Monday, July 2, 2018

Meningkatkan tahap keyakinan - mekap adalah salah satu caranya !




Assalamualaikum...


Ramai sebenarnya yang mengutarakan soalan kepada Nisa - "Bagaimana hendak menjadi lebih yakin / konfiden ?" Konfiden dalam banyak aspek lah kan... terutama sekali bagaimana nak jadi yakin bila nak berhadapan dan bercakap dengan orang ramai.. ada juga yang berminat nak tahu bagaimana nak tampak konfiden bila berhadapan dengan kamera. Haa sebagai host, ini soalan yang paling banyak Nisa ditanya.




KONFIDEN BERCAKAP DI HADAPAN KAMERA ?


> Mulakan !

Jika anda betul-betul berminat bercakap di hadapan kamera.. JUST DO IT. Mulakan dengan buat vlog (video-blog) sendiri.. Ambil kamera / telefon pintar korang yang canggih manggih tu, then rakam video. You gotta start somewhere. Cakaplah mengenai topik apa pun. Kalau masih rasa malu, tak perlu upload. Rakam lah video blog anda secara kerap supaya anda biasa dengan kamera.


> Minta tolong rakan rakamkan video. 

Kalau buat video sendirian, kurang lah rasa malu tu kan sebab tiada sesiapa kat sekeliling, tiada siapa yang melihat. Korang boleh cuba mintak tolong kawan rakamkan atau jaga lighting (jika ada), lepas tu rakam lah video. Cakaplan topik apa korang nak cakap. Buat selalu supaya korang kurang rasa malu untuk bercakap di depan kamera dengan kehadiran krew atau orang sekeliling.


> Rajinkan membaca.

Baca buku cerita, kisah inspirasi, surat khabar, majalah, info menarik dan banyak lagi lah supaya bila kita nak bercakap mengenai sesuatu topik tu, kita lebih yakin sebab kita tahu banyak perkara, percakapan pun akan lebih lancar.





KONFIDEN BERHADAPAN DENGAN ORANG ?


> Berpenampilan kemas

Bila kita pakai pakaian yang bersih dan kemas, kita automatically akan jadi yakin bila nak berjumpa orang. Tak perlu baju berjenama atau yang mahal-mahal.. yang penting pakai pakaian yang bersih dan kemas ya. Kasut dan baju mestilah bersesuaian dengan acara yang dihadiri atau tujuan perjumpaan.


> Mandi dan cuci muka

Haaa jangan tak tahu ada orang dengan tak mandi tu lah nak keluar jumpa orang. Allahu. Bila kita jaga kebersihan, kan sebahagian dari iman tu. Mandi bersih-bersih, sabun dan syampu biar kulit rasa fresh, keringkan dan kemaskan rambut.. lepas tu cuci muka ! Muka biar nampak bersih dan terurus ! Tak suka pakai produk macam-macam pun takpe janji cuci muka dua kali sehari.


> Sentiasa gosok gigi dan pastikan mulut tak berbau !

Macam Nisa, selalu juga bawa berus gigi travel dalam handbag, lepas lunch ke, makan anything yang berminyak atau heavy, Nisa akan ambil masa sikit untuk gosok gigi. Atau at least bawak kumur mulut yang travel size tu, kumur-kumur je lepas makan. Boleh juga makan gula-gula berangin tu. Kita selalunya tak tahu nafas sendiri berbau, tapi bila ada yang menegur tu jangan la sentappp, cepat-cepatlah ubah !




> Wajah biar nampak berseri dan segar.

Ye.. Nisa faham tak semua suka pakai mekap bertepek-tepek. Tapi kalau tak pakai mekap langsung muka dah cantik macam Fazura tak kisah lah kan.. Macam Nisa sendiri, muka ada je jerawat, parut.. tona kulit tak sekata, ada bahagian yang dry.. jadi, mekap merupakan antara cara untuk Nisa tampil lebih berseri dan segar bila nak berhadapan dengan orang.


Dalam pada kita pakai skincare dan buat facial treatment untuk improve kulit wajah kita.. kita boleh pakai mekap yang minimal untuk tampak lebih berseri. Bila orang tengok kita pun, dorang suka. Bukannya suruh buat full face makeup macam makeup artist tu hehe...


Contoh macam produk-produk DYXY Cosmetics ni kan.. Tak banyak mana pun, bukannya kita ni kena ada satu beg penuh dengan mekap macam nak pergi mengandam pengantin pulak kan.. Cukup yang basic pun dah settle muka nampak lebih fresh dan berseri. Kita sendiri akan rasa lebih konfiden dan akan menyebarkan aura konfiden tu pada orang sekeliling tau.




Contoh macam video ni.. haa adik ni guna DYXY BC Cream. Makeup nampak sangat natural, tak tebal langsung, guna sikit produk pun dah onz..  Dengar kata viral jugak dia punya BC Cream niii.. boleh lah cuba kan... plus produk DYXY Cosmetics ada kelulusan KKM okay ! InshaAllah selamat untuk kita gunakan.


Oh yaaa Nisa sangat berminat dengan DYXY Mineral Face Mist dia sebab ada ekstrak teh hijau dan Vitamin E ! Kedua-dua bahan utama ni merupakan bahan yang bagus untuk kulit wajah, haaa dalam pada nak mekap tu, boleh rawat sekali mukaaa... siapa kata mekap sekarang sekadar nak lawa, nak konfiden ? Banyak dah produk yang ada ingredients yang baik untuk improve kulit dalam masa yang sama.. macam produk DYXY Cosmetics ni lah ! Lelaki pun boleh guna face mist ni untuk segarkan kulit, spray je bila-bila masa !




Okay ni lagi satu contoh mekap menggunakan produk DYXY Cosmetics ni. Haa ini lah maksud Nisa bila mekap sikit-sikit tu, boleh membantu meningkatkan tahap keyakinan jugak. When we feel good about ourself, we will release positive aura ! Kita happy kita confident, orang sekeliling pun akan suka kita ! Haa jadi lebih senang nak berhadapan dengan orang ramai gitu...


Sebenarnya kalau nak cakap pasal mekap ni, sampai esok tak habis hahaha.. kalau ada yang nak tanya pasal produk ni, korang tengok sendiri lah dekat instagram DYXY Cosmetics okayyy ! Nisa sekadar berkongsi tips dan sedikit perkongsian mengenai produk DYXY ni je. Maklumlah tetibe je nama DYXY Cosmetics ni panass kan eh !




Nisa Kay.

1 comment:

Saya Gja said...

Hai Nisa.

Lama tak singgah sini.

Moga bahagia selalu.

Copyright © Nisa Kay