Monday, January 9, 2017

Okay kita cuba MIOS KITCHEN, kedai makan viral !



Assalamualaikum...

Haa rasa macam dah lama tak menaip mengenai kedai-kedai makan ni kan. Maklumlah Nisa bukanlah seorang yang selalu cuba makan di tempat baru. Memang kalau dah suka satu tempat tu, tempat itu je lah hari-hari pergi. Tak pun pergi ke kedai mamak! Haha lebih mudahhh. Tapi baru-baru ni adik Nisa ajak cuba makan di kedai yang pernah viral katanya. Terletak di area rumah dia je. So apa lagi, Nisa ikutkan sajor...



So ini adalah Restoran MIOS KITCHEN yang terletak di medan selera BK4 Bandar Kinrara. Korang boleh waze kot MIOS KITCHEN ni sebab Nisa pun hari tu follow kereta adik je nak ke sini. Tahu-tahu dah sampai, haha... First impression ? Haha Nisa suka dia ada konsep open air dan lampu-lampu macam ni. Nampak meriah sangat. Masa kami sampai pun pelanggan agak ramai.





Jadi ini adalah senarai menu yang ada di MIOS KITCHEN. Oh yee difahamkan MIOS KITCHEN ada beberapa cawangan tapi Nisa tak pasti kat mana cawangan lain. Yang Nisa pergi ni di Bandar Kinrara, Puchong yee... 


Pendapat Nisa mengenai senarai menu ? Okay menu dia fokus kepada makanan western, ada pelbagai pilihan.. nak burger ke, nak main course ke.. nak makan sikit-sikit ada snack dan soup jugaa.. Boleh tahan juga. Tapi kami datang bertiga je tak dapat lah nak try banyak jenis makanan. Haha..




Ini pulak menu promo combo mereka. Dalam menu ni, korang order satu combo, lepas tu dalam satu combo ada tiga ke empat jenis makanan dalam satu pinggan besar! Haa ikut perut koranglah nak kombinasi menu yang macam mana, setiap menu kombo akan dapat mushroom soup semangkuk. Memandangankan Nisa order single menu, adik Nisa dan kawan dia order combo satu jenis je. Combo yang mana satu Nisa pun tak ingat hahaha..




Walaupun pelanggan boleh dikira ramai jugak malam tu, alhamdulillah makanan kami sampai tak lambat tak cepat.. Tak terasa pun menunggu. Yeayy perut pun dah berdondang sayang mintak diisi.



Since Nisa pun memang suka sangat makanan western, serius rasa nak order macam-macam sebab nak rasa masakan di MIOS KITCHEN ni hahaha.. kemain ye ! Perut cinonet mana nak sumbat semuaaaaa.... Okay Nisa order Macaroni & Cheese. Nisa memang minat pasta dan of koss Nisa suka makanan dengan cheese ! Biasa kedai lain buat macaroni and cheese kosong je.. Yang ini ada dua sosej. Rasa dia ? Sedap pada tekak Nisa ! Haha Nisa suka. Ada rasa rempah pedas-pedas sikit pada adunan cheese dia, salut macaroni tu.. Adoi teringat la pulak.




Okay ini hidangan kombo yang adik Nisa order. Sorry la gambar senget benget, angle tak betul ni.. Nak cepat makan kan. Hahaha.. Ada dua keping Lamb Chop, Bolognese Spaghetti, Fries dan Mashed Potato. Sedapp kuah lamp chop dia, Spahetti pun not bad, Nisa sempat rasa sikit. Mashed potato pun smooth je. Hmm not bad jugak nii...




Hahaha kena candid dengan adik masa tengah makan. Kemain berselera sungguh alhamdulillah.. Nisa pun bukan jenis memilih makanan, plus tekak kita kan lain-lain.. secara keseluruhannya Nisa suka jugak la hidangan yang kami order. InshaAllah kalau berkesempatan melawat adik di kawasan ni, Boleh la Nisa pergi ke sini lagi dan cuba makanan lain..




Lampu banyak-banyak ni lawa buat selfie. Hahaa.




Baiklahh sesiapa yang nak cuba makan di MIOS KITCHEN ni boleh ke alamat di bawah :

No. 1, Medan Selera BK4, Bandar Kinrara Puchong.

Waktu perniagaan : 5 petang hingga 11 malam, Isnin hingga Sabtu








NISA KAY.

5 comments :

Cik Za said...

Mcm menarik! I will try it.. fuh! Nama adiwira..

ADEEYA said...

Pasta tu adoiii nampak sedap. Is it?

Mior Amin said...

Terima kasih from #mioskitchen

Makan kepok lekor cicah sos maggi
Terima kasih,sila dtg lagi..

Taming Creative said...

Huishh nampak sedap betul... terliur tgk

Kak Nab said...

wah nampak menarik ni..thanks sudi share.