Thursday, March 8, 2018

WARDAH BEAUTY Brunch with Dewi Sandra



Assalamualaikum...

Sebenarnya acara ini dah berlangsung beberapa minggu yang lalu. Memandangkan sejak dua menjak ni Nisa sedikit berkelapangan, jadi Nisa korek kembali album gambar dalam hard disk dan tengok mana yang Nisa masih boleh kongsikan dengan kalian. Baca tajuk pun dah tahu this was an exciting session, because I was going to meet someone I like so much since my schoold days !!





WARDAH BEAUTY adalah jenama kosmetik dan skin care yang sudah lebih 20 tahun bertapak lama di Indonesia dan sangat popular di sana. Kalau sebelum ni jenama ini belum masuk ke Malaysia, setiap kali ke Jakarta mesti ada seorang dua rakan yang mengirimkan produk Wardah untuk Nisa tolong belikan dari sana. 



Melangkah je masuk ke Orchid Conservatory Room di Majestic Hotel ni, mata Nisa tertancap kepada sosok yang dinanti-nantikan. Ohhh dia sudah sampai! Dek kerana jalan yang sesaknya luar biasa pagi itu, lambat sedikit Nisa tiba. Tetapi masih antara yang paling awal. Wuiyooo makin cantik dan berseri tauu Dewi Sandra ni !



Minum pagi bukan sebarang minum pagi, WARDAH turut menyediakan aktiviti untuk para hadirin. Kami kena hias kotak produk WARDAH ni dengan bunga-bunga segar dan barang hiasan yang sudah disediakan. Pemenang of course akan dapat hadiah.. Hehe nervous la kejap sebab Nisa tak pandai nak hias hias ni, lagi lagi gubah bunga. Aduuuu ~




Haa.. ini ada sedikit sedutan mini vlog semasa acara tersebut berlangsung.




Seperti yang anda tonton di dalam mini vlog Nisa, Nisa berjaya memenangi hadiah untuk pemenang pilihan Dewi Sandra. Hew heww kembang hidung kejap. Hiks alhamdulillah ! Terima kasih WARDAH buat aktiviti macam ni, totally not something I'm used to... but it was so much fun playing around with the flowers.



Dayah Bakar berkongsi mengenai single terbaharu beliau yang bertajuk "Imamku".



Group photos ! All pinky pinky.. What a sweet and lovely day with the girls !


ALHAMDULILLAH terima kasih Wardah adakan sesi brunch bersama-sama dengan duta Wardah dan juga bintang filem terkenal Indonesia, Dewi Sandra. Ternganga kejap tengok Dewi menyanyi secara live lagu "Melayang" yang banyak melonjakkan nama Dewi. Sweet sangat ! Bersyukur sangat diberikan peluang ini.



Lots of love !




NISA KAY.



2 comments:

E'in said...

cantik sangat dewi sandra..

Mieza S said...

dua - dua cantik

Copyright © Nisa Kay