Tuesday, August 1, 2017

Bawa lebih dari satu lipstick bila keluar !




Assalamualaikum...


Hai gurllss.. hari ini seronok sikit nak menaip sebab Nisa akan menulis mengenai perkara yang most girls suka iaitu barang mekappp !!! Nisa macam lost sikit nak mula dari mana ni. Haha okay macam ni lah. Ada masa kita selalu keluar sampai malam, or dalam sehari tu ada dua event atau dua hal yang perlu kita laksanakan. Tapi takkan nak nampak sama je kan ? Mesti nak nampak lain sikit. Makanya, ini antara tips yang mudah la kot bagi semua ? Hehee..



Jika anda keluar, dan anda perlu mengenakan mekap untuk dua acara yang berlainan, apa yang Nisa boleh kongsikan pengalaman sendiri ialah kenakan mekap yang UNIVERSAL. Universal maksud Nisa di sini ialah makeup look yang simple, bersih dan senang match dengan pelbagai lip color. Dalam gambar ni, Nisa cuma pakai foundation, bedak macam biasa.. untuk mata Nisa pakai eyeshadow warna brown. Yasss satu warna je, lepas tu blend ala-ala smokey sikit. Lepas tu loads of mascara coatings !





Okay ini liquid lipsticks pertama yang Nisa pakai masa hari tu. Maaf ler bibir nampak nau flaky nye. Maklumlah lupa nak prep bibir guna lip balm dulu. Tahu-tahu je dah apply liquid lipsticks. Haaa itu adalah penyebab utama bibir cepat flaky bila pakai liquid lipsticks okay ! Plus kita sendiri kena banyak minum air jugak. 


I was using KYLIE COSMETICS Matte Liquid Lipsticks in Ginger. One of my favorite liquid lipstick shades ! Kemasan dia memang lawa, memang cepat matte, tapi pakai lah apa liquid lipstick sekalipun, kalau tak prep bibir atau memang anda sejenis liat minum air masak banyak-banyak, memang bibir akan cepat sangat mengelupas. Mana nak beli ? Nisa order dari satu IG shop ni, tapi dia dah tak jual produk Kylie Cosmetics sebab kena pre-order dan makin mahal sebab pertukaran wang terkini.


So untuk look ni, Nisa gunakan this Kylie Cosmetics untuk nampak lebih bold, lebih outstanding.. sebabnya warna coklat gelap dia memang kalau tengok depan-depan, warnanya cukup deep. Dan ada orange undertone lagi. Dalam pic ni tak jelas sangat warna sebenar dia. Maklumlah henpon ni kuat sangat filter dia hehe..





Baiklah, Nisa dah bersihkan bibir (Nisa sentiasa bawa wet tissue ke mana-mana, senang nak tukar lip colour) dan Nisa tukar ke warna yang semestinya berbeza sangat dengan yang first tadi. Nisa pakai WARDAH Exclusive Matte Lip Cream code 13. Haa untuk pengetahuan semua, jenama WARDAH sudah rasmi memasuki pasaran Malaysia dan mudah didapati di outlet Watsons seluruh Malaysia. Harga satu matte lip cream mereka around RM40 camtu ?


Dan Nisa nak maklumkan jugak, code yang Nisa pakai ni memang belum available kat mana-mana. Sebabnya, Nisa menang matte lip cream ni masa majlis minum petang bersama Wardah tidak lama dulu. Jadi code yang available di drugstore cuma code 01 hingga 12 sahaja buat masa ni. 


Tapi jujur Nisa katakan, Nisa sangat sangat sangat menyukai tekstur matte lip cream dari Wardah ni. Tekstur nya tidak terlalu tebal, tidak terlalu nipis. Pigment dia memuaskan, tak bercapuk dan tak buat bibir kering sangat. Memang just nice finishing dia. You guys boleh dapatkan dari mana-mana outlet Watsons yang sudah mula menjual jenama Wardah ni okay.





Jadi bila keluar tu, jangan lupa bawak lebih dari satu lipstick atau liquid lipstick okay ! Senang nak tukar look. Kadang-kadang eyeshadow simple je. Ada yang tak gemar pakai eyeshadow, cuma fokus pada eyeliner je.. Haa dengan menukar warna bibir anda, sedikit sebanyak ada nampak perbezaan pada wajah kita. Contohnya nak makan malam romantik, boleh prepare lipstick warna merah. 


Kalau nak tengok wayang atau keluar makan-makan dengan kawan-kawan.. boleh try bawa lipstick yang warna nude gitu.. Pink nude, mauvy nude atau nude seakan skin colour tu pun okay, bergantung kepada kegemaran anda. Mekap muka pulak biar minima. So lepas kita solat, kita nak apply mekap semula tu cepat dan tak menyusahkan. Bila dah biasa mekap ni, memang laju je siap nya. So takde isu "korang tak sembahyang ke yang suka pakai mekap ni ?" Well.. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ye dak ?



NISA KAY.

9 comments:

Busyra Bt Takiyudin said...

nisa cntikk la awk pkai lips tu...<3

Unknown said...

Betul tu. Akak selalu bawak 2 lipstik kalo keluar.

ayuejean said...

Dalam beg aku memang ade 4-5 kaler lipstick.... Hehehhehee...
Aku suke kaler kylie tu...

Azlinda Azman said...

Thbks for tips..nt nak cuba bawa liptik berlainan color

Vitalynd Pengedar Shaklee Puncak Alam said...

Thanx for the tips. Cantik..😊

Lokman Hakim said...

cantik nisa...haha..singgah dari http://www.hakimramli.com..jemput bw

timm bill said...

adus, dlm simpanan ada 1 liptik jer..haha!

mOoN IzzaN said...

slalu mmg bawa lebih tapi kadang guna 1 je.. heee

Nadiah Suhaidi said...

Thanks for the tips. Biasa ada 1 saja dlm handbag

Copyright © Nisa Kay