Sunday, February 26, 2017

Hostel 018 - Drama cinta tiga segi



Laju-laju aku melangkah masuk ke pintu Hostel 018, tempat kami menginap. Angin sejuk di luar disulami gerimis hujan sepanjang hari tidak dapat aku tahan lagi. Berlapis pakaian yang dikenakan pun masih belum mampu membuat aku menahan kedinginan yang menyelinap masuk membelai kulit seterusnya menusuk hingga ke tulang.

Saturday, February 25, 2017

Jualan Gudang Besar-besaran BENANG HIJAU dan MCC Boutique di Bangi !




Assalamualaikum..


Allahu... !! Akak di kejauhan di sayup-sayup tau di mata melihatkan pos-pos di Facebook oleh kengkawan semua ! Semuanya bagaikan nanar dengan kejadian yang bakal berlangsung weekend ni, di Bangi ! Iyee deknonn.. sesuatu yang besar dan meriah letops akan berlaku di Bangi, Selangor. Haa sah ler warga Bangi atau kawasan berhampiran dah tak senang duduk kan ???!! Teruskan membaca ye kalau semua kepochi nak tau apa dia..

Friday, February 17, 2017

PHOTOSHOOT : Servis fotografi meletop dari Kaio Studio !




Assalamualaikum...

Salam sejahtera, salam sayang, salam satu Malaysia.. semua jenis salam lah! Haha rasa kekok sikit nak menaip laju-laju sebabnya dah beberapa lama malas sangat update blog ni haa. Apa yang sibuk sangat Nisa pun, Nisa sendiri tak tahu lah ! Meeting sana sini je memanjang, nak mengadap blog kesayangan ni pun takde masa...


Nisa nak sangat kongsikan kepada semua pembaca blog Nisa khususnya.. mengenai pengalaman Nisa dan rakan-rakan blogger bersama studio photoshoot terbaik Shah Alam ni haa ! Beberapa minggu lalu kami semua berpeluang berkumpul dan berphotoshoot bersama team fotografi dan videografi yang super awesome iaitu KAIO STUDIO haaa...