Monday, July 17, 2017

Jaga Instagram feed - perlu ke ?




Assalamualaikum....

Instagram bukan lah lagi asing dalam kehidupan masa kini yang serba serbi menggunakan telefon pintar. Banyak benda dah di hujung jari je, memandangkan kemudahan internet pun makin mudah didapati kan. Haa bercakap mengenai Instagram ni, semua sedia maklum dekat Instagram ni lah kita upload gambar-gambar. Macam-macam jenis gambar la kan. Ada yang suka upload selfie, wefie, gambar tak nampak muka lah, gambar kucing lah, makanan lah dan macam-macam lagi lah..


Ada yang menjadikan galeri, siap susun feed Instagram tu cantik-cantik.. Gambar pulak kena ada tema bila nak edit.. supaya nampak identical camtu.. Ada yang jenis main upload je gambar, lantak lah. Ada yang rajin menyusun feed Instagram agar nampak kemas. Haa ramai yang bertanyakan Nisa mengenai feed Instagram Nisa. Tak penat ke nak susun ?





SEJAK BILA RAJIN SUSUN FEED INSTAGRAM ?

Okay sejujurnya Nisa tak pernah terfikir nak merajinkan diri susun IG feed, sebab memang sejak menggunakan aplikasi Instagram ni, Nisa akan upload apa saja gambar yang Nisa rasa nak upload. Gambar barang ke, gambar dinding ke, langit ke, muka orang ke. ANYTHING. Memang bersepah sikit la Instagram. Itu yang sampai berbelas ribu jumlah gambar di laman Instagram Nisa haha. Sekarang ni memang tengah dalam proses nak padam gambar-gambar lama.


Semuanya bermula dari trip di Korea bersama Air Asia X, masa tu kami mencuba pelbagai jenis makanan Korea. Jadi gambar makanan memang sangat banyak dan Nisa upload gambar-gambar tersebut satu-persatu. Entah macam mana, gambar-gambar makanan tu boleh ter-duduk di dalam satu row yang sama. Nisa memang tak perasan, sampailah ada yang menegur Nisa mengenainya.




Jadi seperti yang anda lihat di Instagram Nisa, Nisa ada dedicated column for food only. Yasssss FOODDDD !! Hahahaha... Daripada tak sengaja tersusun gambar makanan pada kolum yang sama, maka Nisa teruskan upload gambar pada kedudukan yang sama sebab Nisa rasa eh eh macam menarik la pulak kan. 

Kemudian sedikit demi sedikit, Nisa tetapkan pada satu baris tu, WAJIB upload satu gambar makanan, dan dua gambar yang sama baris dengannya mestilah satu tema. Kalau selfie, Nisa akan letak dua gambar selfie atau pun dua gambar yang wajib sama tema. Jarang la Nisa letak gambar yang takde kaitan sebelah menyebelah. Dah namanya jaga feed, kena lah pastikan nak upload gambar pun kena lah tersusun kan ?




KALAU KENA UPLOAD GAMBAR ATAU VIDEO IG REVIEW MACAM MANA PULA ?

Haaa ini tricky sikit... Sebab Nisa pun dah alang-alang ter-rajin jaga IG feed bagai ni, Nisa kenalah come up dengan solusi bagaimana nak post gambar iklan atau pun sponsored post tanpa mengganggu gugat IG feed yang sekarang ni kan...

Jadi apa yang Nisa buat ialah, setiap kali nak upload iklan, Nisa akan buat satu row tu semua gambar atau video iklan.. mungkin daripada 3 gambar satu row tu, satu atau dua post je yang IG review. Satu lagi Nisa akan upload gambar produk yang Nisa ada dapat untuk dipromosi kan. Tapi Nisa sekarang pun dah jarang lah ambil review ni semua sebab Nisa taknak iklan terlalu banyak di laman Instagram Nisa kan.




SO... PERLU KE JAGA INSTAGRAM FEED NI ?

Sejujurnya.. DEPENDS. Bergantung kepada anda sama ada anda nak melakukannya atau tidak. Jika anda rasa macam leceh, menyusahkan.. maka tak perlu lah bagi anda. Jika anda memang suka upload gambar dan memang nak Instagram feed anda nampak lain dari yang lain dan juga nampak kemas.. boleh lah cuba dulu susun IG feed ikut kesukaan anda. Kalau rasa tak boleh commit, you can just stop. Takde ruginya kalau tak buat, dan tak rugi kalau memang anda ada kelapangan nak buat.

Semuanya bergantung kepada anda, dan anda guna Instagram untuk apa. Contohnya jika anda seorang photographer atau videographer, haa dengan IG feed yang kemas, cantik, tersusun dengan hasil kerja anda pastilah akan menarik minat orang untuk mendapatkan servis anda. Kalau anda menjual produk pun, mestilah nak kena upload gambar produk yang jelas dan kemas, maka pelanggan yang melihat pun tertarik.

Menjaga IG feed bukan sekadar menyusun gambar-gambar anda. Gambar yang di-edit dengan kemas dan cantik pun menyumbang kepada IG feed yang lawa kepada mereka yang melihat dan scroll laman Instagram anda. Gituhh.. Jadi kepada mereka yang baru saja nak menyusun dan mencantikkan Instagram anda, all the best!




Follow Instagram Nisa : @nisa_kay

NISA KAY.

7 comments:

Komuniti Johor said...

Hi nisa

Miz Niesa said...

Hebat nisa. Cantik ig u. I loike. Kdg2 terjah gak, ig @nisabatrisya27 hehe

Siti Rohaida Yusof said...

kita dah bercelaru..tak sempat nak jaga feed tu..hahah..asal boleh..tapi bila macam ni seriously,nampak kemas

Azwar Syuhada said...

Suka tengok ig feed nisa, nampak kemas. Gambar pula lawa2. =)

Seorang Syed said...

Rajinnya nisa ni. Tak pernah terfikir nak jaga feed insta haha sebab followers tak ramai kot sobs. btw memang kemas la feed nisa tu.

munirah mansor said...

Wahh looks more organize

Haslina Kasbulah said...

waww.. tersusun.. lawaa..

Copyright © Nisa Kay