Friday, May 24, 2019

Iftar 2019 | Madam Kwan's Ramadan Selection



Assalamualaikum semua !!

Wahhh sedar tak sedar kita sudahpun menghampiri pertengahan Ramadan!! Lebih kurang dua minggu saja lagi kan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula.. Haaa di masa-masa macam ni lah kebanyakan dari kita ada yang sibuk menghabiskan masa untuk beribadah, dan ada juga yang sudah pun mulai sibuk membuat persiapan raya. Haaa... bila dah sibuk tu, mesti ramai yang tercari-cari kat mana nak berbuka puasa di luar kan ?



Haaa Nisa nak cadangkan anda semua untuk berbuka puasa di restoran Madam Kwan's sebab mereka ada menu istimewa sempena Ramadan!! Sesuai untuk hidangan seorang, atau pun boleh order set hidangan untuk seisi keluarga! Kalau tak datang dengan keluarga, boleh datang ramai-ramai dengan kawan-kawan okay ? Nisa berkesempatan merasan hidangan Ramadan di restoran Madam Kwan's baru-baru ni. Meh Nisa nak kongsikan !



MADAM KWAN'S NASI AMBANG

Masih terasa-rasa lagi tau lauk-lauk dalam hidangan Nasi Ambang istimewa Madam Kwan's ni !!! Semuanya sedap sangattt! Untuk hidangan Nasi Ambang ni, nasi putih dilengkapi dengan 7 jenis lauk / side dish di dalam satu pinggan. Jadi, anda akan dapat - nasi putih, Nyonya Grilled Fish, Assam Prawn, Lamb Rendang, Fried Chicken Drumstick (tiada dalam gambar), Chicken Satay, Fresh Acar dan juga keropok ikan.



To be honest, even bagi orang yang tak makan banyak macam Nisa ni, portion yang dihidangkan di dalam menu Nasi Ambang ni memang puas hati! Sungguh mengenyangkan! Semua lauk lauk sedap belaka pulak tu! My favourite will be Nyonya Grilled Fish, Assam Prawn dan juga Lamb Rendang! Untuk satu hidangan Nasi Ambang ini, harganya adalah RM34.90. Bagi Nisa, harga yang dikenakan sangat berpatutan dengan menu istimewa yang dihidang.



MADAM KWAN'S TIFFIN MEAL FOR 2

Set hidangan yang dihidangkan di dalam bekas tiffin memang sangat mengujakan! Terus teringat waktu kecil-kecil di kampung dulu. Kalau nenek nak bekalkan makanan, mesti letak dalam bekas tiffin tradisional macam ni kan? Zaman sekarang ni pun, bekas tiffin dah ada dalam pelbagai bentuk dan warna. Bila makan makanan dalam tiffin macam ni, feel macam dekat kampung sangat kan?



Menu Tiffin Meal for 2 boleh dihidangkan untuk dua orang, tapi kalau jenis makan sikit, makan bertiga pun boleh ni... Tambah je nasi putih kalau nak. Nisa tengok lauk-pauk dia pun teruja sungguh!! Sebab semuanya sedap! Hidangan di dalam Tiffin Meal ni, lebih kurang dengan lauk di dalam menu Nasi Ambang, tetapi di dalam portion yang lebih besar dan sesuai untuk hidangan dua orang.



Untuk menu Tiffin Meal for two, anda akan dapat Nyonya Grilled Fish, Assam Prawn, Lamb Rendang, Fried Chicken Drumstick, Madam Kwan's Lemang, Fresh Acar dan juga keropok ikan. Manakala untuk outlet Madam Kwan's di Genting, lemang akan digantikan dengan Bojari Rice. 



Mengundang selera makan betullah Fried Chicken Drumstick dan juga Nyonya Grilled Fish ni!!!



Ini pula Assam prawn dan juga Lamb Rendang. Sangat puas hati dengan lauk-lauk istimewa Madam Kwan's ni! Memang pilihan yang tepat untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan ! Untuk Madam Kwan's Tiffin Meal for 2 ini, harganya adalah RM85.00 satu set



Jadi jangan lupa ramai-ramai berbuka puasa di restoran Madam Kwan's berdekatan dengan anda! Haa bulan puasa ni ramai nak berbuka kat luar, jadi jangan lupa call outlet terdekat untuk booking terlebih dahulu! Lebih mudah! Untuk Madam Kwan's Ramadan Selection, dua menu istimewa ni akan available sehingga 30 JUN 2019 okay! Jadi jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di Madam Kwan's.



Ikuti MADAM KWAN'S di laman-laman sosial untuk lebih info dan juga senarai outlet.



Nisa Kay.

Read More»

Copyright © Nisa Kay