Thursday, November 3, 2016

Servis fotografi meletops dari Potiagraphy !




Assalamualaikum...


Haa lama dah rasanya Nisa tak berkongsi mengenai aktiviti Nisa sejak akhir-akhir ni.. Nisa kini kembali ke arena modelling haha ! Tapi Nisa buat secara freelance je la.. Bila ada masa, Nisa terima lah job.. kadang-kadang Nisa terima je job yang datang sebabnya rezeki kan.. sikit ke banyak payment tu lain cerita.. Yang penting, masih ada pihak yang sudi ambil Nisa jadi model. Alhamdulillah...


Baru-baru ini Nisa dilamar oleh sebuah syarikat laman web e-commerce ROOPAWAN untuk menjadi model kepada beberapa koleksi oleh vendor laman web terbabit. Haa pucuk dicita ulam mendatang orang kata.. dalam pada duk merindui musim-musim kegemilangan menjadi model muslimah dolu-dolu tuu, haa dapat pulak tawaran, terdahulu Nisa jadi model video klip untuk laman  ROOPAWAN  (boleh baca di sini).. 





Kerjasama antara kami diteruskan lagi dengan small project gitu.. dan photographer yang bertanggungjawab untuk hasilkan gambar letopss Nisa adalah POTIAGRAPHY. Haaa encik Potiagraphy ni merupakan rakan blogger Nisa jugak. Kira senang lah nak bekerjasama sebab dah kenal kan. Gituu..


Gambar-gambar di atas merupakan antara projek pertama bersama photographer Potiagraphy. Koleksi di atas boleh di dapati di laman web e-commerce ROOPAWAN ye... Haaa dahulu kami shoot biasa-biasa je, tapi abang Potiagraphy telah pun upgrade equipment portable studio beliau. Wowww makin letop haa hasil pic nya !



Huiii hipster sungguh Nisa rasakan bila memakai palazzo rekaan terkini ni. Sekarang ni banyak orang suka seluar palazzo / straight cut. Haa sopan pun ye, lawa pun ye jugakkk... Terus akak nampak letop dengan ketipan gambar dari abang photog Potiagraphy ni haaaa,,, korang ada ke nak shoot produk ke ? Shoot model outdoor ke.. InshaAllah abang photog Potiagraphy boleh laksanakan..



Haaa terus flawless muka sis ! Thank you Potiagraphy memang awesome gambarnya, letop-letop belaka.. Terasa macam zaman kegemilangan job modelling bertalu-talu dulu. Hahaa perasan la pulak kite !




Okay ini gambar personal ya.. saja suruh abang photog Potiagraphy amikkan. Haa i loiikkee this pic ! Lawanya diriku kurasakan ! Hahaha kemainnn. Meletops kan ! Haaa kot yang nak buat photoshoot kat butik sendiri tu, boleh je panggil abang Potiagraphy ni.. sebabnya dia boleh bawak equipment yang diperlukan untuk photoshoot.




Untuk servis photography (model / produk / event / tema) boleh contact POTIAGRAPHY okayy ??

Facebook : Potia Casadelarossa



NISA KAY.

4 comments :

Dik bee said...

wow.. letops la awak ni..

Hasif Hamsyari said...

Wahhh.. Abang Potia being featured! Tapi memang power hasil kerja Abang Potia!

Adam said...

Singgah sini sekejap.
Boleh ke?

renie cenderahati said...

Pakaian nampak amat modern. Mmg ade pasaran yang baju ni tentu digemari olh ramai gadis remaja utk pakai di badan mereka.