Monday, April 8, 2019

Makin segar, bertenaga & cantik dengan FGWALET Bird's Nest by Fouziah Gous!




Assalamualaikum !!!

Haaa suaru ketika dulu, ketika Nisa sibuk scroll timeline Twitter Nisa, ternampak pulak satu tweet yang dapat beribu-ribu lemon retweet! Haaa apakah ini? Kenapa ramai sungguh netizen retweet tweet beliau? Baca punya baca, rupanya pengguna twitter di atas berkongsi mengenai kebaikan mengamalkan minuman sarang burung. Wahhh terus berkobar semangat nak cantik! Haha! Terus google jenama minuman sarang burung yang bagus kat Malaysia ni.



Setelah melalui proses meng-google dan membaca fakta menarik mengenai pelbagai jenis minuman sarang burung kat Malaysia ni, Nisa memilih untuk try consume minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous! Haa jangan tak tahu, jenama FGWALET by Fouziah Gous ni merupakan jenama yang diasaskan oleh selebriti jelita Fouziah Gous ! Teringat pula dalam salah satu episod Pesona Muslimah masa tahun 2017, kami ada menemuramah Fouziah Gous, berkongsi mengenai pengalaman beliau mengurus bisnes dan keluarga. Haa akhirnya berpeluang jugak try produk dia!


Ambil tiga-tiga perisa terus! Sebab nak tahu mana paling sedap! Hehee...

Masa duk scroll info mengenai minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous ni, confuse jugak nak try yang mana.. rupanya mereka ada 3 perisa yang berbeza, dan ketiga-tiganya ada khasiat masing-masing! Haaa so macam lebih personalized gitu. Korang nak improve bahagian yang mana, boleh consume minuman sarang burung perisa yang sesuai. Oh yaaa.. untuk pengetahuan korang, Nisa ambil satu kotak terus yang mengandungi 24 botol, untuk pengambilan hampir sebulan (kalau sebotol sehari) Jimat banyak!! Okay sekarang... jom Nisa kongsikan apa khasiat ketiga-tiga jenis ni.



FGWALET BIRD'S NEST : ALOE VERA + ROCK SUGAR  
  • Membantu menyihat & mencantikkan kulit (glow booster)
  • Membantu mencegah kedutan di wajah
  • Membantu melambatkkan proses penuaan
  • Membantu mengurangkan simptom alahan
  • Membantu melancarkan penghadaman
  • Membantu meningkatkan daya tahan badan
  • Membantu menyingkirkan kafein
  • Membekal mineral, vitamin & enzim yang tidak dihasilkan badan
  • Mengandungi anti-oksida & anti-bakteria
  • Membantu mempercepat pemulihan dan penyembuhan luka pada kulit.


   FGWALET BIRD'S NEST : LONGAN + HONEY   
  • Membantu menenangkan fikiran.
  • Membantu mengurangkan masalah insomnia.
  • Membantu membantu mengurangkan stress & keletihan
  • Membantu mencegah kerosakan sel dalam badan
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Baik untuk diet - kadar lemak & kalori yang rendah
  • Sumber tenaga
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi
  • Baik untuk kesihatan kulit
  • Membantu mengurangkan kedutan di kulit.


  FGWALET BIRD'S NEST : RED DATES + WOLD BERRY  
  • Membantu meningkatkan sistem pencernaan - penyerapan lebih baik
  • Badan menjadi lebih segar dan sejuk
  • Membantu meningkatkan daya imun badan
  • Membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah
  • Membantu menukarkan kolestrol berlebihan ke dalam asid hempedu
  • Membantu mengatasi masalah insomnia
  • Membantu memberikan tenaga dan kekuatan - sesuai untuk mereka yang selalu work out!
  • Milk booster
  • Power anti-oxidants
  • Membantu mengekalkan awet muda
  • Membantu mencantikkan kulit
  • Membantu melancarkan perjalanan darah



   PENGALAMAN MENGAMALKAN MINUMAN SARANG 
BURUNG FGWALET   

Kalau produk yang kena consume macam ni, memang Nisa ambil masa betul-betul untuk consume, lihat efek atau hasilnya, baruuuu Nisa akan share dekat pembaca semua. Kalau Nisa tak yakin dengan produk ni, tak adalah tulis mengenainya di blog kan ? Sooo apa yang best sepanjang hampir sebulan Nisa consume minuman sarang burung ni???

➤ LEBIH SEGAR
Bila bangun pagi lebih segar. Kurang rasa liat nak bangun Subuh... pendek kata memang kurang rasa lesu lah! Haaa kalau sambung consume secara konsisten dua ke tiga bulan, mesti lagi senang nak bangun pagi! Cerah je biji mata! Hahaa.

LEBIH BERTENAGA
Ada masanya memang kurang jugak waktu tidur tu, sebab kadangkala balik event dah lewat malam, esoknya nak kena bangun pagi-pagi pulak. Tapi bila consume minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous ni, agak ketara rasa bertenaga tu. Aktif je sepanjang hari.

MUDAH TIDUR MALAM
Nisa memang ada masalah nak lelap. Penat sangat pun jadi tak boleh tidur, bila tak penat lagilah segar je biji mata ni walaupun dah jam 3 pagi! Selepas lebih kurang dua minggu consume FGWALET by Fouziah Gous, Nisa perasan Nisa lebih relax dan mudah nak lelap! Yahooo! Ini bermakna more rest for me !



➤ ISI KANDUNGAN YANG BANYAK!
Haaaa Nisa rasa memang sesuailah dengan harga yang ditetapkan, isi kandungan dalam setiap botol memang banyak, kalau consume waktu pagi time perut kosong tu, boleh terasa kenyang sekejap! Puas hati betul!! Setiap flavor ada isi masing-masing, memang banyak and nampak penuh je dari luar botol.

➤ ISI SARANG BURUNG TIDAK HANYIR, RASA TIDAK TERLALU MANIS!
Ramai yang tanya "Eh tak manis sangat ke sarang burung FGWALET ni??" Jujur eh Nisa cakap, memang tak manis sangat!! Rasa dia just niceee je! Sedappp! Lepas tu isi sarang burung memang takde bau hanyir langsung! Kadang kadang rasa nak minum lebih dari sebotol setiap hari! Lagi-lagi bila dah keluar dari peti sejuk tu. Fuhhh segar!!

➤ MASALAH KULIT BERKURANGAN
Kalau duk tenyeh produk kat muka, duk buat facial.. tapi dalaman tak jaga susah juga kan? Kena lah balance juga.. Haaaa dengan pengambilan air masak yang banyak, ditambah pula dengan khasiat minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous ni, alhamdulillah kulit wajah dah semakin bersih dan kurang kedutan (Nisa ada smile line yang sangat obvious sebelum ni). Haa ini baru sebulan consume, kalau berbulan konsisten? Wahhh gebu macam bayi kot muka ni? Hahahah!!!



Ada banyak sangat info dan testimoni yang korang boleh baca dekat laman Instagram rasmi FGWALET tauu.. So dah baca kebaikan setiap perisa minuman sarang burung ni, boleh dah decide nak consume yang mana satu.. Beli sekali banyak la lebih jimat! Nisa pun lepas ni tengah pilih-pilih nak beli perisa apa.. nak grab satu box terus! Mungkin nak ambil yang Aloe Vera?? Makin lawa laaa sis lepas ni.. Haha!


Kalau nak tahu, Nisa dapatkan minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous ni melalui ejen rasmi mereka :

Instagram @putrarejab
Instagram @fgwalet_
Instagram @fgwaletsingaporeofficial_

Selamat mencuba!



NISA KAY.


Read More»

Wednesday, March 13, 2019

Sarung lengan selesa dan berpatutan - KULSOCS !



Assalamualaikum...


Haaa lama dah tak share dengan you guys kan.. Alhamdulillah masih banyak lagiii orang orang yang baik hati nak baca blog Nisa ni.. Hikss. doakan Nisa dikurniakan banyakk waktu lapang dan kesempatan untuk berkongsi banyak lagi benda lain di blog ni ya.. Ada satu benda yang Nisa nak sangat share dengan korang, lama dah.. haa pasal sarung lengan.

Read More»

Wednesday, February 20, 2019

Mencuba EXTREME WARRIOR course di Skytrex Melaka!!!




Assalamualaikum..

Wahh lamanya rasa tak share apa-apa kat blog ni. Rindu nak menaip macam dulu-dulu. Setiap hari ada je perkara yang dibuat. Oh yaaa. Pada cuti CNY yang lalu, Nisa pulang ke kampung, kemudian menghabiskan baki cuti dua hari ke Melaka pulak. Amboi amboi kalah orang kawin balik kampung sendiri dengan kampung mertua ye dakk? Haha! Takdelah, Nisa ke Melaka untuk spend time masa dengan kawan-kawan pulaaa...

Read More»

Thursday, February 7, 2019

Ayo Ke Padang, Indonesia (PART 3)



Assalamualaikum..

Allahu.. sebenarnya tak move on lagi dengan percutian Nisa ke Padang, Indonesia tak lama dulu.. Hahahaa okay okay Nisa janji ini part last mengenai butiran percutian Nisa okay? So lepas ni, korang yang dah baca ni, boleh laa plan jalan-jalan ke Padang, Indonesia. Less crowded and traffic compared to big city like Jakarta. Boleh rujuk entry PART 1 dan jugak PART 2 ya! 



BERSIAR-SIAR DI KOTA PADANG

Hari ketiga kami di Padang, Indonesia sebenarnya merupakan hari terakhir kami di sana. Tapi disebabkan flight pulang kami di waktu petang, sempat juga Nisa dan rakan blogger yang lain bersiar-siar sekitar kota Padang, melihat aktiviti masyarakat tempatan dan menghirup udara pagi di sana. Kalau korang nampak dalam gambar di atas, ada papan tanda PADANG di atas gunung di belakang nunnn. Haa boleh jadi port bergambar juga ni.



Kebetulan pagi tu, warga Padang ada aktiviti macam marathon ke apa, Nisa pun kurang ingat dah. Haa tu lah tangguh lagi tulis blogpost kan. Hahaha kan dah lupa! Tapi memang ramai gila pesertanya, penuh di jalan-jalan mereka yang berbaju kuning hijau ni. Tapi seronok la tengok aktiviti masyarakat tempatan kan, semua peringkat usia ada. Memang awal pagi mereka dah keluar rumah! Mercu tanda yang di tepi pantai ni pun boleh dijadikan port nak bergambar.



GUNUNG PADANG

Kalau anda nak tahu, di kota Padang, boleh naik bas pelancong dan dia akan bawak jalan-jalan ke sekitar tempat tarikan yang ada di Padang. Kami turun di hentian hadapan pintu masuk Gunung Padang ni. Haaa hiking sikit la kan sebelum balik ke Malaysia? Jom kita tengok apa lagi yang menarik kat sini...



Nak hiking naik ke Gunung Padang tu takdelah extreme mana.. santai-santai sajor lah kan.. sekadar nak hirup udara pagi, naik sikit-sikit boleh je.. budak-budak kecik pun boleh je naik.. ada laluan yang telah dibina, tapi agak bertangga. Jadi kalau sakit-sakit kaki ke lutut ke, susah jugak lah kot nak naik? Tapi sepanjang perjalan mendaki, kita akan melalui rumah penduduk yang tinggal di kaki Gunung Padang dan melihat tinggalan sejarah di kaki gunung ini.



MAKAM SITI NURBAYA

Antara tarikan yang terletak di atas Gunung Padang ini adalah makam Siti Nurbaya. Lokasinya agak terlindung di balik batu yang sangat besar. Jadi kena berhati-hati nak ke sini. Boleh google kisah Siti Nurbaya dan apabila di tanya mengenai simbolik lokasi makam ini, penduduk tempatan beranggapan lokasinya yang agak terlindung itu mungkin untuk melindunginya dari musnah dek kerana peperangan yang melanda pada zaman dahulu.



PUNCAK GUNUNG PADANG

Alhamdulillah puas hati rasanya berjaya sampai ke puncak, walaupun agak mengah sebab tak fit! Hahaha.. Tapi pemandangannya mashaAllah cukup cantik, tenang, berangin dan aman damai je rasa. Haaa kan dah rindu Padang! Rasa nak fly ke sana sekarang jugakk! Syok jugak ni, dapat minum minuman panas (boleh beli dari penjual yang atas berjual di puncak), baca buku atau dengar lagu. Layan je pemandangan. Sangat refreshing!



PUSAT OLE-OLE

Ada banyak jenis pusat ole-ole yang ada di sekitar Kota Padang untuk anda singgah dan membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Tapi kami singgah di Pusat Oleh-oleh Ummi Aufa Hakim. Ada pelbagai jenis ole-ole yang ada boleh bawa pulang. Tapi kalau di Padang, yang famousnya mestilah bawak balik aneka juadah Padang.



Di pusat ole-oleh seperti ini ada banyak pilihan makanan kering atau makanan pre-cooked yang anda boleh beli dan bawa pulang. Antara yang famous orang selalu beli adalah Rendang Padang. Nisa tak pernah pulak rasa tapi beli jugak lah sekotak dua untuk family. Sebab ada kawan yang memborong berkotak-kotak haa.. Kerepek dan biskut-biskut pun banyak ni. Boleh beli banyak, nanti dorang akan pack kan di dalam kotak besar.. alaa saiz dia macam kotak air mineral botol kecik tu je.




Kalau nak cari kain ke, batik ke, tshirt atau keychain untuk di bawa pulang, betul-betul di sebelah pusat ole-ole ni ada kedai cenderahati yang jual produk seumpama itu. Haa nak beli kain pasang pun boleh, nanti balik Malaysia boleh buat baju ye dak. Keychain dan fridge magnet pun dijual dengan harga yang berpatutan. Boleh la beli banyak banyak untuk diberi kepada sahabat handai!



RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK

Haaa sebelum ke lapangan terbang, tak sah lah kalau kami pulang tanpa merasa masakan asli Padang buat terakhir kali kan? Pilihan kami adalah Rumah Makan Lamun Ombak. Agak ramai jugak pelanggan di kedai ini. Saiz kedainya agak besar jugak, ada bilik tertutup berpenghawa dingin di tingkat atas.



Mungkin ada yang merasakan "alahh kat KL pun ada restoran nasi Padang!" tapi sungguh Nisa katakan, lain sungguh air tangan masyarakat asli Padang tau! Lauk-pauk mereka semua sedap-sedap. By the time kami sampai ni, banyak lauk sudah habis kerana waktu puncak makan tengahari. Lauk famous mereka rendang Padang pun yillek! Habis! Haa petanda suruh datang lagi ke ni? Apa-apa pun alhamdulillah puas hati kami makan tengahari di sini.



Alhamdulillah... tamat sudah percutian kami di bumi Padang, Indonesia. Pastinya tidak akan dapat kami lupakan kenangan di sana.. Seronok sebenarnya explore bandar kecil, yang ada hidden gem seperti pulau-pulau dengan air yang sangat cantik dan jernih! Terima kasih kepada Dinas Pariwisata  dan Kebudayaan Padang kerana sudi bawak kami blogger Malaysia jalan-jalan selama tiga hari dua malam di sini!


Kalau ada yang berminat nak explore Padang, Indonesia ni, boleh direct kepada :




NISA KAY.

Read More»

Copyright © Nisa Kay