Friday, July 7, 2017

My TV Host Journey : Fasa permulaan bersama Pesona Muslimah





Assalamualaikum...

Rasanya sudah agak lewat untuk Nisa throwback kembali kepada detik-detik Nisa mula-mula jadi pengacara TV, di Astro Oasis khususnya. Boleh baca Nisa ceritakan kembali mengenai minat untuk mengacara dan bagaimana Nisa menghadiri ujibakat dan terpilih di link di atas ya.. sebenarnya, Pesona Muslimah sudah pun melabuhkan tirainya, setelah tamat satu musim sebanyak 16 episod. 


Jadi.. Nisa sengaja nak throwback jauh sikit ke belakang, sekitar awal Mac 2017, di mana bermulanya perjalanan sebenar menjadi hos kepada rancanan Pesona Muslimah ni. Biasalah rancangan baru kan, so kami melalui proses mempromosi rancangan tersebut, antaranya bersiaran secara langsung di Hlive (11 Mac 2017). 




Pada waktu ini Sherry Ibrahim tak dapat bersama kami untuk sama-sama mempromosi Pesona Muslimah, jadi Nisa dan Syifa Melvin sahaja yang datang. Haa mujur ada yang rakamkan video, jadi adalah sedikit kenangan muncul di HLive.. Haha entah bila la lagi kan ? Terima kasih hos Adriana Adnan dan Yaya Zahir, dorang cantikkk dan best sangat ! Alhamdulillah everything went well..






Promo seterusnya berlaku di rancangan AM Live (kini dikenali sebagai PM Live) yang bersiaran pada 13 Mac 2017.. Haa tarikh 13 Mac tu keramat sungguh, sebab pada hari itu juga Pesona Muslimah akan bersiaran untuk episod pertama pada jam 9.30 malam di Astro Oasis. Hos-hos AM Live pada hari tu memang dah kenal, so Nisa memang selesa tapi sayangnya Nisa sakit gigi pada hari tu, so memang tak berapa in mood pulak. Sobs.




PESONA MUSLIMAH EPISOD 1 : Fara Fauzana


Nisa masih ingat lagi, Nisa tiba di Malaysia dari Barcelona pada hari Ahad, hari pun dah hampir malam pada waktu itu. Keesokan harinya, Nisa sibuk memenuhi appoinment, walaupun pada waktu tu Nisa sangat penat dan masih dalam situasi jet lag disebabkan perubahan zon waktu Eropah dan Asia. Hari Selasa tu, hari pertama untuk shooting Pesona Muslimah episod pertama !! Nervous makkk..

Tetamu jemputan untuk pilot episode ni pulak bukan calang-calang orang. Individu yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan iaitu Fara Fauzana. Allahu.. kecik je rasa diri ni nak interview role model macam kak Fara. Nisa pun minat dengan beliau. Tapi Fara Fauzana memang sangat friendly dan sangat bagus, sikap bersahaja beliau sedikit sebanyak mengurangkan rasa nervous dalam diri ni.




PESONA MUSLIMAH EPISOD 2 : Hanis Zalikha


Episod seterusnya kami rakamkan pada hari yang sama jugak. Selesai rakaman episod pertama, amik gambar sikit, selfie sikit.. haha maka kami tukar baju, touch up makeup dan teruskan dengan rakaman episod seterusnya.




Yang ini excited dan Nisa pun dah rasa kurang tegang dan segan berbanding rakaman episod pertama sebab Nisa kenal jugak lah dengan Hanis Zalikha, pernah la dulu-dulu zaman blog baru nak up kami bertemu di acara-acara.. Jadi nak berbual pun memang tak kekok mana sebab Nisa memang follow rapat perkembangan Hanis serta perniagaan beliau. Alhamdulillah yang kedua ni rasa dah kurang sikit nervous nya.


Alhamdulillah apa yang boleh Nisa katakan ialah Nisa sangat bersyukur kerana terpilih.. Dan momen-momen permulaan inilah yang Nisa akan ingat sentiasa. Nisa akan kenang bagaimana Nisa bermula, dari memang takde apa-apa langsung, tak tahu menahu mengenai dunia penyiaran sebenar.. Nisa belajar sikit-sikit. Alhamdulillah kak Sherry pun memberikan kerjasama yang baik dan kami terus menerus cuba untuk mencari lebih chemistry dalam mengacara.




NISA KAY.

5 comments:

Beeha Azman said...

My idola. Love you!/ All the best in this carrier. Teringin nak jd mcm sis. Mcm mana eh?

Rafzan Tomomi said...

Alhamdulillah. Kipidapp sis !

Uyul Rosli said...

adore with ur talent Nisa! keep it up!
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Ishak Ismail said...

Bab beraksi dpn kamera nisa memang best...!

rubydotmy said...

Hehehe tahniah Nisa. Cabaran pasti ada. Manisnya juga ada. Terus berjalan k.

Copyright © Nisa Kay