Monday, January 1, 2018

My current go-to makeup tutorial + foundation review !




Assalamualaikum...


Lama dah rasanya tak berkongsi makeup tutorial dengan pengikut di Youtube channel mahupun di laman blog Nisa. I'm getting busier as 2018 is coming, dan inshaAllah I'm up to new challenge to improve myself in terms of my job. Nervous. Takut tak tergenggam semua yang dijanji, tapi I will try my best to do it inshaAllah...

By the way Nisa dah pun kembali berkongsi mengenai tips mekap dan kecantikan di blog.. mana-mana yang Nisa rasakan Nisa boleh huraikan dan kongsikan menurut sisi pandangan Nisa lah kan. Pandangan peribadi setiap orang boleh jadi berbeza-beza.. Jadi jika anda juga ada perkara atau tips yang yang dikongsikan boleh lah komen di bawah ya..




Rasanya ada di antara followers Nisa yang tahu, muka Nisa mengalami breakout yang agak teruk baru-baru ini. Yalah, agak teruk juga bagi Nisa - sebab Nisa tak biasa breakout banyak banyak dan untuk tempoh yang lama. Berbulan jugalah muka ni berbiji, jerawat besar-besar, merah-merah dan gatal-gatal. Alhamdulillah my skin is far from flawless yet, but it's recovering. Jadi I'm back at makeup tutorials! Jom Nisa kongsikan step by step makeup routine Nisa yang terkini.



Okayyy ini dia serba sedikit my current go-to makeup.. ada masa togel je muka ni pergi kerja. Kalau rasa nak shoot video, Nisa mekap la sikit. Biasanya step step dia macam dalam video ni je la. Kecuali bulu mata palsu tu hua huaa sebab Nisa tak pandai pakai, nampak sangat dalam video di atas yang Nisa pakai tak kemas mana haha. Masih belajar..




Untuk video kali ini Nisa nak kongsikan mengenai foundation baru yang Nisa gunakan untuk look ini. Hello Virgin Foundation dari LustXCosmetics ni datangnya dengan satu code sahaja. Jujur bagi Nisa, jika anda berkulit cerah, anda sesuai dengan code ini. Tetapi jika anda berkulit sedikit tanned, atau dalam range medium dark.. anda perlu mencampurkan foundation ini dengan foundation yang lebih gelap untuk dapatkan warna yang balance.



Jadiii.. ini lah dia Hello Virgin Foundation dari LustXCosmetics. Okay Nisa akan bagi honest review mengenai foundation ni sebab Nisa dah gunakan. Nak bagi lebih mudah anda fahami, Nisa akan senaraikan dalam bentuk points apa yang Nisa suka dan apa yang Nisa tak suka, okay ?


APA YANG NISA SUKA !

  • Coverage macam medium to full. Buildable. Boleh blend lagi untuk capai coverage yang anda mahukan.
  • Texture tak tebal dan light di wajah.
  • Finishing agak smooth. First time pakai pun orang tegur smooth.
  • Tak capuk after hours of wearing.
  • Tak rasa gatal-gatal pada kulit bila foundation dah set dengan bedak. (Ada foundation buat muka gatal-gatal!! Tapi yang ni takk..)
  • Mengandungi ingredients yang juga berfungsi untuk merawat kulit macam Witch Hazel water.
  • Mengandungi argan kernel oil untuk hidrasi kulit so kulit tak kering bila pakai mekap.
  • Botol kaca, sturdy and rasa premium. And ada pump. 

**Diingatkan Nisa ada campur sedikit foundation ini dengan foundation lain untuk dapatkan tona warna yang balance for my own skin tone.


ALAMAK !! YANG NISA KURENGGG SIKIT...

  • Ada campuran esen coklat kot, sebab tu bau coklat. First time bau Nisa pelik bau apa.. rupanya coklat. Nisa kurang gemar produk letak kat muka ada bau-bauan makanan.
  • Hanya ada satu kod warna. I dont believe that 1 foundation code can fit all skin tones. There's no such thing. Orang yang kulit gelap tak boleh pakaiiii nanti nampak kelabu huu~



HARGA ?? Haaa Hello Virgin Foundation dijual dengan harga RM89.00. Boleh beli menerusi laman web Hello Virgin Foundation untuk pembelian. Cuba check kot mereka ada promo ke, ada sale ke kan ?? Boleh dapatkan okayyy ? Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti LustXCosmetics di laman-laman sosial media mereka seperti di bawah :







NISA KAY.



4 comments:

tenku butang said...

wah.. kulit nisa dah tak breakout dah.. dah makin cantikk.. Alhamdulillah.. Foundation ni ada 1 kod je yea.. macam TB kena pakai campur dengan foundation lain jugak la nampaknya.. takut macam nisa kata kelabu muka.. selalunya TB pakai yang Medium/Natural

suliana yusof said...

Selamat tahun baru nisa. Tak nampak pun muka macam breakout. Foundation tu satu kod je ker? Kena campur-campur rupanya untuk dapatkan warna yang cerah. Thanks for the info.

Zeza Yurika said...

KekZa pun kalau nak pakai ni kena blend dengan foundation lain yang lebih gelaplah nampak gaya sebab biasa pakai kod medium/natural. Huhu~

Anisa Anuar said...

nice one.. keep on update ea

Copyright © Nisa Kay