Friday, May 26, 2017

Mari berzumba beramai-ramai! Watsons Move Your Body Zumba 2017 kini kembali!






Assalamualaikum...


Wahhh nampaknya zaman sekarang ni working out menjadi satu trend, di mana Nisa rasa sangatlah bagus sebab kita mementingkan jugak gaya hidup sihat ! Walaupun ramai di antara kita yang sering menggunakan alasan "sibuk bekerja" , "banyak komitmen" dan lain-lain untuk mengelak dari bersenam, tapi ramai rupanya dalam kalangan kita ni yang minat bersenam. Tak kisahlah sekali sekala ke, kerap ke.. janji kita start somewhere kan ? 


ZUMBA jugak salah satu cabang senaman yang kian popular di negara kita. Kalau dulu kita selalu jogging sahaja, bersenam di gym atau buat sesi senam aerobik je kan.. sekarang ni makin ramai meminati zumba. Jadi apa itu zumba ?? Zumba merupakan program kecergasan aerobik yang menampilkan pergerakan yang diinspirasikan dari bermacam gerak tari Amerika Latin dan biasanya menggunakan muzik yang juga berasal dari sana.




Haaa bila bercakap mengenai zumba ni kan... masih ingat lagi tak acara zumba yang diadakan secara besar-besaran di Sunway Lagoon tahun lalu ? Ya.. acara yang Nisa maksudkan ialah MOVE YOUR BODY ZUMBA 2016 yang dianjurkan oleh Watsons Malaysia ! Haa dengar kata sangat meriah dan gilang gemilang ! Nisa tengok video tahun lalu pun sangat teruja tau ! Tahun ini mesti join, sebabbbb acara Move Your Body Zumba kini kembali dan mereka mensasarkan lebih ramai penyertaan berbanding tahun lalu! Bayangkan tahun lepada lebih 5000 orang menyertainya !!





WATSONS MOVE YOUR BODY 2017

Yaaa acara Move Your Body Zumba kini kembali dan dianggarkan lebih ramai peserta menyertai acara zumba beramai-ramai siap dengan tema glow in the dark ni ! Move Your Body Zumba 2017 akan diadakan pada 21 Oktober 2017 di Sunway Lagoon Surf Beach. Enjoy zumba bersama ribuan peserta lain dan zumba instructor yang datang pun bukan calang-calang tau ! Haa orang kata sambil bersenam berzumba keluarkan peluh, sambil tu kita enjoyyy dengan muzik dan gerak tari menarik!






BAGAIMANA UNTUK SERTAI ?

Jangan lepaskan peluang untuk sertai Move Your Body Zumba 2017 kerana selain daripada acara utama zumba beramai-ramai, terdapat pelbagai acara menarik di sana nanti, ada mini games dan macam-macam lagi lah !

Daftarkan penyertaan anda di link ini : http://www.watsons.com.my/move-your-body

Harga tiket penyertaan ialah RM98. Setiap penyertaan akan mendapat ULTRON Micro Fry Tee, Medal, Drawstring Bag, baucer tunai Watsons bernilai RM30, party pack dan baucer dari para penaja. Dapatkan juga potongan 20% dengan pembelian dari jenama yang turut serta okay !





WATSONS MOVE YOUR BODY ZUMBA 2017

Date : 21st October 2017
Venue : Sunway Lagoon Surf Beach
Time : 5pm until 11pm
Registration : Click here http://www.watsons.com.my/move-your-body




Jom kita sama-sama menyokong usaha Watsons Malaysia dalam mempromosi kempen #GetActive untuk kesedaran mengenai gaya hidup sihat serta Watsons sebagai hub ideal untuk kecantikan dan kesihatan. Dalam pada nak sihat tu, tak salahkan kita pergi ramai-ramai dengan kawan kawan serta keluarga, dapat eratkan lagi hubungan !





LIKE FACEBOOK PAGE WATSONS MALAYSIA :
https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/





NISA KAY.