Monday, March 28, 2016

Servis Mekap Pelbagai Acara, Hasil Kerja Terbaek Punye !



Assalamualaikum...


Haaa straight to the point je lah kan.. Bila Nisa upload gambar throwback photoshoot, mesti ramai yang tanya siapa kah makeup artist (MUA) nya, berapa harga bayar nya, available tak kat kawasan sekian-sekian.. dan bermacam lagi lah! Selain dari mekap untuk majlis bertunang, nikah atau sanding.. sebenarnya ramai sangat cari MUA untuk photoshoot lagi-lagi bagi mereka yang tiba-tiba kena photoshoot untuk produk atau profile syarikat, atau untuk assignment... 



Tak kurang juga yang tanya-tanya MUA untuk menatarias para students yang ada dinner atau event besar di kampus masing-masing.. Haa kalau cakap pasal makeup artis ni dik, ramai sangat yang Nisa kenal punya kebolehan yang baik. Yang mampu menaikkan seri wajah kita agar tampil lebih vogue dan meletopp dalam gambar nanti.. So kali ini ada satu MUA yang Nisa suka nak rekemen kat semua.




Haa ini lah dia MUA yang Nisa nak kongsikan dengan semua yang tengah cari-cari tuu... Makeup By Amni ! Nampak tak dalam gambar tu, nak mekap outdoor pun tarak hal punyaaa... InshaAllah hasilnye tetap cantik meletop top topp !! Ye lah, ada masa nak outdoor shooting ke apa kan...


Servis Makeup By Amni :

  • Tunang
  • Nikah
  • Bertandang / bersanding
  • Dinner
  • Photoshoot
  • Sebarang Event


Haa sebenarnya mekap ni terpulang pada kita nak pakai waktu bila.. Ada masa tetibe datang mood kita nak mekap natural, untuk dinner anniversary bersama suami ke.. atau masa sambut birthday ke.. jadi pengapit ke, ahli keluarga pengantin kee.. haa macam-macam acara sebenarnya kita nak kan sentuhan profesional !




Omakkk lawanya mekappppp !!! Nisa suka tengok hasilnya memang cantik, nampak kemas je kan ?? Haa Makeup By Amni ni cover area mana je ?? InshaAllah perkhidmatan mekap ni merangkumi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.. serta Kuala Terengganu..







Haaa kemain glowing dan nampak flawless je hasil tangan Makeup By Amni ni tauu.. Bagi yang nak cari MUA untuk hari berbahagia anda, harus lah anda meneliti senarai MUA yang berkenan di hati, yang mekap bukan setakat tangkap muat je.. pastikan ia tidak menjadi mimpi ngeri anda ye ! Sebab kenangan hari perkahwinan tu nak simpan di dalam gambar buat tatapan anak cucu. Haaa...  Jadi pilihlah MUA yang kawan-kawan memang rekeman.. contohnya hari ni Nisa rekemen Makeup By Amni ni..







Nak mekap natural ? Sweet look ? Fresh look ? Haa apa pun nama dia, Makeup By Amni inshaAllah boleh laksanakan sebaiknya ! Tengok dalam pic di atas ni. Alahaii comelnya mekap dia, kemas jee haha (bape kali dah Nisa duk mention mekap dia kemas je). Nisa kalau nak tengok hasil kerja seseorang MUA tu, Nisa akan tengok kekemasan hasil mekap dia.







Haaa zaman sekarang ni makin menjadi trend pulak barang-barang mekap. Makin ramai suka beli mekap jenama luar negara, seiring dengan pertumbuhan instashop yang buat pre-order barang mekap dari luar negara.. Ada jugak yang jual peralatan lain seperti berus mekap, pencuci berus mekap, span mekap dan macam-macam lagi lah. 


Tapi kalau ada peralatannya saja takde skill pun takleh juga kann.. Haa bagi yang nak belajar mekap dengan profesional, Makeup By Amni ada juga sediakan kelas mekap. Boleh hubungi Makeup By Amni la ye lepas ni kot ada antara pembaca blog Nisa nak join kelas mekap..








Kalau pembaca semua nak tahu... MUA Amni ni merupakan anak murid kepada beberapa MUA yang terkenal jugak di Malaysia ni... antaranya MUA Hyna Razak, Tahirah Kamarudin dan Qaseh Anna. Jangan tak mahu ragu-ragu sayang... skill mekapnya diasah melalui mereka yang sudah establish sebagai makeup artist.



Nak mekap yang ala-ala depp, very bold.. atau sweet ala ala doll... tak pun lebih suka tampil segar dan natural ? Haa inshaAllah dengan skill yang ada, Makeup by Amni ni akan menata wajah anda sebaiknya berbekalkan skill yang ada. Bagi yang mekap nak ke kenduri, dinner atau photoshoot tu, Makeup By Amni ni jugak boleh style kan tudung. Haa best kan !! Zaman sekarang ni, makeup artist jugak kena tahu styling untuk klien kan..



Yang pentinggg TAK CUKUR KENING okay!! Ya Nisa tahu isu kening ni menjadi isu yang tersangat hangat.. Jadi para future customer jangan risau ye.. Takde cukur-cukur.. kebanyakan MUA zaman sekarang pun dah pakar dalam hal membentuk / mengemaskan kening pelanggan mekap tanpa perlu cukur-cukur.. Hehehee..





Haaaa anda tengah cari makeup artist ? Atau ada kawan-kawan yang tengah cari makeup artist untuk pelbagai acara ?? Jomm whatsapp laju-laju nombor MUA Amni ni.. 
014-5121425





FOLLOW INSTAGRAM : https://www.instagram.com/nuramni11/











XOXO,
Putewi Hensem

Monday, March 21, 2016

AMANZ OUTDOOR - Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu



Assalamualaikum....


Hai haii.. terima kasih lahh kepada yang masih sudi membaca blog yang kejap ada entry, kejap takde entry.. Maklumlah, Nisa punya tugas hakiki yang lain.. jadi komitmen tu dah beralih arah, takde lah fokus kat blog sangat sekarang.. Tapi Nisa akan usahakan jugak edit video dan update blog semua ya ! Hahaha..


Baiklahhh.. ni nak cerita ni Ahad lepas yang boss aku tetiba decide nak buat outdoor activity. Tah kenapa tah la kan. Lepas tu, daripada decide nak pergi Broga, tetiba tukar ke Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu Selangor. Lagipun nak ke Kuala Kubu Bharu tu lebih dekat dari rumah boss di Rawang. So pagi-pagi Ahad tu kami patut berkumpul di Rawang seawal jam 7 pagi. Tapi disebabkan highway tutup untuk acara larian, jauh pulak Nisa kena pusing untuk guna jalan lain. Sabar je lah hehe...





Sebelum sampai ke Sungai Chiling tu, kami melalui sebuah kawasan empangan. Ni namanya Empangan Sungai Selangor, kawan Nisa kata lah. Hahaha.. Tapi kawasannya lawa, luas mata memandang gitu.. Ramai jugak yang berhenti di tepi jalan untuk mengabadikan gambar di sini.





Sampai di entrance Santuari Ikan Sungai Chiling, parking saja di tepi-tepi jalan. Ada jugak satu dua gerai di luar tu. Lepas tu, dari entrance, kena lah jalan sikittt untuk ke kawasan macam dalam gambar di atas ni.. Di depan ni ada tandas, surau, gerai jual makanan dan kaunter untuk mendaftar dan bayar. Bayaran masuk RM3 untuk setiap orang ya.. Di kawasan ni jugak ada tapak perkhemahan dan spot untuk picnic.




Berdekatan bahagian entrance yang Nisa sebut tadi ada spot untuk berkelas bersama keluarga, air di bahagian sini lebih selamat untuk kanak-kanak bermandi mana.





Kena melintasi anak sungai yang pertama ini dengan menggunakan jambatan gantung.





Selepas je jambatan gantung tu, so yeahh pengembaraan yang memakan masa lebih kurang 40 minit pun bermula ! Kena jalan di dalam hutan, ada kawasan yang berlecak, ada kawasan yang berbukit, berbatu... Pendek kata bentuk muka bumi sepanjang perjalanan ke waterfall tu berlainan laa..





Ada bahagian sungai yang kita kena redah dengan masuk ke dalam air.. ada yang kena lalu atas batang pokok macam dalam gambar di atas ni.





Haaaa masuk dalam air jangan tak masuk ! Ini baru sungai yang paras lutut je.. Ada yang paras atas sikit dari pinggang. Kalau budak-budak yang nak lintas memang memerlukan orang dewasa dukung lah kot. Beg Nisa pun Nisa junjung atas kepala tau.





Oh ye kat Sungai Chiling ni merupakan kawasan santuari ikan. Kita boleh beli makanan ikan masa nak masuk tu, Jinak sungguh ikan-ikan ni. Bila kita duduk diam kejap kat batu tu, beramai-ramai dia mai. Hahaha. Kalau baling makanan ikan atau roti, berebut-rebut dia makan. Kemainnn.. Teruja kejap aku. Rasa macam dikerumuni peminat pun ye jugak.





Baiklah.. setelah onak duri serta ranjau yang mencabar kami lalui.. sampai jugak kami di kawasan air terjun Sungai Chiling.. Haaa kemain ramai orang weyh ! Maklumlah hari minggu kan.. dah nak masuk waktu tengahari pulak tu.. Makin ramai laa datang nak membasahkan diri gituuu..





Kemain henpon boss Nisa boleh bawah masuk air tanpa rasa bersalah. Hahaha seronok la bergambau ye semua.. Dengan Nisa sekali kena masuk air nak ambilkan gambar dorang ni! Haha..





Haaa selfie time la uolss dengan kengkawan kesayangan. Bersama Arib (bestie di pejabat) dan sayang ku Arfianingrum Pujiastuti (panggil Arfi aja) yang merupakan editor Amanz Indonesia. Terbang jauh dari Jakarta ke Malaysia ! Yeahhhh..






Bagi lah chance kat sis nak berposing sepam dua di air terjun Sungai Chiling ni.. Bukan selalu sis merelakan diri meredah onak duri serta ranjau yang penuh mencabar untuk sampai ke air terjun ! Hahaha gurau je lah.. I have no problem at all kalau ada yang nak ajak jungle trekking. 





Maka selepas hampir sejam bermandi-manda di dalam air yang mak aihh sejuk nyaaa... maka kami pun berjemur seketika di bawah terik matahari yang kian meninggi.. dan kami pun kembali ber-jungle trekking untuk kembali ke entrace kawasan Sungai Chiling.


Terima kasih team Amanz. Memang gila-gila semuanya. Bergelak je sepanjang trekking tu. Tak terasa jauh pun.. Bila dapat lak dengan orang satu kepala ni semua memang seronok sikit berjalan ke apa kan ! Haa pendek kata kalau nak buat short trip macam ni, travel ke.. pergi lah dengan orang yang kita kenal lama dan boleh masuk dengan gurauan kasar lagi menusuk kalbu kite. Hahaha... Tak sabar nak tunggu aktiviti Amanz Outdoor seterusnya !








XOXO,
Putewi Hensem



BEAUTY - Fame Cosmetics Soft Matte Lip Cream


Assalamualaikum...


Haa lama dah tak berkongsi perkara-perkara yang berkaitan dengan kecantikan di blog ni.. Tapi kalau ada di antara pembaca Nisa yang mengikuti laman instagram Nisa, mungkin ada serba-sedikit perkongsian berkaitan dengan kecantikan dan mekap di sana hehe.. Maklumlah dah busy sangat sekarang ni.. Banyak fokus Nisa tertumpu kepada perkara dan komitmen lain. Namun pun begitu, blog masih tidak dilupakan. Gituuu...







Haaa hari ni nak bercerita mengenai satu produk lokal.. Ya, produk LOKAL. Produk keluaran Malaysia... Mula-mula tu Nisa pun seperti orang lain yang tidak lari dari berasa skeptikal.. "Ehhh ada brand baru lah.. Brand lokal ni.. okay ke tak ehh ?"


Tapi lepas Nisa usha-usha instagram dia.. Nisa nampak lip cream ini digunakan oleh beberapa makeup artist yang bukan calang-calang jugak lahh... Maka Nisa pun terus tertarik.. Warna yang disajikan jugak boleh tahan lawaaa... So Nisa dah berniat nak beli 3 warna... Warna yang dijual ada 5 jenis tapi Nisa beli 3 je..






Ini dia tiga warna pilihan Nisa.. lawa nyaa yang merah tuuu ! Yang Nude dan Fuschia pun cantik sangat. Bila sampai parcel tu.. terus teruja nak cuba dan Nisa terus post ke instagram Nisa... masa tu Nisa dah mention yang Nisa nak buat full video di YouTube.




Boleh pulak tengah-tengah shoot video review tu, sampai parcel dari Fame Cosmetics ! Ehh apa pulak ni ? Tak de pulak Nisa order lipstick extra ke apa ... rupanya pihak Fame Cosmetics bermurah hati nak lengkapkan koleksi lipstick Nisa ! Ya Allah alhamdulillah syukur di atas rezeki mu.. Makin seronok Nisa nak cuba lipstick ni tau !



Jom usha gambar-gambar kat bawah ni.. Kelima-lima Soft Matte Lip Cream dari ni Fame Cosmetics Nisa dah cuba pada lima hari yang berlainan, mekap style pun ada sikit-sikit la lain.. Lighting pun ada yang agak lari sebab nya Nisa selfie menghadap cahaya matahari.. so ada lah hari yang macam kureng sikit lighting diaa...






Haaa lawa-lawa kan warna Fame Cosmetics Soft Matte Lip Cream ni.. Nisa suka jugak lah.. sampaikan selalu juga Nisa pakai ehhehe.. Tapi kalau nak tahu dengan lebih details review Nisa mengenai lip cream niii.. kena lah tengok video Nisa di bawah ya !






BERBALOI KE KANTOI ???





Terima kasih kepada semua yang sudi tengok video Youtube Nisa.. kalau sudi, share la video review Nisa tu dengan kawna-kawan ya.. Siapa yang ada Google / Youtube account tu jangan lupa subscribe channel Youtube Nisa yee. Hik hikkk... More reviews of local beauty products are coming soon ! Stay tuned ye semuaaa...




FAME COSMETICS
Facebook Page  https://www.facebook.com/famecosmeticsHQ/
Instagram  https://www.instagram.com/fame_cosmetics/






XOXO
Putewi Hensem

Wednesday, March 16, 2016

Majlis Pelancaran Dew Amor Signature by Nizam



Assalamualaikum...





Minggu lalu Nisa berkesempatan menghadiri acara pelancaran sebuah produk yang diberi nama Dew Amor Signature by Nizam. Kerrrlasss kan betapa internasional nya nama produk ni ! Haaa dah macam nama produk dari luar negara kan ? Hakikatnya Dew Amor Signature ni dikeluarkan oleh -seorang anak muda tempatan yang sangat-sangat buat Nisa terinspirasi. Haa kenapa ? Teruskan membaca entry ini ya !






Taraaa ini lah dia minyak wangi terbaru keluaran tempatan - Dew Amor Signature by Nizam. Excited kejap bila Nisa sampai kat dewan, disambut dengan bau yang sangat harum.. seperti bau bunga ros.. tapi ianya bukan sekadar rose. Bau yang cukup feminin, ada sense of elegance di situ.. 





Minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ni diinspirasikan dari haruman bunga ros dan blossom. Disertakan juga bahan-bahan seperti vanilla, musk dan amber yang menjadikan pemakainya tampil lebih yakin, segar, harum dan anggun. Minyak wangi ini tahan berjam-jam lamanya ! Dan ianya sangat sesuai dijadikan hadiah dari suami kepada isterinya, dari lelaki kepada teman wanitanya, mahupun hadiah kepada seorang sahabat.





Haaa menyentuh kembali mengenai kisah Nisa yang terinspirasi tadi... Nisa nak berkongsi kisah dengan mereka yang masih belum mengetahui... Pengasas syarikat dan minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ini merupakan orang yang sama yang anda lihat di dalam gambar di atas. Ye.. adik Mohd Khairul Nizam Wahiddin merupakan seorang insan kelainan upaya. Apa yang buat Nisa terharu dan terinspirasi adalah di mana dengan kemampuan yang sangat terbatas, adik Nizam ni masih mampu membangunkan empayar sendiri dan kini melancarkan produk minyak wanginya sendiri.


Berada dalam dunia perniagaan juga membuatkan Nisa pernah mengalami jatuh bangun, sakit perit dan sebagainya.. semuanya demi bergelar usahawan. Namun mungkin takdir masih belum menentukan nasib Nisa, rasanya macam nak give up tu sangat tinggi dalam diri ni.. Tapi melihat adik Nizam tersenyum di atas pentas, dengan jenama yang dibawanya iaitu Dew Amor Signature.. buat Nisa rasa terpukul dek perangai sendiri yang nyatanya tidak bersyukur dengan apa yang Nisa ada. 


Nisa rasa terinspirasi dari adik Nizam ni agar Nisa lebih terus kuat dan tidak berhenti mencari jalan usaha untuk capai apa yang Nisa nak.. Ternyata ada hikmah ya mengapa dalam ramai-ramai blogger, Nisa jualah yang Allah izinkan untuk terpilih bersama beberapa rakan blogger lain meraikan pelancaran produk ini. Alhamdulillah...






Dalam usia yang muda (adik Nizam ni umurnya jauh lebih muda dari Nisa!), adik Nizam dah mampu melancarkan sebuah jenama yang tampak seperti punyai peluang cerah di dalam pasaran tempatan. Semasa pelancaran, turut hadir meraikan majlis adalah rakan-rakan dan keluarga adik Nizam. Tahniah adik Nizam !





Majlis turut dimeriahkan dengan celoteh dari pengacara majlis iaitu Haiza. Alaaa yang masuk Gegar Vaganza tu... kini Haiza juga turut menjadi penyampai radio di stesen radio baru iaitu KoolFM. Haaa semasa majlis pelancaran Dew Amor Signature by Nizam, Haiza turut menyerikan majlis dengan nyanyian beliau.. antara lagu yang disampaikan ialah Bintang Kehidupan dan Dag Dig Dug.





Ahaaaa... sejujurnya Nisa suka sangat minyak wangi ni. When it comes to perfume, kawan-kawan rapat and adik Nisa pun dah tahu, Nisa sangat cerewet bab minyak wangi. Tetibe boleh sensitif lak hidung ni kalau dapat minyak wangi yang tak diminati. Nisa tak suka bau yang terlampau kuat, yang "tajam" seolah-olah menusuk rongga hidung. Tapi bila bau minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ni... Nisa jatuh cinta sebab baunya yang tidak kuat sangat, tapi tidak soft sangat.. Something in between gitu.. Ada sense of confidence, elegance, feminine.. semua dalam satu botol.





Rekaan  botol dia pulak memang lawa. Nampak eksklusif gitu.. diserikan dengan bunga berwarna pink ewah ewah memang kegemaran wanita ni...  






Pada hari pertama dapat perfume Dew Amor Signature by Nizam ni, Nisa letak paper bag di atas sofa.. Pulang dari kerja keesokan harinya adik Nisa tanya, boleh tak kalau dia nak ambil perfume ni. Haha amboiii adik Nisa pun suka rupanya ! Ternyata bau dia best hehe.. Tapi sorry dik, akak dah berkenan dulu hew hew hew... Masuk opis, cuba lah sembur sikit , mak aih satu opis melekat bau harum Dew Amor Signature by Nizam ni .





Haaa tunggu apa lagi tu ? Dah boleh dahh beli minyak wangi ni ! Sesuai sangat dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja ! Mak, adik, kakak, teman wanita, isteri.. sahabat.. semua lah ! Tidak kira apa acara sambutannya, apa acara pentingnya, jadikan minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ini penghias jalan cerita anda. Ecewahh !





HARGA ; RM199.00 (Harga jualan potongan 50% - RM99.90)


Laman web : https://dewamor.com.my/

Facebook Page : https://www.facebook.com/dewamorsignature

Instagram Rasmi : https://www.instagram.com/dewamorofficial/


SAMPLE PERCUMA ? Siapa nak dapatkan sample percuma haruman Dew Amor Signature DI SINI okayyy~










XOXO,
Putewi Hensem

Tuesday, March 8, 2016

TEHPENG PIOR , Taman Temerloh Jaya Pahang



Assalamualaikum...


Saja lah nak kongsi berkenaan dengan air yang sejak-sejak ni menjadi kegemaran aku. Air TEH AIS je punnn.. Tapi tah macam mana boleh jadi kesukaan pulak. Sedangkan Nisa bukanlah orang yang menyukai air teh ais, atau teh tarik... atau teh susu.. (as for teh tarik, Nisa pernah addicted kejap lepas tu tak dah)... Pendek kata, tak suka lah air dengan susu ni...


Tapi sejak balik kampung tak lama dulu.. Nisa duk tengok adik Nisa beli air teh ais ni.. eh macam syiok je.. Mak Nisa cakap, along Nisa kalau balik Temerloh pun suka beli air teh ais ni. Teh ais juga dikenali sebagai "teh beng" perkataan yang originally dari Kelantan. Kat sini, gerai dia nama TehPeng pulak. Hahah tak tahu la kenapa..







ALONG TEHPENG PIOR. Ini lah gerai nya. Kalau dari traffic light jalan masuk ke Taman Temerloh Jaya, Temerloh Pahang... straight je sampai nampak gerai ni kat belah kanan. Nak dijadikan cerita, masa pertama kali cuba air ni, masa nak beli tu budak yang jaga gerai tu tegur Nisa. Lahhh rupanya junior masa kat sekolah menengah dulu.. bagus betul tengok budak-budak muda kerja macam ni.. takdelah melepak tak ketentuan hala je kan. Hehehe..








Biasanya memang Nisa akan singgah beli air Tehpeng Pior (read : teh beng pure) ni masa nak balik ke KL. Jadi Nisa akan drive ke depan gerai, buat ala-ala drive thru gitu.. Lebih mudah nak beli. Order bukak tingkap je haaa. Air yang dijual ni pun memang dapat sambutan nampaknya. Mak kata bape kali dia duk ulang bancuh dalam sehari tu. Hmm.. mesti sedap ni kan ?







Mulanya Nisa taknak lah beli sebab takut tak kena dengan anak tekak... Maklumlah Nisa ni sememangnya bukan peminat air teh ais. Tapi dalam cuaca panas sekarang ni... teh ais tu kelihatan sangat lah menyelerakan anak tekak ! Hahahaha... Maka Nisa pun decide untuk teruskan niat membeli tu... Sekali hirup.. perghh ! Kaw nya ! Nak kata pekat sangat sampai ada rasa pahit teh tu takde lah.. nak kata manis sangat pun tak jugak. Just nice gitu. Minum pulak air sejuk tengah-tengah panas.. memang tambah syiok la citer dia..







Jadi.. sebagai orang yang tak meminati air teh ais sangat, maka Nisa rasa air ni sedap laa.. No wonder orang beli beberapa cup sekali gus. Kalau Nisa beli untuk family pun , mesti dorang nak satu sorang. Takpun beli a few cups then balik tuang dalam jag. Semua pun dapat rasa. Hehehe... Nak kata air ni macam air hipster memang tak lah.. sebab nya air teh ais ni boleh beli kat mana-mana..


Memang lah macam takde yang special nya aje teh ais ni kan.. Haha tapi still.. Nisa nak update jugak lah pasal gerai Tehpeng Pior ni. Sesiapa yang nak ambik katering air ni untuk majlis apa-apa, boleh contact nombor kat banner tadi okay.







XOXO,
Putewi Hensem