Wednesday, November 23, 2016

Shopping murah terus dari China dengan SGSHOP !




Assalamualaikum...

Hai semuaa ! Ada yang dah tengok video Nisa tak ? Alaa video yang shopping haul dari laman web SGSHOP tu laaa.. Begitu teruja tau Nisa menanti produk yang Nisa dah order terus dari China menerusi website ni haa.. Pernah dengar laman web Taobao tau ? Laman web Taobao ni membolehkan kita beli barang dalam kuantiti sedikit atau dalam erti kata lain, pembelian secara runcit (retail).. boleh beli satu-satu dan nikmati harga yang jauh lebih murah !

Tapi menggunakan website Taobao agak sukar kerana beroperasi dalam bahasa China yang memang tak paham la kan.. itu belum masuk isu nak buat payment atau nak cari forwarder untuk pos barang supaya selamat sampai ke tangan.. Haa tak payah risau dah sebab ada laman web SGshop Malaysia nii ! Jadi macam mana nak beli ?? Teruskan membaca yaa...






Haa Nisa kongsikan dahulu apa barang-barang yang Nisa beli haa.. Sangat teruja okay.. dan sangat sangat rambang mata nak pilih produk yang kita nak ... sebab laman web SGshop Malaysia ini menawarkan semua produk seperti yang kita tengok dalam laman web Taobao. Haa pendek kata di laman web SGshop Malaysia ni memudahkan kerja kita sebabnya dah payah nak translate satu-satu.. mudah nak cari produk dan urusan pembayaran yang mudah.




MENDAFTAR DI LAMAN WEB SGshop


1. Pergi ke laman web http://www.sgshop.com.my/

2. Klik REGISTER



3. Paparan seperti di atas akan muncul. Masukkan butiran anda

  • Alamat emel 
  • Username pilihan anda
  • Password pilihan anda
  • Nombor telefon anda untuk penghantaran kod pengesah.




Seterusnya, klik SEND CODE. Kod pengesahan akan dihantar ke telefom bimbit anda, masukkan ke kotak code tersebut dan klik REGISTER.

Kemudian, verification email akan dihantar ke alamat emel yang sudah anda daftar. Buka emel anda dan klik link yang diberi. Anda kemudiannya akan dibawa semula ke laman web SGshop Malaysia. Yess anda sudah sedia untuk membeli belah !





Sedikit info dan tips Nisa ingin kongsikan kepada anda.

  • Laman web SGshop Malaysia ni berfungsi lebih kurang macam "orang tengah" atau forwarder. 
  • Contohnya bila kita beli 10 barang dari 10 penjual (atau merchants / vendors), semua barang akan dihantar ke gudang SGshop di China. 
  • Untuk setiap produk yang selamat sampai di gudang SGshop, akan akan diberikan notifikasi menerusi sms / email.
  • Jadi masa memilih produk yang ingin dibeli, jangan lupa pilih produk yang kos China Express (domestic shipping) nya RM0.00 atau dalam erti kata lain percuma. (rujuk gambar di atas)
  • Jadi dengan cara ini, anda tidak perlu bayar kos pengeposan domestik, anda hanya perlu bayar harga barang-barang dan kos shipping ke Malaysia.




Bila dah pilih barang yang kita nak, then boleh check cart kita dan buat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit dan juga melalui konsep account balance




KONSEP ACCOUNT BALANCE.

Konsep ni sebenarnya mudah jee.. macam touch and go la jugak. Kita topup RM400, jadi kita ada akaun balance RM400. Bila kita nak beli barang (contoh di dalam gambar di atas), kita nak bayar tu boleh pilih untuk tolak jumlah bayaran dari account balance. So kalau pembelian berjumlah RM100 (belum termasuk kos pos ke Malaysia), jadi tolaklah RM100.. baki akan tinggal dalam RM300 dalam akaun anda. Haa paham dak ? Mudah je kan..




  • Di laman web SGshop Malaysia terdapat banyak merchants / vendor (penjual), jadi setiap barang yang anda beli mungkin datang dari penjual yang berbeza-beza.
  • Setiap produk anda akan dipos secara berasingan oleh setiap penjual ke gudang SGshop di China.
  • Kemudian pihak SGshop akan mengumpulkan semua produk anda, bungkuskan di dalam satu bungkusan besar dan hantar kepada alamat anda dalam satu parcel / package. Mudah sangat !

Jadi apa yang perlu anda buat ialah tunggu semua barangan anda sampai di gudang SGshop di China (setiap barang yang sampai di gudang, notifikasi akan dihantar kepada anda) dan seterusnya klik di kotak ALL dan klik Submit Delivery.




Haa lepas dah submit untuk delivery ke Malaysia, masa nilah baru kita perlu bayar kos shipping barangan tersebut ke Malaysia. Boleh ambil option yang paling murah iaitu "Sea Shipping", tetapi tempoh untuk sampai agak lama.. Jadi jika anda beli banyak barang, mungkin anda boleh ajak kawan-kawan lain beli sekali, pilih option pengeposan yang mahal sikit tapi lebih pantas... dan share kos shipping ke Malaysia. Amacam ? Jom share shipping ! Haha.


Kos shipping ini pun anda boleh tolak dari account balance anda atau bayar guna kad kredit. Jadi masa shopping tu berpada lah sikitt haha, tinggalkan sikit jumlah untuk bayar kos shipping ke Malaysia. Jadi, barang anda akan sampai dalam tempoh yang dianggarkan. Seperti yang anda lihat dalam video Nisa di atassss, haa selamat sudah semua barang yang Nisa order. Dihantar teruss ke depan pintu dalam keadaan yang baik !




Haa mari Nisa nak share sikit gambar produk yang Nisa beli ni. Wool coat yang warna biru tu Nisa sangat puas hati sebab kualiti bagus dan dapat beli dengan harga yang sangat murah ! Haa tak sabar nak pakai masa pergi bercuti nanti InshaAllah... harganya RM67.12 sahaja ! Haa biasanya wool coat tebal macam ni mahal kan ? Yang ini tak sampai seratuss !
  • Wool Coat (navy blue) RM67.12 : beli di sini
  • Yellow Outerwear - RM26.25 : link no longer available



Nisa beli juga dua helai tshirt lengan panjang untuk dipakai ketika hari-hari biasa. Haha takdelah nak pakai blaus je setiap masa kan. Kalau setakat tak pergi ke mana-mana atau memang duduk office je, memang tshirt sajalah jadi pilihan..





Haaa stiker ni sebenarnya banyakkk sangat pilihan dan banyak harga.. Nisa tak jumpa pulak link yang Nisa beli, sebab setiap sticker datangnya dari penjual yang berbeza-beza. Korang search je sticker kompem keluar segala mak nenek jenis sticker ! Memang jauh lebih murah. Nak untung sila beli banyak so boleh share dengan kawan ke, buat stok sendiri ke..




Ini antara barang yang sangat sangat Nisa nantikan ! Tak sah la kalau tak beli produk yang berkaitan dengan kosmetik dan kecantikan kan ? Nisa nak beli berus yang besar tu sebab murah sikit dan kat instashop ramai jual dalam RM40 lebih macam tu. Jadi nak murah, boleh share shipping. Jomm ! Haha..

  • Setting brush (small brush with pink holder) RM29.61 - beli di sini
  • Powder brush (big brush with silver holder) RM18.22 - beli di sini
  • Acrylic makeup organizer RM45.45 - beli di sini

Haa Nisa tahu ramai yang nak tanya macam mana nak beli makeup organizer tu., Siapa yang nak beli sekali bagitahu lah ye. Sebab Nisa memang nak shopping lagi di laman web SGshop Malaysia nii.. tak puas membeli ! Haha memandangkan barang Nisa banyak, so Nisa tak terasa sangat postage RM80 lebih tu.. sebab dari luar negara kan.

Lepas ni Nisa nak guna postage yang mahal sikit supaya barang pun sampai lebih laju. Tapi tu lah, nak tanggung sorang-sorang kos tu yang payah haha. Jom lah shopping bersama ! Gituu. Apa-apa pun, jangan lupa teruss daftar di laman web SGshop Malaysia okay ! 




LAMAN WEB SGSHOP MALAYSIA

FACEBOOK PAGE SGSHOP MALAYSIA

FOLLOW INSTAGRAM SGSHOP MALAYSIA 





NISA KAY.

7 comments :

Pika Azmi said...

best gak. bleh try ni.
kitorang salu order dari ezbuy nisa hehe

jom blogwalking nisa :)
https://pikazmi.wordpress.com/

cikpuanhady said...

menarik ni.. nanti boleh sign up..

jemput singgah blogshop, ada sale instant shawl..

http://mymodestycloset.blogspot.my/

Mama Idlan Irsyad said...

salam nisa, saya dah buka website tu.. ya allah.. boleh gila tengok barang-barang kat situ..haha..thanks for the info.. pasni boleh la order terus dari sana..

SYIFAA said...

kalau nk join post nk kira cmne eh?

Azwar Syuhada said...

Cantik coat warna biru tu, nanti beli tak tahu nak g mana pula.. ;P

Ain Syahirah said...

serius baju semua cantik2..lagi2 sy tengah cari cardigan..thanks kak nisa kay sebab perkenalkan website nie..harga dia pulak murah2 boleh tahan la..:)

Fifiy Pija said...

Hi sis..klau ikt sis nisa xpkai buy gor me n ship for me la kn? Confuse la sgt2