Monday, November 13, 2017

Senarai lagu-lagu layak ke pentas AJL 32



Assalamualaikum...


Nisa nak berterima kasih sangat sangat dekat abang Rashidee dari Kaki Foto sebab sudi bagi tiket ni pada Nisa. Sejujurnya Nisa memang nak sangat sangat pergi ke Sri Pentas 2 untuk menyaksikan sendiri acara Separuh Akhir Muzik Muzik 32 untuk minggu terakhir ni. Tapi Nisa sampai KL dah lambat dari kampung. Jadi... Nisa tak sempat ke sana...


Gambar-gambar oleh : @kakifoto_


Apa-apa pun, sampai je rumah Nisa terus bukak TV untuk menonton persembahan yang masih berbaki untuk minggu ini, seterusnya menantikan pengumuman lagu-lagu yang berjaya melayakkan diri ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 32 yang akan berlangsung pada Februari 2018 kelak.


Pendapat Nisa mengenai Semi Final Muzik Muzik 32 (SFMM32) kali ini ? 

Honestly it is very refreshing to see so many new faces yang layak ke peringkat separuh akhir. Kita harus akui, para pelapis ini sudah harus mulai memasuk ke fasa seterusnya. Bukanlah nak kata penyanyi lama semua tak perlu join AJL dah... tapi yang baru-baru ni perlu naik satu level lagi dalam karier masing-masing kan ? Plus kita tak boleh menafikan penyanyi yang lebih berpengalaman memang sangat berbakat dan lagu-lagu semua memang best!






SENARAI LAGU YANG LAYAK KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 :

LAGU : Sejati (Faizal Tahir)
PENYANYI : Azmi Caliph Buskers
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Faizal Tahir & Mike Chan


LAGU : Tergantung Sepi
PENYANYI : Haqiem Rusli
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Ibnu & Gouffran


LAGU : Jampi
PENYANYI : Hael Husaini
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Hael Husaini & Ezra Kong


LAGU : Separuh Mati Ku Bercinta
PENYANYI : Dayang Nurfaizah
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Ajai


LAGU : Amboi
PENYANYI : Altimet
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Altimet


LAGU : Lebih Sempurna
PENYANYI : Syamel
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Syamel


LAGU : Aku Yang Sebenar
PENYANYI : Hazama The Penglipur Lara
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : M. Nasir & Ad Samad


LAGU : Akhirnya, Cinta
PENYANYI : Salma
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Ajai & Slen


LAGU : Menahan Rindu
PENYANYI : Wany Hasrita
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Ibnu & Gouffran


LAGU : Aku Cinta
PENYANYI : Syamel & Ernie Zakri
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Syamel


LAGU : Bayang
PENYANYI : Khai Bahar
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Alam & Patrick Anohada


LAGU : Warkah Untukku
PENYANYI : Ara Johari
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Hang Nadim & Laq



Kredit Gambar : Twitter TV3 Malaysia

Sejujurnya sebelum pengumuman lagu-lagu yang mara ke pentas akhir, Nisa takde expectations apa sangat. Memang Nisa rasa pencalonan kali ini sangat sengit sebab banyak karya yang bagus-bagus bertanding di peringkat separuh akhir dan ramai penyanyi baru yang berbakat turut tercalon. Inilah masa kita lihat perubahan demi perubahan di pentas AJL yang berprestij itu.


Penyanyi yang sudah berpengalaman seperti Hazama dan Dayang Nurfaizah berjaya ke peringkat AJL32. Altimet pun tak baru sangat kan ? Pun berpengalaman juga tu.. Dayang ? Fuhhh juara AJL31 tuuu ! Pastinya ramai yang expect kemenangan dari beliau.


Banyak jugak lagu yang mara ke pentas akhir dicipta sendiri oleh sang penyanyi, membuktikan banyak pelapis penyanyi Malaysia yang berbakat besar menghasilkan lagu di samping menyanyi dengan baik. Contohnya Syamel. Kedua-dua lagu ciptaannya tercalon dan dua-dua mara ke pentas AJL32 ! Fuhhh hebat sungguh rezeki beliau tahun ini. 


Terdapat juga lagu-lagu dari komposer dan penulis lirik yang sama tetapi berlainan penyanyi yang berjaya menduduki tempat di AJL32. Nama-nama yang tak asing lagi seperti Ajai serta Ibnu & Gouffran yang banyak menghasilkan lagu-lagu hit. Apa-apa pun Nisa jadi teruja nak menonton AJL32 nanti sebab banyak juga lagu yang best! Apa kata uols ?




NISA KAY.

5 comments:

Lokman Hakim said...

Semua lagu best2..

MiYOKO SuKi said...

Byk muka br yg muda2 kan...

Hizami Li said...

bestnya! nak pergi AJL 32!

Cik Kumbang said...

Semua lagu best-best

Jelita dan Awet Muda said...

Ada ramai muka bari yang bertanding, pastinya mengujakan AJL kali ni

Copyright © Nisa Kay