Thursday, May 18, 2017

Nikmati pencuci mulut waffle istimewa resepi dari Belgium di WAFFLEMEISTER!





Assalamualaikum...


Teruja dan ceria je rasa hidup ini dikala melangkah masuk ke restoran pencuci mulut yang terletak di Bangsar ni, sebab hidung dengan serta merta menangkap aroma harum dan menyelerakan waffle di sini. Nisa dan rakan-rakan blogger pakat-pakat duk makan waffle di WAFFLEMEISTER Bangsar sekitar seminggu dua yang lalu. Memang meriah kejap la bila dah berkumpul ramai-ramai ni kann.. Tapi bertambah gamat suasana di kala menu waffle pilihan kami mula dihidang...



#1 PINGGAN DENGAN "CUSTOMIZED NAME"

Rupanya setiap dari kami mendapat pinggan yang telah siap siap dihias dengan nama masing-masing menggunakan coklat.. auchhhh... sweet sangat ni! Dah macam berdating je wakakaka.... Terus rasa taknak sentuh pinggan ni sebab sayang ! Haaaa... Pelanggan WAFFLEMEISTER Bangsar akan mendapat pinggan dengan nama masing-masing jugak tau ! Special punya layanan !


PHOTO CREDIT TO : MAWARDI YUNUS FROM PROJEK TRAVEL.

#2 DOH WAFFLE DIIMPORT DARI BELGIUM !

Kalau nak tahu.. Wafflemeister merupakan kedai waffle pertama di dunia yang menjual handmade Belgian Liège Waffles, yang penting authentic ! Dan Wafflemeister Bangsar satu-satunya restoran waffle yang menjual waffle jenis ini di Asia! Dan istimewanya waffle di sini, ia dibuat menggunakan doh waffle yang diimport khas dari Belgium ! Wahh Nisa pun teruja melihatnya. Biasa waffle dibuat menggunakan adunan tepung yang cair tu kan. Haa padanlah rasa waffle di WAFFLEMEISTER Bangsar ni lain dari yang lain, gebu dan kenyalnya sungguh memikat! Guna doh diterbangkan jauhhh dari Belgium rupanya !


#3 PELBAGAI JENIS WAFFLE YANG BEST SELLER !

Tak sah la kan kalau datang ke Wafflemeister Bangsar tapi tidak mencuba menu-menu bestseller di sini! Bertemu pulak kami dengan Pengarah Urusan Wafflemeister Bangsar sendiri, beliau mencadangkan Nisa untuk mencuba Waffle Strawberry Heaven.

WAFFLE STRAWBERRY HEAVEN
Okay suka sangat !! Gabungan strawberry yang juicy dan masam-masam manis bersama milk chocolate yang sangat lemak berkrim, serta waffle lembut dan gebu resepi dari Belgium !! Fuhh gabungan yang cukup cukup mantap. No wonder lah Strawberry Heaven menjadi pilihan ramai pelanggan yang datang ke Wafflemeister Bangsar ! Turut menjadi pilihan utama ialah dua waffle di bawah ni :


WAFFLE MARSHMELLOW SURPRISE
PIC CREDIT TO MAWARDI YUNUS FROM PROJEK TRAVEL

WAFFLE CREAM & COOKIES
PIC CREDIT TO MAWARDI YUNUS FROM PROJEK TRAVEL


Wowwww ini baru sikit tauu Nisa share di blog ni !! Tapi terus anak tekak rasa nak makan lagi niii... Tak sabar nak berkunjung lagi ke Wafflemeister Bangsar sebab nak rasa lagi waffle-waffle lain di sana! Selain dari Belgian Liège Waffles dengan pelbagai jenis dan perisa, terdapat juga beberapa pilihan lain seperti crepe yang juga sangat sedappp !



#4 NAK TUKAR SELERA ? PELBAGAI JENIS CREPES PASTI MENAMBAT HATI !

PIC CREDIT TO MAWARDI YUNUS FROM PROJEK TRAVEL

PIC CREDIT TO MAWARDI YUNUS FROM PROJEK TRAVEL

Nisa suka sangat menu Sweet Crepes di Wafflemeister Bangsar ni tauuu... Lembut sangat, tak tahu nak explain macam mana dahh.. anda yang membaca ni semua wajib singgah beramai-ramai di restoran Wafflemeister yang terletak di Bangsar untuk merasa sendiri kepelbagaian menu pencuci mulut yang ditawarkan di sini !


#5 PILIH COKLAT KEGEMARAN ANDA !

Biasanya kalau di kedai waffle, memang pelanggan diberi pilihan sama ada untuk memilih Dark, Milk atau White Chocolate bukan ? Tapi uniknya hanya di Wafflemeister, coklat-coklat ini juga diterbangkan nun jauh dari Belgium ! Pendek kata pengalaman menikmati waffle di Wafflemeister ni membawa anda 100% ke negara Belgium ! Sangat authentic, daripada resepinya hingga ke coklat untuk hiasan luar pun dari sana. Untuk bahan-bahan yang digunakan, jangan risau ye semua halal.. inshaAllah kita semua boleh nikmatinya yeayy!




Inilah Encik Mohamed Shafiq, Pengarah Urusan Wafflemeister. Sempat berbual dengan beliau, Nisa tanya kenapa "WAFFLE" ? Sedangkan bidang F&B ini bukanlah satu bidang yang mudah dan secara spesifiknya.. kenapa mesti "WAFFLE" ? 

Menurut Encik Mohamed Shafiq, idea untuk membuka restoran pencuci mulut ini bermula nun jauh di bumi London, ketika beliau menyaksikan sebuah kedai kecil menjual waffle berjaya menarik ramai pelanggan, sehingga pelanggan semua beratur nak beli waffle ! Masa tu beliau rasa macam "Oh yeah I'm gonna have one waffle shop!" Haha okay ayat tu tipu Nisa reka je. Tapi lebih kurang begitulah kisah bagaimana beliau mendapat idea untuk membuka Waffemeister di Malaysia.





#6 PROMOSI WAFFLE WEDNESDAY !

Khass untuk pelanggan yang datang ke Wafflemeister pada haru RABU, haaaa promosi Waffle Wednesday membolehkan anda menikmati potongan harga sebanyak 30% ! Haa banyak tuu ! Namun promosi ini tertakluk kepada waffle terpilih dan selagi stok masih ada tau ! Jadi next Wednesday jangan lupa ke Wafflemeister beramai-ramai  okay !


#7 KUMPUL BIG POINTS !

Wahhh penggemar travel mesti tak senang duduk ni, bila dapat tahu makan di Wafflemeister pun boleh kumpul Big Points !!! Haa cecepat lah ke Wafflemeister di Bangsar tau !





WAFFLEMEISTER BANGSAR 

7, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.

WAKTU OPERASI :
Ahad hingga Khamis (12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam)
Jumaat & Sabtu (12.00 tengahari hingga 1.00 pagi)

NO. TELEFON 
+603 2202 1817











NISA KAY.

8 comments:

Rabiahtul Adawiyah said...

wow...sedapnya

Rafzan Tomomi said...

thanks sistur letak muka kita di bahagian atas entri ini. gitu hahaha

Hizami Li said...

sedapnya!!!

Nisa Kay said...

@Rabiahtul Adawiyah sedappp! wajib cuba ni

Nisa Kay said...

@Rafzan Tomomi heyyyy wajib tau! awak kan model #LanggarPintu ! Haha

Nisa Kay said...

@Hizami Li jom ! date makan waffle ? HAHAHA

dorsett pink said...

thanks for sharing

Kulit Comel said...

Wahh sedapnya.. betul2 terliur nii



singahlah blog amira ye

http://seriwanita.com/
https://www.facebook.com/seriwanitablog/

Copyright © Nisa Kay