Friday, May 24, 2019

Iftar 2019 | Madam Kwan's Ramadan Selection



Assalamualaikum semua !!

Wahhh sedar tak sedar kita sudahpun menghampiri pertengahan Ramadan!! Lebih kurang dua minggu saja lagi kan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula.. Haaa di masa-masa macam ni lah kebanyakan dari kita ada yang sibuk menghabiskan masa untuk beribadah, dan ada juga yang sudah pun mulai sibuk membuat persiapan raya. Haaa... bila dah sibuk tu, mesti ramai yang tercari-cari kat mana nak berbuka puasa di luar kan ?



Haaa Nisa nak cadangkan anda semua untuk berbuka puasa di restoran Madam Kwan's sebab mereka ada menu istimewa sempena Ramadan!! Sesuai untuk hidangan seorang, atau pun boleh order set hidangan untuk seisi keluarga! Kalau tak datang dengan keluarga, boleh datang ramai-ramai dengan kawan-kawan okay ? Nisa berkesempatan merasan hidangan Ramadan di restoran Madam Kwan's baru-baru ni. Meh Nisa nak kongsikan !



MADAM KWAN'S NASI AMBANG

Masih terasa-rasa lagi tau lauk-lauk dalam hidangan Nasi Ambang istimewa Madam Kwan's ni !!! Semuanya sedap sangattt! Untuk hidangan Nasi Ambang ni, nasi putih dilengkapi dengan 7 jenis lauk / side dish di dalam satu pinggan. Jadi, anda akan dapat - nasi putih, Nyonya Grilled Fish, Assam Prawn, Lamb Rendang, Fried Chicken Drumstick (tiada dalam gambar), Chicken Satay, Fresh Acar dan juga keropok ikan.



To be honest, even bagi orang yang tak makan banyak macam Nisa ni, portion yang dihidangkan di dalam menu Nasi Ambang ni memang puas hati! Sungguh mengenyangkan! Semua lauk lauk sedap belaka pulak tu! My favourite will be Nyonya Grilled Fish, Assam Prawn dan juga Lamb Rendang! Untuk satu hidangan Nasi Ambang ini, harganya adalah RM34.90. Bagi Nisa, harga yang dikenakan sangat berpatutan dengan menu istimewa yang dihidang.



MADAM KWAN'S TIFFIN MEAL FOR 2

Set hidangan yang dihidangkan di dalam bekas tiffin memang sangat mengujakan! Terus teringat waktu kecil-kecil di kampung dulu. Kalau nenek nak bekalkan makanan, mesti letak dalam bekas tiffin tradisional macam ni kan? Zaman sekarang ni pun, bekas tiffin dah ada dalam pelbagai bentuk dan warna. Bila makan makanan dalam tiffin macam ni, feel macam dekat kampung sangat kan?



Menu Tiffin Meal for 2 boleh dihidangkan untuk dua orang, tapi kalau jenis makan sikit, makan bertiga pun boleh ni... Tambah je nasi putih kalau nak. Nisa tengok lauk-pauk dia pun teruja sungguh!! Sebab semuanya sedap! Hidangan di dalam Tiffin Meal ni, lebih kurang dengan lauk di dalam menu Nasi Ambang, tetapi di dalam portion yang lebih besar dan sesuai untuk hidangan dua orang.



Untuk menu Tiffin Meal for two, anda akan dapat Nyonya Grilled Fish, Assam Prawn, Lamb Rendang, Fried Chicken Drumstick, Madam Kwan's Lemang, Fresh Acar dan juga keropok ikan. Manakala untuk outlet Madam Kwan's di Genting, lemang akan digantikan dengan Bojari Rice. 



Mengundang selera makan betullah Fried Chicken Drumstick dan juga Nyonya Grilled Fish ni!!!



Ini pula Assam prawn dan juga Lamb Rendang. Sangat puas hati dengan lauk-lauk istimewa Madam Kwan's ni! Memang pilihan yang tepat untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan ! Untuk Madam Kwan's Tiffin Meal for 2 ini, harganya adalah RM85.00 satu set



Jadi jangan lupa ramai-ramai berbuka puasa di restoran Madam Kwan's berdekatan dengan anda! Haa bulan puasa ni ramai nak berbuka kat luar, jadi jangan lupa call outlet terdekat untuk booking terlebih dahulu! Lebih mudah! Untuk Madam Kwan's Ramadan Selection, dua menu istimewa ni akan available sehingga 30 JUN 2019 okay! Jadi jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di Madam Kwan's.



Ikuti MADAM KWAN'S di laman-laman sosial untuk lebih info dan juga senarai outlet.



Nisa Kay.

16 comments:

  1. Looks yummy. Will the food here soon when i get the chance.

    ReplyDelete
  2. Wah.
    Memang nampak menarik juada yang ada,
    Harga pun berpatutan kan. Bak kata Nisa, memang mengundang sungguh juadah yang ada. Terus rasa nak makan kat situ kelak.

    ReplyDelete
  3. Makanan nampak sedap,.. hehe. selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. Nasi Ambeng itu nampak sedap sangat! Alaa nak hujung Ramadan ni ntah sempat ke tak nak pergi ni. Sedapnya nampak la hai....

    ReplyDelete
  5. Tiffin Tu nampak menarik sebab boleh kongsi. Nasi ambang Tu I tak pernah Rasa tapi kalau I mesti tak habis makan sorang. Ni kena ajak kaki makan ikut sekali.

    ReplyDelete
  6. Madam Kwans ni nama besar , harus makanan yang disajikan semua sedap dan berkualiti , nasi ambang tu yang nampak sedappp ...nanti nak try jugaklah

    ReplyDelete
  7. Ala comelnya makanan hidanga dalam Tiffin yang macam ni nampak klasik sangat hehehe menarik lah tyle makan buka puasa macam ni tengok makanan banyak tu rasa boleh makan lebih 2 orang kalau orang perempuan macam Nisa lah kan hehehehehe..

    ReplyDelete
  8. Menariknya berbuka puasa di sini. Makanan dia nampak sedap sungguh. Nasi ambang dia wow sangat! Asam pedas prawn dan lamb rendang. Fuh! Rare sungguh menu . Kena try ni.

    ReplyDelete
  9. meriahnya menu menu yang disajikan..
    buat masa ni berbuka puasa banyak kat rumah. pernah sekali je berbuka kat luar. tu pun follow husbnd nk berbuka dgn kawan2 dia.. kekeke..

    ReplyDelete
  10. eh, bestnya menu kat madam kwan ni.. menarik plak tu pakai tiffin. Siap ada lemang warna warni gituuu.. harga pun takde la mahal sgt. just nice... tapi tu la esok lusa dah nak balik kpg dah.. tak sempat plak nak merasa.. huhu

    ReplyDelete
  11. Ada jugak terbaca pasal menu Ramdan kat Madam Kwans ni, teringin jugak nak kesana sebab nak merasa nasi Ambang dia tu..nampak cam sedap je. Harap sempat le pergi time Ramadan ni

    ReplyDelete
  12. Wow macam-macam ada kat sini juga ya. Nampak sedap pula tu. Lemang tu memanggil-manggil untuk di cuba.

    ReplyDelete
  13. Hardcore Madam Kwan fan here, didn't notice this promotion, I love love love their Nasi Ambang, their curry is one of the best in the market, think I'll visit tomorrow tak tahan thinking about it now.

    ReplyDelete
  14. sempat lagi nie nak bawa satu family berbuka di sini. ada 4 hari lagi berbaki untuk berpuasa. makanan yang dihidang nampak menyelerakan betul ya sis. nanti saya nak datang cuba.

    ReplyDelete
  15. Wah nampak menarik n sedap la.. Nnti raya leh la ajak adik AM ke sini.. Yg cuba yg set tiffin tue. Nmpk sedap..

    ReplyDelete
  16. Wah nampak
    menyelerakan betul menu2 kt Madam Kwan ni. Pernah makan sekali je dulu. Tengok nisa makan menu ramadhan ni betul2 buat rasa terkeliuq. Boleh la kan try. hehehe

    ReplyDelete

Apa Reaksi Kamu??? Sila Taip Laju Laju Di Sini :)

Copyright © Nisa Kay