Monday, September 25, 2017

Konsert AF Megastar Minggu Kedua : 24 September 2017




Assalamualaikum..

Iyaa minggu berganti minggu. Rasa macam baru je weekend, ni dah weekend semula.. dah nak habis dah pun ! Haa macam biasa hari Ahad alhamdulillah dapat rezeki tiket menonton konsert AF Megastar secara langsung di Shah Alam. Baiklah.. minggu untuk para bintang berentap sudah masuh minggu kedua. Dan jika minggu lalu tema adalah "tribute" kepada pelajar AF lain, minggu ini temanya ROCKKKKK !




Jadi pada minggu ini para bintang perlu menyampaikan lagu rock atau lagu-lagu yang telah digubah susunannye kepada lagu yang mempunyai unsur rock. Haa macam mana tu ? Rasanya tak ada seorang pun dalam kalangan peserta AF Megastar yang memang seorang rockers. Jadi ini cabaran buat mereka. Pada malam konsert, pentas dipanaskan dengan persembahan pembukaan oleh Azlan & The Typewriter.




EWAL - Potret (Akim & The Majistret)

Bintang pertama yang membuat persembahan adalah Ewal. Kemain Pak Nil usik Ewal, kenapa beliau tak nyanyi lagu ayahnya je ? Ye lah ayah Ewal kan Mel bekas vokalis Wings satu ketika dulu, ada jugak lagu-lagu hit beliau. Tapi Ewal kata lagu yang dipilihnya ni lebih kena dengan jiwa beliau. Gitchuu.




SUFI - Sambutlah Kasih (Lovehunters)

Lagu ini merupakan lagu sebuah kumpulan rock yang berasal dari Singapura juga. Difahamkan bahawa lagu ni merupakan lagu yang biasa Sufi bawa ketika show di sana juga. Dan Nisa ada sekali tengok show beliau di Singapura. Fuhhh memang power dia nyanyi! Ketika di pentas AF Megastar pun memang paduuuu bawaan Sufi ! Moga Allah kurniakan lebih rezeki untuk kau, pi. Orang tak tahu segala kerja keras kau. Takpe janji kami kawan-kawan tahu, Allah tahu.




AMIR JAHARI - Pokok (Meet Uncle Husein ft Hazama)

Ternyata Amir J masih kekal dengan identiti beliau. Syafinaz siap komen dia pilih lagu yang kena dengan dia dan konsep yang dibawakan pun best. Rock rock jugak. Bawak caklempong tu yang mahal ! Mesti nak serap jugak elemen tradisi ke dalam persembahan. Penampilan pun simple je tak try hard.




INDAH - Chandelier (Sia)

Bersorak-sorai peminat Indah semalam. She's a good singer itu memang tak dinafikan. Tapi minggu lalu mungkin dia agak kureng, minggu ni dia cuba menebus kembali kekurangan lalu. Ternyata lagu Chandelier yang ditambah dengan arrangement muzik rock mendapat sambutan meriah dari penonton.




SYAMEL - Still Loving You (Scorpion)

Memilih lagu slow rock minggu ni, Syamel kurang bereksperimentasi jika nak dibandingan dua minggu lalu. Tapi still, he's good itu tak dinafikan. Turut menampilkan nyanyian latar dari kumpulan koir.





BOB - Saat Ku Idamkan (Amy Search)

Kekuatan vokal Bob tak perlu dipertikai lagi. Lantunan suara memang power. Ecehhhh acah juri profesional lak kite ye. Apa-apa pun dari zaman AF2 dulu memang suka Bob. Memang suka persembahan beliau.




AMIR MASDI - Sejarah Mungkin Berulang (New Boyz)

Adakah sejarah bakal berulang buat Amir ? Honestly persembahan lagu New Boyz yang telah di rock kan ini memberi feel sebagaimana Nisa menonton persembahan pertama Amir di minggu Homecoming, ketika beliau menyanyikan lagu Grenade. He's good. Arrangement seronok didengar sebab memang berbeza dengan lagu asal. Tapi ada tersilap lirik sikit laa. Apa-apa pun beliau teruskan menyanyi dengan konfiden.





MARSHA - Salam Untuk Kekasih (Nadia)

Seperti biasa, kita boleh jangka drama dan watak yang dibawakan oleh Marsha di dalam persembahannya. Uniknya beliau membawa bersama gitaris wanita untuk turut beraksi di pentas utama.




SHAHIR - Jampi (Hael Husaini)

Kali ini Nisa lihat Shahir cuba keluar dari zon selesa di mana beliau turut membawakan watak dan lakonan di atas pentas. Sampai diusik-usik "siapa yang ajar dia berlakon.." haha gitu. Lagu Jampi yang di rock kan.. dan lakonan seakan Joker di atas pentas. Nice try Shahir !




IDAYU - Sesal Separuh Nyawa (Alyah)

Haaa gamat kejap suasana bila lagu ini dinyanyikan Idayu. First, sebab memang Idayu nyanyi sedap and peminat dia memang meriah teruk. Kedua, sebab lagu ni lagu bini Tok Ram ler... lagi-lagi Tok Ram pulak yang komen beliau haha. Tapi Nisa tak fokus lak apa yang Tok Ram komen kan.




Malam itu penonton dihiburkan oleh Bunkface yang menyampaikan lagu terbaru mereka berjudul kembali. Biasa Bunkface come up dengan lagu lagu rancak giler kan. Berbeza dengan single terbaru mereka, lagu ni macam nice.. layan je.. slow je. Good job Bunkface ! Eh eh komen macam lah dorang ni peserta.




PEMENANG MINGGUAN - SUFI RASHID

Tahniahhhhh cupi !!!! You deserve it ! Malam tu you were great ! We - your friends, have seen how hardworking you are. Tuhan tahu segala penat lelah kau, tapi of course orang luar taknak tahu, dorang tahu kritik je. They dont see how you took all the critics to improve your performance and everything. InshaAllah.. banyakkan bersabar and work hard !





Tapi... menerima pengiktirafan pemenang mingguan bukanlah penyelamat keadaan. Amir Jahari, Sufi Rashid dan Ewal merupakan tiga pelajar yang mendapat 3 tempat terbawah. Serious memang nervous gila wehhh !!! Taknak lah ada penyingkiran segala niiii boleh dak ? Takyah laaa singkir-singkir niii.. Boleh dak semua semua pi final terus ???




PESERTA TERSINGKIR MINGGU KEDUA - EWAL


"NOOOO...!!!" Automatik aku dan Aen terjerit kecil bila Ewal diumumkan sebagai bintang yang akan mengakhiri perjalanan di AF Megastar. Awhhh sayangnya ! Ewal is a singer and performer yang ada potensi yang sangat besar. Ewal pun Nisa dah kenal lama dulu menerusi media trip. Masa tu beliau masih muda sangat dan belum masuk AF pun.


Apa-apa pun.. All the best to Ewal !! Hope karier beliau terus berkembang dan maju inshaAllah... semua peserta yang tinggal pun semua bagus-bagus.. Jadi keputusan akan menjadi sukar dan semakin sukar. Sesiapa sahaja boleh tersingkir. Do your very best ya semua !




NISA KAY.

2 comments:

Rizq Afzareen Afdlin Rozaidi said...

Nak tanya mcmmana nak dapatkan tiket mega af ye? Terima kasih 😊

Nisa Kay said...

Boleh check instagram akademifantasia untuk menang tiket. atau info mengenai tiket

Copyright © Nisa Kay