Thursday, June 23, 2016

Buffet Ramadan 2016 - Puspanitapuri Putrajaya



Assalamualaikum..




Haa dah tiba penghujung ramadan ni mesti ramai yang mencari lokasi nak berbuka puasa. Baiklah.. Kali ini khass Nisa nak kongsi kepada mereka yang tinggal di Putrajaya / Cyberjaya.. atau kawasan sekitar seperti Kajang, Bangi.. atau pun sesiapa je lah haa !



Pic credit to : Mawardi Yunus

Pic credit to : Mawardi Yunus

Haa macam mana nak pergi ke sini ? Mudah lah sangat sangat ! Cuma perlu waze PUSPANITAPURI, nanti terusss akan diberikan direction ke sini. Haa senang ke tak ? Kawasan pulak luas dan cantik.Antara kemudahan kat sini ialah kawasan parkir kereta yang PERCUMA, bilik solat yang selesa dan berhawa dingin, kawasan makan yang selesa dan luas. Tak rasa bersesak-sesak pun.


Pic credit to : Mawardi Yunus


Haa ini ruang dalam Dewan Seri Endon di Puspanitapuri. Luas dan selesa kan ? Takde lah nanti berlaga-laga kerusi dengan meja sebelah haha... Satu meja bulat boleh memuatkan 10 orang. Boleh dah ni plan dengan keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka di sini! Jadi.. apa yang best makan kat sini ???






Ya Allah !!! Sedapnya gulai lemak cili api. Ada tiga jenis pulak tuu.. Gambar di atas gulai lemak ketam.. Yang bawah lak gambar gulai lemak ikan masin ! Ya ampun lama nya tak jumpa gulai lemak ikan masin ! Ada satu lagi yang sedap, gulai lemak daging salai. Yang tu Nisa tak sempat pulak nak snap gambor. Tapi Nisa ambik untuk berbuka, memang sedap !!






Suka seafood ? Ini ada hidangan sotong dan udang untuk anda ! Haa yang udang tu pun Nisa kutip masuk pinggan tau! Memang sedap dan puas laa. Sebab memang Nisa gemarkan udang.






KONSEP WARUNG


Buffet ramadan yang diuruskan oleh Azam Pandan Sdn. Bhd. ini mengetengahkan konsep warung. Haa kenapa Nisa cakap macam tu ? Masuk je dewan lihatlah disebelah kanan anda.. terdapat kaunter makanan yang dihias ala warung. Ada yang menghidangkan lemang dan ketupan, ais kacang, buah-buahan...





Haa itu baru kat dalam, Nisa jalan-jalan pulak di bahagian luar... banyak nya jenis makanan! Seumpama pergi ke bazar ramadan la pulak. Kat sini ada sebuah "warung" yang menyediakan apam balik. Haaa world gituu ! Maklumlah apam balik dia ni sedap! Haruslah world kan. Haha. OK memang tak tipu. Sangat sedap dan crispy okay. Dapat pulak yang panas-panas memang ummph !




Haaa aneka sup juga dihidang dalam belanga macam ni. Eh belanga ke namanya ni ? Hahah !! Memang ala-ala tradisional sangat kan ! Sebenarnya banyak sangat lagi jenis makanan yang menarik perhatian, tapi Nisa terlalu asyik pilih makanan sampai lupa nak ambil gambar! Sobs sobs. Siapa yang nak tengok gambar-gambar lain boleh baca blog rakan blogger Nisa - blog Ahmad Fauzi Aryaan atau blog Mawardi Yunus okay ?




Okay masuk dalam balik.. Dah kenyang makan main course, kita sambar desserts pulak. Aneka kek dan manisan serta kuih ada dihidang di tengah-tengah dewan. Nyummss Nisa suka benda manis-manis ni. Gituuu...


LOKASI : 
Puspanitapuri, Putrajaya

HARGA BUFFET :
RM72.00 per pax untuk Dewasa
RM38.00 per pax untuk Kanak-kanak

HUBUNGI : 03-7843 0590





Alhamdulillah.. Kenyang Nisa dan adik Nisa berbuka di sini. Rambang mata dengan juadah yang ada.. Semua Nisa nak lah ! Hahah.. And alhamdulillah jugak I had great times ! Hehe ada kejadian di sini.. itu nanti Nisa update kemudian ya ! Heheh apa-apa pun terima kasih Fuad dari Arkadash KL yang menjemput. Dan terima kasih kepada rakan-rakan blogger !






Read More»

Wednesday, June 22, 2016

6 sebab kenapa baju raya PINKZ FASHION menjadi pilihan Nisa !



Assalamualaikum..




Haaa sedar tak sedar dah dua minggu kita berpuasa kan ? Tak lama lagi dah nak menyambut Aidilfitri.. Aduh rindu pulak suasana kampung, hingar bingar saudara mara yang ramai, bergelak sakan dengan lawak masa kecik dan macam-macam lagi lah.. 


Bila bercerita mengenai hari raya ni tak sah la kan kalau tak cakap pasal baju raya... Korang dah beli ke belum ? Tema keluarga korang kaler apa tahun ni ? Haa keluarga Nisa sendiri bukan lah jenis nak bertema bagai ni.. Cuma ada sesetengah tahun yang memang kami plan nak pakai baju warna apa. Design semua lain-lain, ikut citarasa masing-masing lah. Ada yang belum beli baju raya kah ? Haa nak tempah memang idok la kan. Bagi yang cari baju raya last minute tu jom usha butik yang Nisa nak share dengan uols ni..





Ahaaa PINKZ FASHION ni ada butik kat Semua House, Kuala Lumpur. Tapi bagi yang duduk jauh boleh lah beli online je.. Sempat lagi ni nak order dan pos ke rumah ! Tahu-tahu je dah sampai baju raya depan rumah. Tak ke mudahhh !






KENAPA PILIH PINKZ FASHION ???

  • BERKUALITI - Nisa dah amati sendiri material baju-baju raya di PINKZ FASHION ni.. memang menepati apa yang Nisa mahukan. Material semua tip top, selesa di pakai dan tak panas.
  • JAHITAN KEMAS - Kasihan tau Nisa baca kisah mereka yang tempah baju raya, alih-alih kualiti jahitan hampeh. Di PINKZ FASHION ni, jahitan baju semua cantik-cantik. Belum lagi lah Nisa jumpa yang benang nya terjurai-jurai, jahitannya pecah.. Alhamdulillah semua yang Nisa pilih semua okay sangat.
  • POTONGAN CANTIK - Yess ! Orang kurus susah lah cari baju yang potongannya lawa dan terletak je di badan. Tapi bagi Nisa, koleksi PINKZ FASHION ni cutting baju dia lawa-lawa. Nisa suka sangat ! Nisa susah nak pakai baju kurung moden. Tapi koleksi mereka memang menawan hati !
  • BANYAK PILIHAN - Di PINKZ FASHION ni ada pelbagai pilihan baju raya. Nak yang lace ? Nak yang ada batu-batu ? Nak yang printed ? Semua ada. Tapi kebanyakannya plain color lah, mudah nak matching dengan tudung ! Banyak warna pulak tu, haa kot ada yang match dengan tema raya korang ?
  • SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR - Ini memang best. Rekaan-rekaan yang ditawarkan sesuai untuk semua peringkat umur. Nak yang macam mana, kat PINKZ FASHION banyak pilihan ! Haa cuba tengok kot ada rekaan yang anda berkenan sangat.
  • PILIHAN SAIZ - "Alaa baju lelawa mesti untuk orang kurus-kurus je" .. Haipp siapa kata ! Di butik PINKZ FASHION, pilihan saiz tersedia dari saiz 34 (saiz XS) hingga ke 48 (4XL) tau ! Haa mudah sangat kalau nak match dengan ibu-ibu ke.. 


Haaaa ENAM sebab kenapa Nisa pilih PINKZ FASHION dah pun Nisa senaraikan. Apa lagi alasan yang korang nak bagi ? Hahaa.. Okay gurau-gurau.. Kalau korang dah ada baju raya, boleh jugak beli untuk di pakai di hari-hari lain. Biasanya seminggu jugak orang beraya sakan, pergi ke rumah sahabat handai, saudara mara dan rumah terbuka kan kan. Haa membebel tu membebel jugak. Nak tengok baju-baju yang Nisa pilih ? Jommms !




BAJU KURUNG MODEN A20178
Warna : Hijau & Peach  |  Saiz : 34 - 44 (XS - XXL)  |  Material : Polyester / Chiffon

Haaa lembut nya warna ! Nisa sebelum ni memang jarang sangat beli baju kurung moden. Kali ni pilih yang kaler lembut terus, barulah ayu je haha ! Mak pun cakap Nisa takde baju kaler soft macam ni. Baju ni cutting dia lawa sangat !




BAJU KURUNG MODEN "MELISSA"
Warna : Black, Blue & Champagne  |  Saiz : 34 - 46 (XS - 3XL)  |  Material : Polyester Spandex

Pertama kali beli baju kurung moden warna hitam! Tah macam mana Nisa berkenan sangat la dengan baju ni. Terutamanya corak skirt nya. Lawa tau ! Memang taste Nisa laa corak abstrak macam ni. Boleh match dengan tudung coklat dan hijau army macam Nisa pakai.




BAJU KURUNG MODEN "KAREENA" A20267
Warna : Pink & Magenta  |  Saiz : 34 - 46 (XS - 3XL)  |  Material : Polyester Spandex

Pertama kali Nisa ada baju yang berhias dengan batu-batu cantik !! Haha sebab Nisa takut nanti jatuh pulak hiasan kat baju tu. Tapi baju mereka berkualiti, so inshaAllah tak mudah jatuh atau koyak. Kita je la kena basuh hati-hati sikit. Material baju pun sedap pakai.




KURUNG MODEN "ZIETA" N30123
Warna : Hijau & Biru  |  Saiz : 34 - 44 (XS - XXL)  |  Material : Polyester 

Haa tampak moden kan rekaan ni ? Nisa suka sebab "this is so me.." haha. Tak reti macam mana nak explain tapi Nisa suka corak ala tribal / ala geometrical ni. Warna yang terang memang menaikkan mood. Haa lepas raya pulak tops nya boleh pakai dengan seluar. Boleh bawak gi kerja. Oh ye tops nya nampak macam two-piece. Tapi dia sebenarnya 1-piece je. Kainnya pun boleh match dengan blouse lain.




BAJU KURUNG MODEN "SITI" A20206
Warna : Mint, Mauve & Lavender Mauve  |  Saiz : 34 - 48 (XS - 4XL)  |  Material : Lace Polyester / Chiffon


Should I say this is my personal favourite ??? Hahaa Cutting yang sangat cantik !! I feel like a princess, rasa ayu je bila melangkah. Warna pun cantik, lace nya pun cantik. Di harap dapat menawan hati mana-mana bakal mak mertua. Hahahah !!!




Haaa maaf lah. Dah namanya perempuan, tak cukup empat lima pasang baju. Jubah jugak yang dicari. Dalam pada memilih baju kurung moden, Nisa sambar jugak lah sehelai jubah dari PINKZ FASHION. Tapi kalau nak beli, kena beli kat butik mereka di SEMUA HOUSE, KL ye.. Yang baju kurung moden di atas semua boleh order online. Jubah ni pakai hari-hari pun best juga.





Terima kasih banyak banyak kat PINKZ FASHION sebab menyediakan banyak pilihan baju raya siap. Mudah je.. Pilih design dan warna, pilih saiz, whatsapp terus nak beli. Lepas pembayaran dibuat, dua tiga hari nanti sampai lah tu baju raya depan rumah. Konfem best !




JANGAN LUPA FOLLOW INSTAGRAM PINKZ FASHION TAU !




LIKE FACEBOOK PAGE PINKZ FASHION (FB) UNTUK UPDATE TERKINI



Haaaaa link facebook page dan instagram Nisa dah lengkapkan di atas. Pergi follow, like dan happy browsing tau ! SELAMAT HARI RAYA..




Read More»

Tuesday, June 21, 2016

Kulit lebih cerah dan berseri - TRANSGLUTA dan TRANSBELLA pilihan unggul !



Assalamualaikum...




Eh eh belum apa-apa dah tepek gambar orang lawa kat blog Nisa nii. Haaa ada apakah ? Semestinya hari ini kita nak bercakap mengenai kecantikan dan kesihatan. Sekarang ni ramai orang suka nak ada kulit yang lebih cerah... Haa bila cerah tak payah lah nak pakai banyak sangat mekap untuk tutup cela dan sebagainya kan ? Heee Nisa pun nak jugak jadi cerah! Tapi jangan kita memandai pakai produk yang meragukan tau! Cerah muka je buat apa.. haruslah cerah dan putih seluruh badan !





Okay ada dua produk yang Nisa nak kongsikan dan yang pertama ialah TRANSBELLA. Produk ni lebih fokus kepada fungsi MENCERAHKAN.. Sebab yang ini mengandungi ekstrak yis, ekstrak sakura, ekstrak mutiara dan kolagen tripeptide yang akan boost kan lagi kesan pencerahan terhadap kulit seluruh badan. Haa lepas ni takdak lah muka jaa cerah, tapi tangan krik krik krik remang senja haha..









Selain dari mencerahkan dan mencantikkan kulit, produk ini juga ANTI PENUAAN. Haa ianya mengandungi bahan anti-penuaan.. Wah wah tampak muda sentiasa la ya ! Jeles nanti jiran tetangga semua hahaha... Mengandungi pulak serbuk mutiara yang sememangnya untuk mencerahkan dan membaiki struktur kulit. Haa bukan cerah semata-mata.. merawat jugak ni ! Yang pentingggg... produk ini mempunyai kelulusan KKM !
\




SIAPA YANG BOLEH AMBIL TRANSBELLA ?
  • Peringkat usia 16 ke 60 tahun
  • Ibu mengandung (6-7 bulan ke atas)
  • Ibu menyusu (bayi 6 bulan ke atas)
  • Lelaki dan perempuan
  • Wanita yang datang bulan pun boleh makan






Produk kedua yang Nisa nak kongsi dengan semua pembaca ialah TRANSGLUTA.. Haaa Transgluta ni pun produk mencerahkan kulit.. tapi KHASSSS untuk mereka yang alergi kolagen. Haa ye betul, ramai sebenarnya orang yang nak consume produk mencerahkan tapi alergi pulak dengan kolagen yang terkandung dalam produk tu. Ini untuk korang okay !





Transgluta pulak mengandungi GLUTATHIONE yang kompem-kompem terkenal sebagai double whitening agent ! Ahaa yesss.. cerah seluruh badan uollss.. Kandungan ini banyak sebenarnya digunakan di Korea dalam bentuk suntikan. Tapi dengan Transgluta ni tak payah dah nak suntik-suntik bagai.. takut tau haha. Makan je Transgluta ni. Pooff dan cerah !




Haaa tak guna lah kan nak pok pek pok pek dari mula tapi tak tunjuk berkesan ke tak produk Transgluta ni. Lihatlah sendiri antara pelanggan produk Transgluta ni.. Nampak lebih sihat kulit wajah yang dulu kusam dan gelap (eh terasa pulak aku ahha...) Korang tak terusik ke hati nak cuba produk nii hehehe... Oh ye, produk TRANSGLUTA ni mempunyai kelulusan GMP tau !



PANTANG LARANG PENGAMBILAN TRANSBELLA / TRANSGLUTA :
  • Minum air 8 gelas sehari (minum je banyak-banyak untuk kesan optimum)
  • Elakkan pengambilan kafein
  • Boleh makan tak kira waktu
  • Makan la berapa biji inshaAllah badan takde panas ke apa (side effect dia.. stok korang cepat habis haha)






Jangan risau ye.. kedua-dua produk yang Nisa kongsikan di atas telah mendapat kelulusan badan yang sepatutnya.. Jadi produk ini selamat dimakan dan dah ada pun testimoni yang menunjukkan kesan produk ni. Haa nak lebih banyak lagi testimoni yang lebih meyakinkan boleh like facebook page dan follow instagram TRANSGLUTA okay ?







Ahahh ! Tunggu apa lagi tu ??? Cube wassap number di atas laju-laju.. Jangan lupa dapatkan TRANSBELLA dan TRANSGLUTA sekarang okayyyy !! Dengan izinNya, kita semua akan dapat merasa kulit badan cerah sekata ! Haaa takde lah segan bila tepek mekap tebal sikit, muka ja putih tapi bila angkat tangan aulohhh gelap pulek !



HARGA PROMOSI 
Transgluta RM70.00 (harga asal RM110.00)
Transbella RM80.00 (harga asal RM90.00)
(Harga kedua-duanya TIDAK termasuk postage)

Whatsapp 012-9184042 (Kak Su) untuk order.



PENCARIAN AGENT !
Peluang menjana pendapat sehingga RM2,000 sebulan !
Untuk keterangan lanjut sila Whatsapp 012-9184042 (Kak Su) ye !



FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/transgluta/?fref=nf










Read More»

Friday, June 17, 2016

VIDEO | Idea mekap untuk pagi raya ? Jom mekap dengan CHRISZEN !



Assalamualaikum...





Haaa semua duk kalut nak raya kan... baju raya cantik-cantik.. kasut raya fuhh kemain meriahh.. tu belum kira tudung raya fuhh sekali dia flip, boleh terbang orang kiri kanan ! Hahah... Tapi apa kata kita lengkap kan pakaian serba serbi baru tu dengan look yang very easy to do, soft and not too strong. Ye lah kalau duk buat bold look di pagi raya kang, ada pakcik makcik terpengsan masa nak salam haha !!


Syukur alhamdulillah kali ini Nisa kolaborasi pula dengan jenama kosmetik yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu CHRISZEN ! Haa seronok tau bila dapat parcel produk CHRISZEN nii.. Dah macam-macam yang terlintas di fikiran Nisa nii.. Selamat menonton ya !






Baiklah.. seperti yang dijanjikan, berikut merupakan Senarai produk CHRISZEN yang Nisa dah gunakan.. as for other items yang Nisa tak nyatakan di sini, you guys boleh guna any makeup item yang you guys ada untuk lengkapkan look ni okay..




High Definition Foundation

Mengandungi L-Glutathione dan Collagen. SPF 50PA+++
Kod yang Nisa gunakan : MC02 Medium Beige
Harga : RM69.00 (SM) & RM72.00 (SS)




Brightening / Matte Finish, Oil Control
Kod yang Nisa gunakan : No 1 Light Beige
Harga : RM29.90 (SM) & RM32.90 (SS)




Easy to Draw and Blend, Long Lasting
Very natural colour
Kod yang Nisa gunakan : 02 Coffee
Harga :  RM17.90 (SM) & RM19.90 (SS)




Very easy to manouver and easy to draw your desired line !
Very black and colour long lasting.
Harga : RM17.90 (SM) & RM19.90 (SS)




Long lasting, Matte Finish
Comes with sponge tip to help spread the lip colour
Kod yang Nisa gunakan : No 1 Tangy Tangerine
Harga : RM39.90 (SM) & RM42.90 (SS)






Haaa... berpatutan sangat lahh produk CHRISZEN ni ! Haa semua mampu beli, beli sikit-sikit pun boleh.. And yang paling Nisa suka, eyeliner dia.. sesuai untuk semua.. lebih-lebih lagi beginner.. sebab senang nak lukis, senang nak guna. Warna pun pekat dan tahan lama.. Harga? Murah ngat dah tu aihhh...

Haaa kalau berhabis baju, kasut dan tudung.. apa salahnya dapatkan produk CHRISZEN ni untuk menyerikan wajah di pagi raya, di hari kemenangan, di hari bahagia berkumpul sanak saudara.. Nak bergambar pun konfiden dan gambar pun lawa.. Wahh gitu sekali ! Hehehe.. Nak beli mana barang-barang di atas? Just klik nama-nama produk di atas yaa.




Jangan lupa.. like fanpage CHRISZEN, check out their website and follow their instagram !

CHRISZEN FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/chriszenofficialpage

CHRISZEN WEBSITE : http://www.chriszen.com/

CHSRIZEN INSTAGRAM : https://www.instagram.com/chriszen_official/








Read More»

Tuesday, June 7, 2016

MASALAH JERAGAT ??? Cuba try test iSKIN dari iBeauty ni....




Assalamualaikum...


Ya Allah rasa tak bertanggungjawab sungguh diri ini, sebab perkongsian untuk produk ini patutnya lama dahhh Nisa update ! Tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Kesibukan Nisa di luar mengurangkan masa untuk Nisa commit kepada blogging dalam sebulan dua ni. Mohon maaf kepada pihak yang berkenaan ya...




Sebelum Nisa berkongsi dengan lebih lanjut mengenai produk iSKIN dari iBeauty ni.. haa sebelum tu sajalah nak kongsi dengan kalian semua... sebelum ni pernah kecoh kejap dunia maya bila founder iBeauty iaitu Puan Ella Danial ada buat giveaway beg tangan jenama Louis Vuitton di facebook beliau. Haa yang tak tahan tu ada jugalah pihak-pihak mulut puaka yang menuduh beliau sengaja menagih share dan likes dari pengguna laman sosial. 

Haa tak baik tau, mana ada palsu nya giveaway tu. Tengok kat atas ni, pemenang bertuah beg tangan berjenama.. Tahniah Puan Syima dari Negeri Sembilan ! Awal lagi dah sampai ke lokasi penyampaian hadiah, disaksikan keluarga yang turut menemani dan juga kami para bloggers. Okay sudah jelas kan semuanya ? Jom kita teruskan membaca...





Baiklah.. haa ini dia produk yang Nisa nak share dengan semua tu... Produk ini diperkenalkan kepada Nisa semasa sesi hi-tea bersama pengasas iBeauty ni lah.. Baru Nisa tahu ada juga produk seumpama iSKIN ini yang fokusnya terhadap masalah jeragat. Ye lah, kebanyakan produk sekarang mesti untuk memutihkan kulit je.. Tapi bukan sekadar membantu masalah jeragat, ada banyak lagi kebaikan lain.




Ini dia pengasas iBeauty, Puan Ella Danial. Maaf lah kualiti gambar macam hape je kan. Boleh pulak terlupa nak bawak kamera! So kamera henpon je la yee... Hehe lawa sangat orang nya. Haa orang kata, kalau nak beli produk kecantikan, kena tengok tuan nya guna tak produk dia sendiri ? Bagaimana hasilnya ? Haa Nisa dah tengok sendiri depan-depan.. memang lawa dan berseri orangnya ! Haa apa lagi, jom berkenalan dengan produknya pulak.








iSKIN Pencuci Muka (diperkaya dengan ekstrak betik) 
  • Mengandungi Vitamin C yang membantu merawat kulit jerawat dan masalah kedutan
  • Memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah
  • Menegang serta melembapkan kulit
  • Melicinkan kulit wajah
  • Mengurangkan pengeluaran minyak atau sebum dalam kulit
  • Membantu membersih dan memutihkan kulit


Krim Malam dan Krim Siang untuk set penjagaan wajah iSKIN




iSKIN Krim Siang SPF 50 :
  • Menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan & garis halus
  • Membantu mengurangkan keradangan & inflamasi kulit
  • Memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
  • Membekalkan nutrien lengkap untuk kulit
  • Menjaga kelembapan kulit dan tampak sekata dengan tona kulit semulajadi anda
  • Membantu menyaman dan menenangkan kulit wajah yang sensitif
  • Memberi kelembapan kulit agar kelihatan segar dan halus
  • Bertindak sebagai Triple Action Whitening





iSKIN Krim Malam :
  • Membantu memudarkan parut dan jeragat pada kulit yang bertindak pada waktu malam
  • Melembapkan wajah serta membekalkan nutrien yang diperlukan oleh wajah ketika tidur
  • Mengurangkan garis halus pada wajah
  • Menjadikan kulit wajah awet muda tanpa cela
  • Memati dan mengecutkan jerawat
  •  Mengawal penghasilan melamin agar kulit sentiasa cerah dan sihat
  • Elemen mikro dalam mutiara serat dengan asid amino dan kalsium mampu merawat kulit wajah
  • Mencegah kulit daripada penuaan dan garis halus





Nak cantik, nak wajah bersih.. kenalah ada usaha sikit dari pihak kita kan ? Produk dah beli, jadi kita kena tahu cara yang betul untuk gunakan produk tersebut agar dapat beri kesan optimum kepada kulit wajah kita kan. Jadi, di bawah ni merupakan langkah-langkah yang dicadangkan untuk menggunakan set iSKIN ini..


Langkah Pertama (Pagi)
  1. Pencuci Muka - Gunakan pencuci muka di waktu pagi. Basuh muka terlebih dahulu sehingga hilang kotoran
  2. Penyegar - Tuangkan penyegar pada kapas muka dan sapukan dengan lembut
  3. Pelembab - Ambil sedikit pelembab di telapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah
  4. Krim Siang - Sapukan krim siang ke seluruh wajah. Ia dapat menghalang kulit san sinaran UV


Langkah Kedua (Malam)
  1. Pencuci Muka - Gunakan pencuci muka di waktu pagi. Basuh muka terlebih dahulu sehingga hilang kotoran
  2. Penyegar - Tuangkan penyegar pada kapas muka dan sapukan dengan lembut
  3. Pelembab - Ambil sedikit pelembab di telapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah
  4. Pigment Booster - Titiskan pigment booster di kawasan jeragat saja. Untuk kesan yan baik, gunakan pada waktu pagi dan waktu malam
  5. Krim Malam - Sapukan krim malam ke seluruh wajah. Ia membekalkan nutrien yang diperlukan oleh kulit ketika tidur



SET PERCUBAAN iSKIN HANYA RM55 !


Jangan risau ye semua ! Produk iSKIN dari iBeauty ni dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang selamat untuk kulit. Semestinya bebas dari bahan merbahaya seperti merkuri yang berlebihan ! Haa gituu.. Produk keluaran iBeauty juga disahkan oleh KKM. Gituu. Jom tengok antara testimoni di bawah :







Untuk lebih info dan testimoni yang sangat meyakinkan rakyat Malaysia (ewahh!) , boleh lah kalian pergi ke website, like facebook page atau follow instagram iBeauty tau ! Link seperti di bawah :







Terima kasih Pn Ella Danial sudi jemput Nisa ke majlis hi-tea !

2x Siang.. 2x Malam.. Teruih Segakk !! Amboi kemain tagline dia !



Terima kasih sudi baca !




Read More»

Copyright © Nisa Kay