Tuesday, February 6, 2018

AirAsia Open Doors Contest - Alang-alang menyeluk pekasam !




Assalamualaikum...


Haa meriah sana sini berkejaran mencari pintu-pintu AirAsia demi sebuah penyertaan untuk contest AirAsia Open Doors. Peserta dari seluruh Malaysia meneyrtainya dengan menjejaki pintu-pintu yang telah AirAsia letakkan di beberapa lokasi seluruh Malaysia dan mengambil gambar bersama pintu tersebut serta upload di Instagram. 


My first door - IOI Putrajaya Mall

Setiap gambar pintu akan diberikan markah tertentu, juga bila gambar pintu anda diundi, anda akan mendapat markah. Setiap hari, anda perlu share mengenai laman web AirAsia Open Doors ini di Facebook atau di Twitter untuk mendapat markah tambahan. One thing about this contest kan, anda tidak boleh undi gambar yang sama.


Total pintu ada 16 yang diletakkan di seluruh Semenanjung Malaysia - 3 pintu terletak di Sunway Pyramid Selangor, 2 pintu terletak di IOI City Mall Putrajaya, 1 pintu di 1Utama PJ, 1 pintu di Setapak Central Mall, 1 pintu berada di luar butik H&M di Lot 10, 1 pintu di KLIA2, 1 pintu di Johor Bahru (tak ingat nama mall), 2 pintu ada di Dataran Pahlawan Mall Melaka, 2 pintu lagi berada di East Coast Mall Kuantan dan 2 pintu terakhir di Gurney Plaza Pulau Pinang.


Dari kiri : IOI Putrajaya Mall, KLIA2 dan 1Utama Shopping Centre

Asalnya Nisa mendaftar di website AirAsia Open Doors ni sebab nak mengundi kawan-kawan. Semua yang menyertai atau nak mengundi wajib berdaftar menggunakan akaun Facebook masing-masing. Jadi tujuan asal adalah untuk support dan undi gambar kawan-kawan yang sudahpun menyertai contest Open Doors ini.


Tapi entah macam mana boleh terjoin sekali door hunt dorang dorang ni. Hahahaa.. Pintu pertama yang Nisa upload ialah pintu yang berada di IOI City Mall Putrajaya. Secara spontan, Nisa terus menuju ke sana lepas waktu kerja sebab kawan-kawan nak pergi beramai-ramai. Maka bermulalah journey Nisa untuk Air Asia Open Doors contest ni. Memang tidak dijangka langsung !


Ketiga-tiga pintu ini di Sunway Pyramid Mall.

Memang excited tau "mengejar pintu" ni. Keghairahan nak mengumpul mata dan berposing di pintu-pintu yang telah diselerakkan di seluruh Semenanjung Malaysia. Yang best nya sebab ada kawan-kawan yang sama-sama join contest ni, jadi kami tolong satu sama lain. Kau amik gambar aku, aku ambik gambar kau. Yang penting kami posing puas-puas di depan pintu dan upload pic yang kami rasakan paling lawa hahaha.





CABARAN MENGEJAR PINTU :

Siapa kata join contest takde cabarannya. Mungkin ada yang beranggapan, alah ambil gambar bersama pintu je pun, siapa pun boleh buat. Ya memang betul tu. Tapi bekerja mengikut office hours juga mencabar sebab ada masa yang agak terhad untuk mencari pintu dan ambil gambar cepat-cepat. Lagi-lagi Nisa join contest ni dah lambat. Ramai peserta lain yang sudah mencapai ribu-ribu markahnya, kita pula baru terkedek-kedek nak masukkan penyertaan. 


Selain itu, pintu-pintu yang terletak di lokasi yang agak jauh jugak membuatkan Nisa tertanya-tanya berbaloi ke tidak nak travel all the way ke negeri lain untuk mengutip mata ? Kalau dah pergi sana tu lebih mudah kalau pergi dengan kawan agar ada yang boleh tolong ambilkan gambar berbanding mintak tolong strangers kan ? Kalau dengan kawan, nak bergambar 1000 kali pun takde hal.


Selain itu, apabila penyertaan semakin banyak, sistem website pula makin slow dan gambar-gambar yang kita dah upload di laman Instagram kita tak muncul di profile kita di laman web AirAsia Open Doors. Ada gambar yang Nisa terpaksa re-upload banyak kali dan mujurlah Nisa ada beberapa pilihan gambar. Kalau re-upload gambar yang sama pun tak best haha.



PINTU PALING JAUH ???

Sangat tidak dijangka apabila Nisa dan beberapa rakan blogger lain duduk minum jus Boost di KLIA2 selepas ambil gambar di pintu di sana.. kami terus dapat idea gila untuk terjah Penang bagi mengejar dua pintu yang terletak di Gurney Plaza! Tengok tiket flight, macam murah la jugak sebab bawah RM150. Hmmm boleh tahan lah. Neyra pula ditugaskan mencari hostel yang murah dan selesa.


Perjalanan kami bermula kurang 24 jam dari tempoh kami merancang. Memang impromptu dan serius tidak dijangka langsung! Jadi di Penang kami sempat melakukan beberapa aktiviti umpama pelancong haha ! Tapi itu Nisa cerita lain la ya.. Memang gila betul sampai ke Penang cari pintu ! Melaka pun Nisa pergi.. dengan bantuan Budak Lelaki Sebelah Pintu, Nisa bergambar di pintu yang terletak di Dataran Pahlawan Mall.





Contest tersebut sudah pun lama tamat. Dan diharapkan agar Nisa dapat la menang something daripada contest tersebut. Memandangkan masa dah suntuk, Nisa siap buat giveaway untuk mengaut lebih banyak undi dari followers. InshaAllah kalau ada rezeki tu, ada lah. Kalau tak silap, contest berakhir pada pertengahan Januari yang lalu. Keputusan masih belum diumumkan.. marilah kita sama-sama doakan ada rezeki Nisa ya. Thank you !



NISA KAY.



4 comments:

Ika.S said...

All the best Kak Nisa :) Semoga ada rezekinya hee.

Yatie Owner said...

yup. all the best nisa :)

khalisah hazrina said...

wah bestnya.. tak prasan pula ada air asia contest ni. all da best nisa.

ladylisaa.com

Aida Hana said...

Menarik lah cabaran diaa.. kalau tahu awal-awal mesti nak join gakk... ^^ and btw all the best!

Copyright © Nisa Kay