yang paling best, Dewy Cushion ni bagi effect glowinggggg! 



PIXY : MAKE IT GLOW Silky Powdery Cake

Walaupun anda apply bedak ini, tetap nampak hasil glowy, dan boleh achieve "no makeup look" dengan ketiga-tiga produk ini. Silky Powdery Cake ini lebih cantik kalau kita apply menggunakan powder brush, guna sikit je di seleuruh muka untuk set kan makeup anda, terus dapat kemasan yang flawless tau!!



GLOWING SIMPLE MAKEUP !

Tambah blusher sikit, berus kening sikit, guna maskara dan oleskan gincu bibir, dahhh siappp!! Laju je ! Mudah sangat nak serikan wajah menggunakan ketiga-ketoga produk PIXY dari Make It Glow Series  ni! Sesuai untuk natural makeup look, "no makeup" makeup look, quick and easy look.. you name it girls! 

Nisa suka sangat sangat sebab ketiga-tiga produk ni memang pantas digunakan dan jimatkan masa! Lebih-lebih lagi selepas solat, malas betul nak touch up makeup tapi dengan produk Make It Glow series ni, laju je bersiap! Ni kalau tengok depan-depan memang cantik natural glow!



Jangan lupa dapatkan ketiga-tiga produk ini di Watsons seluruh Malaysia okay! Harga sangat berpatutan dengan kualiti yang sangat best! Semestinya ketiga-tiganya dah jadi my go to products! Senang nak bawa ke mana-mana dan tak perlu banyak-banyak produk dah. Jangan lupa follow PIXY di laman sosial ya! 


LAMAN WEB : WWW.PIXY.COM.MY
FACEBOOK PAGE : Pixy Malaysia
INSTAGRAM : @pixycosmetics_my
YOUTUBE CHANNEL : PixyMalaysia



NISA KAY.


13 comments:

  1. Wah bestnya pixy ada rangkaian produk baru. Nak cari la..selalu guna bedak compact pixy tu je hehe

    ReplyDelete
  2. Oh, I been there too. Tho the launch is a meh but the product is good. Hahaha. But Pixy agak medium to tanned macam cerah dia tak cerah sangat. Kita dapat yg free gift pun kita terpaksa bagi orang sebab gelap to my skin.

    Kalau ada cerah punya confirm kita nak pakai sebab i try it out memang I likeyyyy dengan new packaging yg rasa high end.

    ReplyDelete
  3. Cute pixy ni.
    1 complete set yg memang aida nak gi beli ni, nisa.
    Senang nak membelinya. Watsons kan :)

    ReplyDelete
  4. memang best la main mekap-mekap ni. pixy dah naik level ada set makeup.

    ReplyDelete
  5. eh pixy dah ada dekat watson? tak perasan pula sebelum ni. nak try primer dia!!

    ReplyDelete
  6. Cantik mekap Nisa, natural look! Tak nampak tebal pun.

    ReplyDelete
  7. Wowww.. Saya mmg suka pixy ni.. Dlu zaman2 kanak2 rianh kt U mmg pakai pixi ni sebab best and murah kan

    ReplyDelete
  8. Jangan la goda diriku sebegini cik Nisa oiii.
    Semalam tengok kengkawan promote Elianto nyer glitter, terus pegi beli. Nie tengok Nisa buat, I nak beli plak

    ReplyDelete
  9. macam nak cuba je yang foundation tu. agak agak boleh buat makeup based.

    ReplyDelete
  10. Great product of PIXY… I really like its quality… and now can get it at Watsons outlets, make it super convenience as well

    ReplyDelete
  11. sebelum ni pernah pakai bedak compact dia yang biasa tu je tapi macam tak sesuai je dengan muka huhu

    ReplyDelete
  12. Nampak ramai betul share pasal produk ni buat teringin pulak nak cuba. Yang paling menarik nampak primer tu siap ada SPF lagi.

    ReplyDelete

Apa Reaksi Kamu??? Sila Taip Laju Laju Di Sini :)

Copyright © Nisa Kay