Tuesday, November 29, 2016

KL Fashion Night 2017 - 5 butik muslimah popular bergabung tenaga !



Assalamualaikum...

Lebih kurang minggu lepas, Nisa telah dijemput oleh pihak butik ByFatinSuhana (BFS) untuk menghadiri majlis pertunjukan fesyen yang bertempat di ibu kota. Asalnya hati ini bagai berbelah bagi nak pergi atau tidak. Ecewah ! Sebabnya.. Nisa nanti pening nak pakai apa, nak mekap macam mana, stail tudung lagi. Hhaha kemain runsingnyaaa mengalahkan orang nak kahwin !

Mengenangkan pihak BFS pun Nisa dah kenali beberapa lama sejak zaman famous di blog masing-masing lagi, Nisa berusaha memenuhi jemputan ke majlis tersebut. Oh ya, pertunjukan fesyen ini menghimpunkan 5 butik muslimah popular di Malaysia.

Wednesday, November 23, 2016

Shopping murah terus dari China dengan SGSHOP !




Assalamualaikum...

Hai semuaa ! Ada yang dah tengok video Nisa tak ? Alaa video yang shopping haul dari laman web SGSHOP tu laaa.. Begitu teruja tau Nisa menanti produk yang Nisa dah order terus dari China menerusi website ni haa.. Pernah dengar laman web Taobao tau ? Laman web Taobao ni membolehkan kita beli barang dalam kuantiti sedikit atau dalam erti kata lain, pembelian secara runcit (retail).. boleh beli satu-satu dan nikmati harga yang jauh lebih murah !

Tapi menggunakan website Taobao agak sukar kerana beroperasi dalam bahasa China yang memang tak paham la kan.. itu belum masuk isu nak buat payment atau nak cari forwarder untuk pos barang supaya selamat sampai ke tangan.. Haa tak payah risau dah sebab ada laman web SGshop Malaysia nii ! Jadi macam mana nak beli ?? Teruskan membaca yaa...

Thursday, November 17, 2016

TRAVEL | Kisah 2 Hari Honda The All-New Civic Blogger Drive Trip




Assalamualaikum...

Haa dah baca belum pengalaman Nisa memandu The All-New Civic di sekitar Selangor selama dua hari ? Sangat mengujakan, hinggakan bila Nisa tulis blog pun tak sedar panjang berjela sudah.. Maka dengan itu, hadirlah satu lagi blogpost yang Nisa khaskan untuk menceritakan mengenai aktiviti-aktiviti kami sepanjang dua hari bersama Honda.

Wednesday, November 16, 2016

Honda All-New Civic yang Sporty dan Sleek ! ADUH JATUH CINTA !




Assalamualaikum dan hai !

Agak teruja Nisa nak kongsikan kali ini.. kerana entry kali ini semestinya berlainan dengan entry blog yang lain. Yesss hari ini Nisa akan bercakap mengenai K E R E T A ! Hahaaa serius la Nisa ni kan? Betul-betullah ni.. Kereta yang Nisa maksudkan ialah Honda All-New Civic ! Lebih menarik lagi Nisa dan beberapa rakan blogger lain berpeluang menikmati pemanduan kereta sedan ini selama 2 hari di sekitar Selangor.

Friday, November 4, 2016

Pengumuman Pemenang #GiveawayNisakay35O




Assalamualaikum.....

Mesti para peserta ternanti-nanti siapakah yang bertuah yang akan memenangi eyeshadow palette Morphe Brushes 35O ni.. Nisa nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi join giveaway Nisa yang tak seberapa ni.. Ye lah, produk Morphe Brushes ni yang original pun harga masih mampu bilik pada hemat Nisa, mungkin tak semahal produk mekap jenama lain, tapi tetap ada nilainya tersendiri pada mata Nisa...

Thursday, November 3, 2016

PENYERTAAN DITUTUP | #GiveawayNisakay35O





Assamualaikum...

Haaa yess giveaway di blog Nisa Kay kini kembali !! Kenapa giveaway ? Sebab baru-baru ni Nisa dah buat giveaway di channel YouTube Nisa.. Jadi ramai juga lah yang kecewa bila tak terpilih sebagai pemenang.. Maaf yaa... Sukar untuk Nisa pilih pemenang.. semua komen yang bagus-bagus dan Nisa dah shortlist kan pemenang. Tapi sekali lagi, pemenang dipilih secara RAWAK.. So, siapa punya rezeki, maka nama dia lah yang terpilih.. Jadi, kali ini Nisa akan pilih seorang pemenang bertuah untuk memiliki hadiah di atas !


Servis fotografi meletops dari Potiagraphy !




Assalamualaikum...


Haa lama dah rasanya Nisa tak berkongsi mengenai aktiviti Nisa sejak akhir-akhir ni.. Nisa kini kembali ke arena modelling haha ! Tapi Nisa buat secara freelance je la.. Bila ada masa, Nisa terima lah job.. kadang-kadang Nisa terima je job yang datang sebabnya rezeki kan.. sikit ke banyak payment tu lain cerita.. Yang penting, masih ada pihak yang sudi ambil Nisa jadi model. Alhamdulillah...


Baru-baru ini Nisa dilamar oleh sebuah syarikat laman web e-commerce ROOPAWAN untuk menjadi model kepada beberapa koleksi oleh vendor laman web terbabit. Haa pucuk dicita ulam mendatang orang kata.. dalam pada duk merindui musim-musim kegemilangan menjadi model muslimah dolu-dolu tuu, haa dapat pulak tawaran, terdahulu Nisa jadi model video klip untuk laman  ROOPAWAN  (boleh baca di sini)..