Tuesday, October 9, 2018

UFORA SKINCARE - Baru di pasaran ! Langkah mudah penjagaan wajah !



Assalamualaikum...

Hai semua! Ambui busy buat apa lah tu ya sampai liat sangat nak update blog. Hehe.. minat dan sayang pada blog ini masih menebal, tidak ada tanda-tanda nak meninggalkan bidang penulisan di laman ini.. Cumanya, kekangan masa kurang mengizinkan Nisa betul-betul duduk tulis entry. Tapi alhamdulillah ada masa sikit ni, boleh la share dengan you guys what's new. 



Jadi baru-baru ini Nisa berkesempatan menghadiri majlis pelancaran produk terbaru dari dua usahawan muda di atas iaitu Encik Nik Mohd Hilman dan Puan Supia Saupi di bawah jenama UFORA Skincare. Sebelum ini syarikat naungan pasangan ini telah berjaya menambat hati orang ramai menerusi produk yang berasaskan kolagen. Haa seiring dengan keperluan orang ramai untuk menjaga wajah, kedua-dua mereka menghasilkan produk penjagaan wajah yang ringkas dan mudah.



UFORA Skincare melancarkan set penjagaan wajah 3 dalam 1 di dalam sebuah majlis yang meriah. Terima kasih tau jemput Nisa! Haa sekarang Nisa nak bercerita sedikit mengenai produk-produk yang ada di dalam set UFORA Skincare ni.



Jadi dengan pembelian set ini, korang akan dapat 3 produk penjagaan wajah dan juga 1 makeup sponge! Wahhh ada barang extra pulak ya dalam set ni. Dah jaga muka cantik-cantik, mesti mekap pu letoppp nanti! Dah menjadi trend kan sekarang orang aplikasikan mekap di wajah menggunakan span mekap macam ni. Haa beli je set UFORA Skincare ni, dapat percuma makeup sponge !




Menerusi Facebook Page rasmi UFORA Skincare, di atas merupakan kelebihan-kelebihan produk yang terkandung di dalam set penjagaan wajah ini. Haa mudah je kan ? Takde krim pelik pelik siang malam pagi petang yang perlu anda tepek di wajah. Yang penting, cuci muka pastikan bersih, pakai sunscreen untuk melindungi wajah di siang hari, dan juga serum rawatan sebelum tidur! Mudahnyaaa!!




UFORA SKINCARE FACIAL FOAM - Pencuci wajah ini didatangkan di dalam botol berbentuk pump macam ni. Saiz dia pun sedang-sedang sahaja, mudah sangat kalau nak bawak ke mana-mana, letak dalam handbag. Diperbuat daripada ekstrak kranberi, ekstrak betik dan turut mengandungi Vitamin C. Lepas cuci konfem kulit rasa segar je.. liang pori semua dan bersih dan untuk penggunaan berterusan, membantu mencerahkan kulit wajah.




UFORA SKINCARE DAY-LIGHT PROTECTION SUNSCREEN - Masih ramai tidak menitik beratkan penggunaan sunscreen. Haa kalau dah pakai macam-macam skincare di wajah, tak guna juga kalau tak lindungi kulit daripada sinaran UV ! Bila kulit terlindung, barulah produk yang kita gunakan tu boleh bertindak untuk kesan optimum! UFORA Skincare Sunscreen ni sangat lightweight, mudah je sapu seluruh wajah.




UFORA SKINCARE NIGHT SERUM - Sebelum tidur jangan lupa oleskan night serum ke wajah. Esok bangun je fuhhh jelita terus! Hahaa.. Night serum ni mengandungi ekstrak aloe vera dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan lapisan umur. Membantu untuk mengurangkan parut, jerawat, melembap dan mencerahkan kulit jika digunakan secara berterusan.




UFORA 3D BLEND PUFF - Di dalam set ini juga, pembeli akan mendapat sebiji span mekap seperti di atas. Nisa dah test, memang lembut.. tak sabar nak guna untuk apply makeup pulak nanti! Haa rasanya memang berbaloi kan beli satu set tu, dapat free makeup sponge lagi hehe.. makin semangat la nak bermekap lepas ni.




Mudah sangat kan guna set UFORA Skincare ni kan ? haa... Sewaktu pelancaran minggu lalu juga, pihak UFORA Skincare ada menjemput pengguna setia produk mereka untuk berkongsi mengenai kesan positif yang mereka alami selepas menggunakan set UFORA Skincare ini. Walaupun agak baru di pasaran, produk mereka dah pun ada pengguna setia dan ejen serta stokis yang mencapai sasaran tinggi turut diberi insentif! Wahhh hebat lah!




Harga satu set UFORA Skincare ini adalah RM139 untuk Semenanjung Malaysia dan pembeli dari Sabah Sarawak boleh mendapatkannya pada harga RM149. Jangan lupa ke laman Facebook UFORA Skincare untuk melihat lebih banyak info mengenai produk serta testimoni pengguna.






NISA KAY.


4 comments:

Akmal Farabi said...

please visit

my blog

Unknown said...

mesti cantik kalau pakai

shawl bawal

aienie NKA said...

fuyooo~ nice packaging dia...

Clipping Path Service said...

I'm personally a big fan of nisakay blog. Thanks for sharing this post.
clipping path

Copyright © Nisa Kay