Thursday, May 18, 2017

Nikmati pencuci mulut waffle istimewa resepi dari Belgium di WAFFLEMEISTER!





Assalamualaikum...


Teruja dan ceria je rasa hidup ini dikala melangkah masuk ke restoran pencuci mulut yang terletak di Bangsar ni, sebab hidung dengan serta merta menangkap aroma harum dan menyelerakan waffle di sini. Nisa dan rakan-rakan blogger pakat-pakat duk makan waffle di WAFFLEMEISTER Bangsar sekitar seminggu dua yang lalu. Memang meriah kejap la bila dah berkumpul ramai-ramai ni kann.. Tapi bertambah gamat suasana di kala menu waffle pilihan kami mula dihidang...

Thursday, May 4, 2017

VIDEO | Sweet Pinkish Look Makeup Tutorial



Assalamualaikum...

Lama sungguh rasanya tak update blog atau YouTube Nisa tidak ber-update dengan video mekap terbaru. Sebenarnya Nisa ada je shoot video-video mengenai produk kecantikan dan sebagainya. Tapi MASA tu yang tak ada ! Sungguh masa mencemburui Nisa, sering ke hulu ke hilir sampai rasa susah sangat nak spend time depan laptop untuk edit video ! Tapi istimewa kali ni, Nisa ada video tutorial mekap terbaruuuu...

Saturday, April 22, 2017

TIPS : Cara merawat sunburn



Assalamualaikum..


Ewah ewahhh cukup-cukup lah tu pengambilan vitamin-sea tu yee.. Tak reti-reti nak balik ke cemana ni Nisa Kay ooiii ? Hahaha sejujurnya Nisa bukanlah seorang yang sering ke pantai.. sebab kulit muka yang tak berapa cerah ni akan terbakar dan of kos nampak empat tona lebih gelap. Huwaa! Orang nak empat tona lebih cerah, ini ada pulak lebih gelappp! Tapi kann bila dah terbakor ni.. ramai pulak yang bertanya bagaimana nak atasi sunburn nii.. Haaa...

Friday, April 21, 2017

Tak update blog pun trafik mencanak-canak ???



Sumber gambar : DI SINI


Assalamualaikum...


Wahhh dah masuk pertengahan bulan April pun, dalam sedar tak sedar kan.. Busy tu memang busy lahh.. Tapi kadang-kadang rasa macam hmmm apa je aku dah buat setakat ini ? Gituu, busy tak semestinya produktif kan ? Busy kat luar je, Nak dapat masa depan laptop punya susah lahaiiii.. Maka dengan itu, update blog ke laut lah cerita nya kann..

Friday, April 7, 2017

Pengalaman rawatan muka di HANNAN MEDISPA AMPANG





Assalamualaikum...


Haa.. bercerita mengenai penjagaan wajah ni memang takkan cukup 40 hari 40 malam tauu ! Macam-macam lah. Ramai yang bertanya, apa produk yang Nisa pakai.. apa tabiat penjagaan kecantikan Nisa.. Well, sejujurnya takde lah strict sangat, cumanya Nisa memang maintain produk yang dirasakan serasi dan juga setiap bulan wajib manjakan wajah di tempat medispa. Kenapa Nisa pilih medispa ???


Sebab MEDISPA dan spa sangat lain tau. Kalau spa tu boleh lah nak urut badan ke kaki ke apa (banyak kepada penjagaan badan juga), kalau medispa ni, apa rawatan yang dilakukan pastinya berlandaskan terma medikal. Analisis wajah, rawatan yang diberikan, hingga kan kepada peralatan yang digunakan semuanya terkawal, di bawah terma MEDIKAL. Gituu. Takdelah main tadah je muka kan?

Monday, April 3, 2017

Natural & Simple Makeup Look featuring PIXY




Assalamualaikum...


Haaa lama dah rasanya tak berkongsi apa-apa tutorial mekap bersama pembaca dan penonton video yang setia sekalian.. Terharu rasanya di atas sokongan dari semua. Rasa rendah sangat diri ini sebab ada yang masih sudi bukak blog kita, tengok YouTube kita.. Hehehe.. istimewa kali ini Nisa akan berkongsi teknik mekap yang sangat senang, guna produk yang mudah didapati dan berpatutan pulak, hasil pun letops !

Sunday, April 2, 2017

Obsess Cosmetics X Nuex Rosli X Syedewa Limited Edition Liquid Lipsticks





Assalamualaikum..


Haa rasanya lama jugak tak update blog ! Alhamdulillah jadual makin sibuk, rezeki makin murah sejak Nisa mula mengacara rancangan baru di Astro Oasis iaitu PESONA MUSLIMAH. Kadangkala rasa macam tak sempat-sempat je nak ke acara. Tapi Nisa tetapi bagi masa untuk majlis-majlis pelancaran produk dan sebagainya.


Okay ni nak share ni.. Nisa baru-baru ni berkesempatan ke majlis pelancaran produk mekap jenama tempatan. Haa ramai dah tahu kan sekarang ni banyak local brand keluarkan liquid lipstick masing-masing. Tak ketinggalan juga mereka buat collaboration dengan makeup artist tersohor di Malaysia. Jom teruskan membaca apa yang menarik mengenai acara pelancaran Limited Edition Liquid Lipsticks Obsses Cosmetics X Nuex Rosli X Syedewa ni.. 

Thursday, March 9, 2017

My TV Host Journey - Pesona Muslimah, Astro Oasis



Assalamualaikum..

Fuhhh nervous jugak nak bercerita dan berkongsi mengenai ini. Apa-apa pun sebelum Nisa teruskan berkongsi kisah, jom Nisa kongsikan juga kisah Nisa dan dunia pengacaraan ni. Nisa memang minat bercakap di khalayak ramai sejak sekolah lagi... memang minat join perbahasan, sajak, pengucapan awam, choral speaking.. dan sekali sekala jadi emcee untuk majlis perhimpunan sekolah. 

Kemudian, bila dah masuk alam universiti, Nisa jadi makin berani nak bercakap depan kamera. Bermulalah episod di mana Nisa gemar merakam video menggunakan kamera pada laptop. Dan sekali sekala upload di Facebook atau YouTube. Masa tu baru sangat lagi buat video di YouTube. Minat mengacara tu makin meluap-luap lepas buat assignment untuk subjek Psikologi dan Nisa serta rakan Nisa dapat pujian untuk assignment tu, alhamdulillah.

Friday, March 3, 2017

NYX Store di Barcelona



Assamualaikum...


Hahahaiiii.. lama jugak lah tidak menaip blogpost yang berkaitan dengan mekap atau produk kecantikan yang best-best kan ? Nisa masih lagi di Barcelona di saat blogpost ini disiapkan. Tapi Nisa ada satu perkara yang Nisa nak kongsikan kepada anda semua iaitu perkara yang berkaitan dengan mekap lah kan. Hahah...  Baru tadi siang (Khamis 2 Mac 2017), selesai acara Mobile World Congress 2017 di Europa Fira, aku mengikut Pang dan Andrew ke kota Barcelona, jalan-jalan cari kasut Adidas...

Wednesday, March 1, 2017

Cubaan membakar kek - Japanese Cotton Cheese Cake




Assalamualaikum...


Haaa rasa macam dah berzaman-zaman pulak tak tulis apa-apa mengenai resipi di laman blog Nisa ni.. Nisa suka cuba nak baking kek lah, biskut lah.. Tapi dengan keadaan sekarang yang cuma menyewa bilik, mustahil pulak nak laksanakan keinginan tu.. Maka bila Nisa balik kampung sajalah yang ada peluangnya untuk Nisa buat semua yang Nisa nak tuu. Tambahan pula, adik perempuan Nisa pun suka baking.. Kejap-kejap buat cupcake lah..

Sunday, February 26, 2017

Hostel 018 - Drama cinta tiga segi



Laju-laju aku melangkah masuk ke pintu Hostel 018, tempat kami menginap. Angin sejuk di luar disulami gerimis hujan sepanjang hari tidak dapat aku tahan lagi. Berlapis pakaian yang dikenakan pun masih belum mampu membuat aku menahan kedinginan yang menyelinap masuk membelai kulit seterusnya menusuk hingga ke tulang.

Saturday, February 25, 2017

Jualan Gudang Besar-besaran BENANG HIJAU dan MCC Boutique di Bangi !




Assalamualaikum..


Allahu... !! Akak di kejauhan di sayup-sayup tau di mata melihatkan pos-pos di Facebook oleh kengkawan semua ! Semuanya bagaikan nanar dengan kejadian yang bakal berlangsung weekend ni, di Bangi ! Iyee deknonn.. sesuatu yang besar dan meriah letops akan berlaku di Bangi, Selangor. Haa sah ler warga Bangi atau kawasan berhampiran dah tak senang duduk kan ???!! Teruskan membaca ye kalau semua kepochi nak tau apa dia..

Friday, February 17, 2017

PHOTOSHOOT : Servis fotografi meletop dari Kaio Studio !




Assalamualaikum...

Salam sejahtera, salam sayang, salam satu Malaysia.. semua jenis salam lah! Haha rasa kekok sikit nak menaip laju-laju sebabnya dah beberapa lama malas sangat update blog ni haa. Apa yang sibuk sangat Nisa pun, Nisa sendiri tak tahu lah ! Meeting sana sini je memanjang, nak mengadap blog kesayangan ni pun takde masa...


Nisa nak sangat kongsikan kepada semua pembaca blog Nisa khususnya.. mengenai pengalaman Nisa dan rakan-rakan blogger bersama studio photoshoot terbaik Shah Alam ni haa ! Beberapa minggu lalu kami semua berpeluang berkumpul dan berphotoshoot bersama team fotografi dan videografi yang super awesome iaitu KAIO STUDIO haaa...

Friday, January 27, 2017

Bisnes naik dalam masa yang singkat, Nursajat kini mampu beli banglo jutaan ringgit !





Assalamualaikum,,


Dua malam lepas Nisa dan beberapa rakan blogger lain berkesempatan menghadiri sesi beramas mesra.. ehh ! Meet & Greet bersama pengasas produk kecantikan terkenal yang kini makin mendapat perhatian ramai. Apatah lagi baru-baru ini viral video celoteh Nursajat di laman sosial.. haa topik yang dibebelkan bukannya sebarang topik ! Topik kuih koci la, topik kahwin bukan sekadar nak sedap la. opps! Haha okay siapa yang tahu tu tahulah ye... 

Tuesday, January 17, 2017

"Dulu tak suka pakai foundation, sekarang mekap kemainnnnn...."




Assalamualaikum dan selamat hari Selasa !


Hari ni masuk office jalan pun slowww je… my upper body parts sakit-sakit huihhh ! Ni semua gara-gara semalam sakan ber-boxing di gym. Haa nak cerita dengan uolss jugak mengenai rutin terbaru Nisa ke gym. Tapi itu nantilah. So bila masuk office, masa untuk check emails, check komen yang perlu Nisa approve dan sebagainya.


Bukak YouTube pulak… Haa ternampak satu komen ni... katanya dulu pernah terbaca caption Nisa yang mengatakan Nisa tak suka pakai foundation, tapi kini kemainn haa mekap Nisa kata beliau. Okay Nisa tergelak kejap bila baca komen ni. Sebab ianya membuatkan Nisa teringat balik dulu muka memang comot secomot comotnya. Haha.

Tuesday, January 10, 2017

#RentakSelangor PART 2 - Seni muzik dan tarian memperkaya budaya Selangor.



Assalamualaikum...

Selesainya hari pertama trip Rentak Selangor, semakin menarik pula trip ini Nisa rasakan. Memang benar, kebanyakan dari kita sebenarnya kurang mengetahui mengenai budaya sebenar negeri Selangor ni. Dari salah silah penduduk asal di negeri ini, Selangor mempunyai banyak suku kaum, keturunan dan sebagainya. Jadi, budaya yang pelbagai itu datangnya dari kaum yang mula-mula datang menetap di Selangor suatu masa dahulu.

Monday, January 9, 2017

Okay kita cuba MIOS KITCHEN, kedai makan viral !



Assalamualaikum...

Haa rasa macam dah lama tak menaip mengenai kedai-kedai makan ni kan. Maklumlah Nisa bukanlah seorang yang selalu cuba makan di tempat baru. Memang kalau dah suka satu tempat tu, tempat itu je lah hari-hari pergi. Tak pun pergi ke kedai mamak! Haha lebih mudahhh. Tapi baru-baru ni adik Nisa ajak cuba makan di kedai yang pernah viral katanya. Terletak di area rumah dia je. So apa lagi, Nisa ikutkan sajor...

Tuesday, January 3, 2017

#RentakSelangor PART 1 - Kenalkah anda dengan budaya Selangor?




Assalamualaikum...

Haa betapa sudah tertangguh-tangguh hajat di hati nak kongsi dengan pembaca semua mengenai perjalanan Nisa bersama beberapa rakan media ke sekitar Selangor ni.. Alhamdulillah baru ni haa ada kesempatan nak menaip dan ekspreskan semua yang Nisa dah alami di laman blog ni. Baru-baru ini Nisa sertai sebuah trip yang dianjurkan bersama oleh GAYA TRAVEL dan jugak TOURISM SELANGOR dan trip ini dipanggil Rentak Selangor.

Kenapa RENTAK SELANGOR ? Teruskan membaca untuk lebih info dan aktiviti menarik kami sepanjang 4 hari berkelana sekitar Selangor Darul Ehsan. 

Monday, January 2, 2017

Naik turun 2016




Assalamualaikum...


Kire wajib la kan buat entry recap balik segala jadah yang berlaku sepanjang 2016 ni ? Too many things happen in a year ! Ada naik ada turun, ada tawa ada tangis, ada bahagia ada duka.. Gitulah kehidupan.. segala rasa tu cumalah rencah kehidupan. Haaa.. nak ceritakan balik perjalanan sepanjang 2016 ni memang sampai esok tak habis taipp terlalu banyak benda nak dikongsikan... Tapi Nisa tak susun ikut turutan lah ye !