Friday, January 29, 2016

BEAUTY - Outlet MISSHA Pertama di Malaysia !



Assalamualaikum...


Sebenarnya kan, Nisa patut update mengenai pembukaan outlet Missha yang pertama di Malaysia ni lama dah.. Tapi entah macam mana boleh lupa pulak haiiihhh !!! Teruk betul ingatan Nisa lately... asyik lupa itu lupa ini. Kadang-kadang dalam bilik dah ingat nak pergi ambil something kat dapur, sampai dapur je lupa dah. Haha kalah orang tua haih !



Baiklah.. hari ni Nisa nak berkongsi kepada semua pembaca mengenai pembukaan outlet MISSHA yang pertama di Malaysia.. Masih ada yang tak kenal brand Missha ni ke ? OMG. Haha okay gurau je.. Missha ni merupakan jenama kosmetik dari Korea.. kiranya seangkatan jugalah dengan jenama-jenama Korea yang lain yang biasa kita dengar dan kenali. Missha ni best jugak, Nisa pernah pergi outlet Missha di Korea.. memang menarik produk-produk mereka. Ni dorang dah pun bukak outlet mereka yang pertama di Malaysia yeahuu !






Yeayyy ini dia outlet MISSHA yang pertama di Malaysia. Lokasinya di Sunway Pyramid, Selangor. Memang best lah bukak di Sunway.. sebab kat sana memang ramai orang, lagi-lagi weekend.. Fuhh memang penuh manusia kat mall ni.. Banyak jenama besar pun mesti ada outlet kat mall ni. Kiranya strategik jugak lah...






Entah macam mana Nisa boleh pulak lambat sikitttt sampai ke Sunway Pyramid. Nisa nak masuk lane untuk Touch N Go sebab Nisa nak parking kat kawasan Preferred Parking. Tapi boleh lak guard tak bagi, dia suruh Nisa ambik tiket biasa, 

Isshhh geram pulak ! Tak pasal-pasal dah bazir masa duk cari and tunggu parking. Tapi settle je dapat parking, Nisa berlari-lari tau pergi ke flagship store Missha ni ! Haha macam-macam la kan...








Antara yang menarik perhatian Nisa semestinya himpunan koleksi mekap dari Missha ni.. Yang best nya kami yang datang masa opening flagship store ni dapat voucher. Yeayyy dapat laa grab sikit produk Missha ni kann..







Prop gambar yang Nisa pegang ni kan one of Missha's best seller item. Kalau tak silap, dalam 15 top-selling Missha, M Perfect Cover BB Cream ni menduduki carta nombor 1 okayyy ! Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai produk ni boleh la uolss singgah di flagship store Missha di Sunway Pyramid !




Antara koleksi skincare oleh MISSHA.







Wahhh memang suka betul Nisa tengok himpunan jenis-jenis facial mask MISSHA niiii... Oh ya, pakai mask muka memang antara beauty regime Nisa. Kirenye must do la.. Dalam seminggu tu kompem dua tiga kali mesti pakai mask muka ! Muka ni kan kita duk pakai macam-macam jenis mekap.. So kena la jaga sikit depa, kasi manja-manjakan sikit kulit muka ni.. Hehehe..







Bersama blogger SABBYPRUE . Nak ambik gambar dengan baby girl dia, alololoo menangis lak dak kecik tu. Heheh next timeee...






Yang menariknya, semasa hari pembukaan flaship store MISSHA ni, mereka yang hadir layak mendapat complimentary makeover. Tapi Nisa datang event ni, masa tu dah siap mekap macam tepung gomak. Hahaha... so Nisa mintak dorang kemaskan kening Nisa yang macam hutan hujan Amazon ni hahaha... !






Thank you so so muchhhh for the invitation ! I love Missha.. ! Looking forward to come over again and shop many more products !






Sebelum Nisa akhiri entry ini... ini dia produk-produk yang Nisa grab hari tu... Ada liquid eyeshadow.. eyeshadow stick, browliner, concealer, lip treatment balm, dan ofcossss facial masks ! Haha... Yang pouch comel tu dapat free yeay ! So girlllsss.. jangan lupa singgah shopping di MISSHA, Sunway Pyramid okay !




MISSHA MALAYSIA FLAGSHIP STORE

LG1.39, Lower Ground 1,
Sunway Pyramid









XOXO,
Putewi Hensem

KESIHATAN - Clear Herbs Pati Herba Madu Bantu Turunkan Paras Kolestrol



Assalamualaikum...


Haa... nak tanya uolss ni, kita kan selalu mementikan kesihatan atau penampilan luaran.. Untuk kulit / rambut cantik sanggup kita berhabis untuk facial, salon, mekap, produk penjagaan kulit serta rambut.. dan macam-macam lagi lah ! Tapi kesihatan dalaman macam mana pulakk ??? Dalam pada sibuk menjaga yang luaran tu.. kita selalu abaikan kesihatan dalaman kita (yang melibatkan kesihatan organ dan sebagainya..)



Jangan ingat kalau kita "rasa" sihat.. kita dah sihat sebenar-benarnya ! Pernah tak korang pergi check kolestrol ke, simptom darah tinggi ke ? Haaa kolestrol tu pun bahaya tu ! Yang kurus macam Nisa pun mana tahu kandungan kolestrol sebenarnya tinggi kan ? Dah lah makan main langgar je, semua nak telan.. Apa-apa pun mencegah lebih baik dari mengubati kan... (Ewah ayat kau Nisaaaa..)






Haaa ini ada satu produk yang Nisa nak share dengan semua pembaca lah kan... Produk ni dah banyak Nisa tengok di serata laman media sosial ni.. produk PATI HERBA MADU keluaran Clear Herbs ni mengandungi bahan-bahan yang sangat-sangat baik untuk kesihatan dalaman !


Antara ramuan utama PATI HERBA MADU ni ialah..

  • Madu lebah asli 
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Jus Lemon
  • Cuka epal
  • Kurma



Kalau kita ni rajin la kan nak google satu persatu khasiat bahan-bahan di atas ni, mashaAllah banyak sangat tauuu khasiatnya.. Semuanya bagus untuk kesihatan tubuh badan dari hujung rambut ke hujung kaki tau !





So.. kenapa Nisa nak rekemen produk PATI HERBA MADU ni ??? Sebab lepas Nisa baca sikit info pasal produk ni.. Nisa dapat tahu antara kebaikan PATI HERBA MADU ni ialah...


  • Membantu menurunkan Kadar Kolesterol
  • Membantu membersihkan saluran jantung yg tersumbat
  • Membantu menurunkan Berat Badan
  • Membantu melancarkan process pembuangan
  • Baik untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis
  • Membantu membuang angin dalam badan




Perghh Malek Noor pun pengguna PATI HERBA MADU !



Antara info menarik mengenai PATI HERBA MADU ni kann... produk ni 100% asli TAKDE PENGAWET tauu ! Which is sangat bagus untuk kesihatan.. Ada jugak pengiktirafan GMP KKM dan halal... Harga ? Cuma RM69 untuk Semenanjung Malaysia.. Harga untuk Sabah Sarawak pulak RM79. Setiap botol tu kuantiti produk adalah sebanyak 250ml.




Ini merupakan antara testimoni daripada pengguna PATI HERBA MADU ni..










Untuk lebih info, dan banyak lagi testimoni, boleh lah rujuk link di bawah :


CLEAR HERBS Facebook Page : Klik link ini http://on.fb.me/1PEdIyP

Laman Blog :  http://patiherbamadu.blogspot.my/



Hubungi :  0192535796 / 0133627775 / 0125157396










InshaAllah.. jika ada yang sakit-sakit seperti yang Nisa senaraikan di atas, why not korang cuba dulu PATI MADU HERBA ni kan.. InshaAllah dengan izinNYA boleh membantu dengan masalah kesihatan tu... Hmmm Nisa pun terfikir boleh lah ni nak bagi mak dengan abah cube.. Hehehe..








XOXO,
Putewi Hensem

Friday, January 15, 2016

TUTORIAL SHAWL - Layer-Cross Style



Assalamualaikum...




Sesejak Nisa upload gambar dengan gaya tudung ini mesti ada seorang dua yang minta Nisa buatkan tutorialnya... Ada juga beberapa gambar lain yang mempamerkan Nisa mengenakan gaya selendang seperti ini. Ada masa pakai shawl saiz biasa, ada masa pakai shawl saiz lebar sikit.. Juga ada beberapa followers di instagram yang meminta Nisa melakukan tutorial bagi stail ini..








Bagi tidak menghampakan peminat (puihh perasannya!) Nisa buat jugak video tutorial untuk stail shawl ini. Hehehee. sebenarnya stail ini antara stail kegemaran Nisa sebab rasa macam ayu sangat jer bila mengenakan stail ini HAHAHA kemain ko ye Nisa !!!








Heee mudah kan.. Tapi video ni agak lama (3 minit lebih untuk satu tutorial rasanya macam lama) sebab Nisa nak tunjuk satu persatu secara perlahan cara nak pakai ni. Kang buat laju-laju kang marohhh lak Hik okay gurauuu !








Ahaaaa tiga minit lebih tu sebenarnya duk feeling-feeling depan kamera jahhh ! Haha mohon jangan kecam sis !







Baiklahh sampai di sini sahaja entry ringkas mengenai shawl tutorial ni. Mudah sangat laaa.. Haa bagi yang nak tampil agak berlainan untuk majlis atau acara tertentu boleh lah cuba tutorial ini atau cuba Gaya Shawl Ala Elfira Loy hahahah over tau tajuk ! 




Okay lah.. Selamat mencuba dan jangan jemu untuk terus mencuba agar dapat hasil stail yang anda inginkan dan juga yang sesuai dengan bentuk muka masing-masing ya ! Muahhhh !!




XOXO,
Putewi Hensem

Monday, January 11, 2016

OH MY GANU 2 - Alamak Cikgu Ayu nak kahwin dengan Henry ke Zizang ni???!!



Assalamualaikum...





Yeahh telefilem Oh My English kembali !! Rentetan daripada sambutan yang hangat telefilem Oh My Ganu yang menampilkan watak Zizan Razak sebagai ZIZANG - seorang pemuda kampung yang ingin mendapatkan Cikgu Ayu (lakonan Tiz Zaqyah), Oh My Ganu 2 kini akan bersiaran pada 12 JANUARI 2015 ! Kalau nak tahuuu.. telefilem Oh My Ganu 2 ni jugak sebagai episod finale Oh My English musim ini. Haaa dah nak tamat ke OME ???!! Oh myyy See Yew Soon ! Huwaaa. Ehh ehem,






Okay okayy.. dah kenapa tetibe Cikgu Ayu nak dengan si Zizang pulak kan kan kan ? So kisahnya dalam satu tragedi yang tak disangka-sangka... Cikgu Ayu mengalami kemalangan dan telah hilang sebahagian dari ingatannya (amnesia). Cikgu Ayu tak boleh nak ingat anak-anak murid dia, SMK Ayer Dalam.. dan paling mengharukan sekali, dia tak ingat pun siapa Sir Henry Middleton !


Alaaahaiii kesian sangat dengan Henry Middleton tau ! Dia berusaha untuk menjelaskan keadaan tapi Cikgu Ayu sukar untuk mengingat kembali. Keadaan bertambah kusut sebab si Zizang ni tiba-tiba muncul dan mengambil peluang di atas keadaan ini. Cikgu Ayu boleh pulak ingat kat Zizang sebabnya dia kenal Zizang dari kampung.






Henry dan Zizang mulalah berbalah nak merebut Cikgu Ayu. Anak-anak murid mereka - Jibam, Mazli, Zack, Jojie, Azlin dan See Yew Soon, turut membantu dalam usaha Henry Middleton untuk menawan semula hati Cikgu Ayu yang jelas sedang berbelah bahagi. Haaaa agaknya siapa lah kan yang bakal dapat Cikgu Ayu pada akhirnya ??









Sooo akhirnya bagaimana yaa ? Kahwin jugak lah kan Cikgu Ayu... Tapi dengan SIAPA ? Adakah ingatan dia akan kembali dan dia akan end up dengan Henry Middleton ? Atau dia menerima Zizang yang nampaknya tidak berputus asa langsung nak menawan hatinya ?






Istimewa untuk semua peminat OME.. anda boleh pilih !! Siapa yang anda nak jadi suami Cikgu Ayu pada akhirnyaaaa ! Adakah #TeamZizang yang akan mendapat Cikgu Ayu ? Atauuuu #TeamHenry akan berusaha keras untuk memastikan ada happy ending buat Henry dan Ayu ? Awww suwit sangattt !



So macam mana nak undi #TeamZizang ke.. #TeamHenry ni ???


LANGKAH 1 :
Boleh undi di laman web www.ohmyenglish.com.my

atau

LANGKAH 2 :
Gunakan hashtag #TeamZizang kalau anda sokong Zizang.. atau guna hashtag #TeamHenry kalau anda nak Henry yang akan kahwin dengan Cikgu Ayu. Gunakan hashtag ini di twitter ya ! Gunakan banyak kali !








Haaa nak cerita sikit lah... minggu lepas Nisa berkesempatan hadir ke majlis pelancaran, preview dan sidang media untuk telefilem Oh My Ganu 2 ni.. Ehemm so Nisa dah tengok la oops ! Haha pendek kata memang best OMG2 niiii !! Sebab watak-watak yang sangat menghidupkan jalan cerita ! Ada lawaknya, ada romantisnya.. dan sudah tentu ada pengajarannya.. Jadi jangan lupa undi #TeamHenry atau #TeamZizang okayyy !!!









XOXO,
Putewi Hensem