Saturday, October 21, 2017

Malam Gala Filem DUBAI MY LOVE



Assalamualaikum...

Rasanya dah lama jugak tak luang masa untuk menghadiri majlis tayangan perdana atau malam gala bagi mana-mana filem. Sebabnya ? Muka tengah break out teruk dan perasaan ada sedikit down dengan banyak perkara. So Nisa terpaksa tolak banyak undangan. I do feel really bad about it. But I'm coming back.. gitu...



Sedikit demi sedikit lah Nisa cuba penuhi jemputan ke event ya ?? Baiklah kita mulakan dengan majlis malam gala bagi filem DUBAI MY LOVE yang bakal ditayangkan di Malaysia bermula 26 Oktober ini. Haa jujurnya sebelum dapat jemputan ke tayangan filem ni pun, Nisa dah tengok trailer yang dikongsikan oleh warga twitter. Memang menarik !




Sejenis yang tak reti sangat nak bergaya kekdahnya. Hahaha pakai je la apa ada ye dak ? Patutnya kasut nak matchy matchy warna pink lembut tapi tu lahhh entah mana letaknya. Hahah !! Terima kasih kepada pihak TSAR ASIA SDN BHD di atas jemputan eksklusif ke majlis malam gala ni. Hero filem ini merupakan salah seorang pelakon filem pecah panggung Bisik Pada Langit. Jeng jeng jeng siapa??





DUBAI MY LOVE 


Mengisahkan mengenai Amar yang pernah ditinggalkan Balqis pada hari perkahwinannya. Beliau membawa hati membina kerjaya di Dubai. Sangkanya hidupnya sudah berubah kerana beliau mempunyai kekasih hati baru (Maryam) yang bertahun menanti langkah seterus darinya. Namun jawapan kepada kejadian lalu menyekat hati dan perasaannya. Lima tahun Amar hidup memendam rasa, tanpa disedarinya beliau masih di tempat yang sama.


Sehinggalah pada suatu hari munculnya Fazlina, seorang gadis yang berpewatakan mirip bekas kekasihnya. Dia membawa jawapan kepada apa yang Amar cari selama ini, tapi jawapan itu hanya akan diberitahu kepadanya seandainya dia menurut permintaan Fazlina. Berkunjung ke lokasi-lokasi yang sepatutnya menjadi impian bulan madu bekas kekasihnya, Amar yang mungkin terlalu merindui Balqis kian tertarik kepada Fazlina.





Maryam menahan rasa melihat Amar yang sering meluangkan masa bersama Fazlina, dan Fazlina juga seakan sudah jatuh cinta kepada Amar. Kota Dubai yang indah dan serba mewah menyaksikan komplikasi hubungan di antara 3 insan ini. Jadi, Amar akan pilih siapa? Adakah Amar akan kembali kepada Maryam atau terus hanyut dengan Fazlina ?



Putri Najuwa memegang watak MARYAM.

Perjalanan filem mungkin sedikit perlahan, tapi itu cukup untuk membuatkan penonton ternanti-nanti apakah akan terjadi kepada Amar ? Paling nak tahu kenapa lah Balqis kejam sangat nak tinggalkan Amar terkontang-kanting di hari perkahwinan mereka. Maryam pulak watak yang sangat tabah dan membuktikan bahawa cinta itu kesabaran. Tapi nak tahu adakah bahagia milik Maryam atau tidak, kena tonton Dubai My Love okay ?



Hanna Aqeela sebagai FAZLINA

Watak Fazlina ni asalnya memberi Nisa tanda tanya. Betul ke dia ada kena mengena dengan Balqis ? Atau seorang wanita psiko yang sekadar muncul untuk mengganggu lagi perasaan Amar ? Mulanya nampak macam okay tapi makin lama aihh geram pulak kiter wakk! Hahaha !! Dah kenapaaa la pompuan ni hadoi laa ! Haa gitu la serba sedikit perasaan kita dekat watak Fazlina. Haha.. 



Erwin Dawson sebagai AMAR.

Haaa inilah dia ! Si Amar yang bikin geram pulakkk. Susah betul dia nak move on dek kerana kena tinggal camtu je. Dah tu, ada makwe yang setia pun takleh nak move on sepenuhnya. Lepas tu boleh pulak kau bercanda di pasiran pantai kita bersama memadu asmara dengan di Fazlina eh!! Haa geram sis gerammm !! Ko nak hape sebenarnya Amar oiii ???!!


Haaa nak tahu apa jadi kepada cinta tiga segi ni, kenalah tengok Dubai My Love. Kot Balqis muncul semula selepas mengecewakan Amar kaw kaw punya ke ? Haa dah boleh move on ke idok si Amar ni akhirnya ? Dia masih nak kan Maryam atau beralih kepada cinta baru si Fazlina ? Oh noo!! Sakit jiwa sisss. Hahaha... nak tahu kenalah tonton Dubai My Love di pawagam berhampiran anda okay ?




Majlis malam gala dimeriahkan dengan persembahan muzik dan tarian belly-dancing dari Timur Tengah.




Aisyah Aziz yang baru sahaja menang anugerah di APM 2017 muncul tanda sokongan terhadap filem ini. Lagu nyanyian beliau bersama Haikal Ali iaitu "Senyum Saja" menjadi salah satu runut bunyi dalam filem ini. 



Barisan pelakon Dubai My Love


Jangan lupa tonton filem yang berkisarkan dengan penantian, harapan, ketabahan, dan cinta setia. Gituhhhh... Dan bagi mereka yang menonton filem ini di wayang, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kontes dan berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Dubai ! Woot woot !!


Like facebook page Dubai My Love untuk mengetahui senarai pawagam yang menayangkan filem ini.

Follow instagram Dubai My Love untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kontes yang Nisa sebutkan tadi ! Mana tahu dapat menikmati kota Dubai yang indah seperti yang ditunjukkan di dalam filem !






NISA KAY.

15 comments:

Lia Hasty said...

Nama tajuk macam gempak je. Kena tengok ni adegan cinta 3 segi ni.

Shafyqah Azry said...

macam menarik kalau baca dari cerita nisa, hehe sha memang suka cerita cinta ni ><

Azlinda Azman said...

Aloh..xpandai bergaya ke hape tu hehe. Molek je awok. Btw akk suka sipnopsis citer ni. Nt nak tgk

sayaiday said...

eh ada Erwin Dawson la. hehehe suka tengok dia dalam bisik pada langit, so macam nak tengok movie ni pulak. hehehe 26 okt ye, tak lama dah tu. hehehe

Lokman Hakim said...

Mcm best je filem ni...pelakon pon padu2

Amanda Suria said...

Citer baru eh..menarik la..eh Nisa oun dh macam pelakon citer ni dh..cantik sgt...

Bella Jamal said...

Tengok cantik je as always! Bolehlah layan cintan lepas ni tengok cerita ni. Susah2 cinta 3 segi ni. Hehe

Salina Johari said...

Lama giler tak tgk wayang sejak beranak pinak ni...kena cari peluang gak..cam menarik jeww

Haneeza Mohamad said...

cantiknya mekap kak nisa.. hehe.. untungnya dapat jumpa erwin dan aisyah aziz.. teringin nak jumpa dorang.. apapun kena bookmark dubai my love ni.. sebab ada erwin :-p huhu..

luqman zakaria said...

waa..macam best.ruginya tak dapat nak join aritu :)

Nuha Nawawi said...

Wah, Dubai My Love. Menarik!.

Nuha Nawawi said...

Wah, Dubai MY Love.

Menarik!
Boleh ikuti cerita ini.

Rafzan Tomomi said...

look promisingg. Goodluck Dubai MY Love & team !

Afizah Abd Rahman said...

Macam best jer cerita ni. Dah lama sangat tak tengok wayang. Wah... tinggi betul aisyah aziz tu yer.

Afizah Abd Rahman said...

Macam best jer cerita ni. Dah lama sangat tak tengok wayang. Wah... tinggi betul aisyah aziz tu yer.

Copyright © Nisa Kay