Tuesday, November 27, 2018

MY BEAUTY DIARY BLACK PEARL MASK REVIEW



Assalamualaikum..

Hai... wahh makin seronok pulak nak share mengenai skincare dan produk-produk yang berkaitan dengan penjagaan wajah ni. Maklumlah kita perempuan memang sukakan kecantikan. Tapi kan, sheet mask ni sebenarnya lelaki pun boleh je pakai! Untuk penampilan kulit wajah yang lebih segar dan tak nampak kusam kan! Haa pendek kata sesuai untuk semua golongan !




Untuk blogpost kali ini Nisa nak berkongsi dengan pembaca semua rangkaian face mask daripada jenama My Beauty Diary. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi jenama My Beauty Diary ni, kerana jenama ini sudah terkenal dan produk mereka mudah pulak nak didapati di drugstore seluruh Malaysia. Mesti pernah ternampak jugak di mana-mana kan? Dan face mask yang Nisa nak fokuskan untuk review kali ini adalah My Beauty Diary : DUO BRIGHTENING EX+. 

Untuk rangkaian Black Pearl Mask, terdapat tiga jenis varian seperti yang korang tengok di dalam gambar di atas, di mana yang kotak berwarna hitam tu merupakan the original Black Pearl Mask, dan face mask Duo Brightening EX+ mempunyai dua jenis varian iaitu Repair Power Brightening dan Moisture Power Brightening.



MY BEAUTY DIARY : BLACK PEARL MASK

Sesuai untuk mereka yang ada kulit kering dan tampak kurang bermaya. Nampak macam kusam je kan. Haa ini facemask yang sesuai dengan korang ! Mengandungi vitamin, mineral, amino acid dan kebaikan black pearl untuk membantu kulit tampak lebih bermaya dan fresh! Juga terkandung hydrolyzed collagen dan brightening lemon extract untuk wajah nampak lagi wow dan membantu mencerahkan kulit wajah jugak!



MY BEAUTY DIARY : REPAIR POWER BRIGHTENING BLACK PEARL EX+

Untuk intense brightening dan optimal repair. Membantu perbaiki kulit wajah bersama-sama dengan fungsi pencerahan. Optimal moisture for dry skin and helps in strengthening skin's natural barrier. Antara kandungannya ialah aloe vera dan bahan-bahan lain untuk membantu mengurangkan iritasi kulit. Enhancing skin's barrier while optimizing oil and water balance. Sesuai untuk kulit normal, kulit kering, kusam dan tona kulit tidak sekata. 



MY BEAUTY DIARY : MOISTURE POWER BRIGHTENING BLACK PEARL EX+

Facemask yang ini pulak memang khas untuk intense brightening dan deeply hydrating. Antara kandungannya adalah blue green algae yang akan membantu memaksimumkan hidrasi untuk kulit wajah. Kandungan utama semestinya Tahitian black pearl extract dan arbutin untuk mencerah dan wajah tidak lagi kusam! To help reduce fine lines, and dullness from rough, dry skin. Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan. Sesuai untuk mereka yang ingin kulit tampak cerah dan kulit kering. 




Untuk review kali ini, Nisa akan bercakap dengan lebih lanjut mengenai My Beauty Diary : Moisture Power Brightening Black Pearl EX+ face mask ni ya. Nisa berkesempatan menggunakan facemask ini minggu lalu. Memang excited nak cuba sebab kulit wajah Nisa sangat kering nowadays, ditambah pula dengan kurang rehat, lagi lah kulit nampak kasar. Tona wajah pula tak sekata dan banyak parut yang dalam proses nak memudar.



My first impression was : I loveeee that the sheet mask is not so thick and crumply when I took it out from the packet and open it. Ketebalan dia just nice je, dan essence yang ada pada mask pun tidak ada rasa melekit atau bau yang kurang menyenangkan. Walaupun I took it out straight from the box, tapi bila letak kat muka, rasa sejuk dan fresh je ! Untuk penggunaan face mask macam ni, pakai dalam 20 minit dah mencukupi untuk essence menyerap masuk ke kulit ya. 



Selepas penggunaan, tiada sebarang effect negative pada kulit - tiada rasa panas pada kulit / pedih. Dan selepas tanggalkan mask, lebihan essence yang ada boleh sapu pada leher, tambah pada wajah atau urutkan pada tangan. Haa tangan pun nak kekal lembap dan nampak fresh kan! Tak perlu basuh wajah anda, boleh teruskan dengan skincare anda, contohnya sapu mosturizer.




Selepas penggunaan, my redness from my healing acnes are noticeably reduced ! My skin rasa fresh sangat, tak nampak kusam, kering or kasar. My skin appearance is better and bila skin well-hydrated and plump, nak apply makeup pun sangat senang dan tahan lama tau ! I'm happy that it shows positive results on my uneven skin tone, and I am looking forward for more usage of this masks!



MY BEAUTY DIARY DUO BRIGHTENING EX+ MASK
RM49.90 / kotak (mengandungi 6 keping face masks)
Boleh didapati di outlet SaSa atau Guardian berhampiran anda.

** PROMO TERKINI : Bersempena dengan ulang tahun ke 10 My Beauty Diary, beli 1 kotak My Beauty Diary Duo Brightening EX+, percuma sekeping Black Pearl Mask**


LIKE FACEBOOK PAGE : My Beauty Diary MY



NISA KAY.

2 comments:

Raydah said...

selalu jumpe but x berani nak try

Farah Dinah Hassan said...

macam best ja. kita nak try jugak lah nanti

Copyright © Nisa Kay