Tuesday, November 29, 2016

KL Fashion Night 2017 - 5 butik muslimah popular bergabung tenaga !



Assalamualaikum...

Lebih kurang minggu lepas, Nisa telah dijemput oleh pihak butik ByFatinSuhana (BFS) untuk menghadiri majlis pertunjukan fesyen yang bertempat di ibu kota. Asalnya hati ini bagai berbelah bagi nak pergi atau tidak. Ecewah ! Sebabnya.. Nisa nanti pening nak pakai apa, nak mekap macam mana, stail tudung lagi. Hhaha kemain runsingnyaaa mengalahkan orang nak kahwin !

Mengenangkan pihak BFS pun Nisa dah kenali beberapa lama sejak zaman famous di blog masing-masing lagi, Nisa berusaha memenuhi jemputan ke majlis tersebut. Oh ya, pertunjukan fesyen ini menghimpunkan 5 butik muslimah popular di Malaysia.





Malam pertunjukan fesyen tersebut digamatkan lagi dengan keletah dua pengacara majlis iaitu Nabil Ahmad dan Angah Raja Lawak. Wahh usikan yang dilontar masing-masing buat para jemputan tidak kering gusi. Namun bagi Nisa ada juga antara gurauan Nabil terhadap Angah kedengaran agak kasar.. lebih-lebih lagi kita sudah mahu memasuki tahun 2017 dah pun, jadi rasanya tidak perlu banyak sangat bergurau mengenai fizikal seseorang.. hmmm..




Pentas peragaan dipanaskan dengan pembukaan dari Leeyana Rahman, antara butik muslimah terkemuka dengan rekaan yang lain daripada yang lain. Pentas makin mendapat perhatian apabila pihak Leeyana Rahman menampilkan pelakon yang kian meningkat naik iaitu Mira Filzah sebagai final muse untuk memperagakan koleksi khas mereka. Lebih foto boleh lihat di laman instagram @leeyanarahman.co yaa..





Suasana diredakan sebentar dengan dendangan lagu Marry Me dan Berat oleh penyanyi yang berperangai comel, Mark Adam. Haha boleh tahun jugak sense of humor dia ni.. Boleh la cuit hati para jemputan sikit-sikit.. Gituu..




Jenama Elrah Exclusive pula mengambil alih pertunjukan pentas. Para tetamu dihidang dengan koleksi baru mereka yang rata-ratanya terdiri daripada pakaian bercorak. Koleksi khimar eksklusif mereka juga turut diperagakan. Nisa suka tengok khimar Elrah Exclusive ni... rasa nak beli lah satu ! Hikss,...




Seterusnya, pentas diserikan dengan persembahan dari Hafiz Hamidun.




Seterusnya persembahan fesyen oleh Galeri Nur Aishah.. turut diperagakan adalah koleksi telekung, jubah dewasa dan kanak-kanak serba abaya yang tidak kurang cantiknya! Haa macam dah berkenan dengan beberapa koleksi Galeri Nur Aishah nii. Boleh lah singgah ke butik mereka nanti !



A photo posted by BFS YEAR END SALE 🎉🎉 (@byfatinsuhana) on


Seterusnyaa.. koleksi yang Nisa nanti-nantikan sepanjang malam ! Semestinya dari ByFatinSuhana (BFS) ! Tengoklah koleksi yang di atas niii.. Sukanya tengok ! Jatuh cinta sangat sangat tauuu.. Motif yang menarik, kombinasi warna yang cantik sangat ! Haaa nak nakk. Hahhaa...




Menampilkan koleksi khimar dan juga jubah bercorak, BFS punya koleksi ni kan.. sentiasa menawan hati ! No wonder lah mereka mempunyai ramai peminat di seluruh negara. Team personal shopper mereka pun tangkass mengurus order dari peminat dari luar KL dan Lembah Klang. Haa ni kompem berebut semua nak memiliki koleksi baru dari BFS !




Sempat bersua muka dengan pengacara yang kian popular, Dayah Bakar ! Kini Dayah mengacarakan rancangan Jom Singgah di TV3.




Berlaga pipi bersama instafamous Elcah . Datang keseorangan uolss tanpa suami di sisi. Haha.. sebenarnya nak juga bertemu dengan Asyalliee tapi dia tak hadirkan diri pulak. Hmm apa konflik yang berlaku tak tahu lah. Ooppss. !




Ini punn susah nak jumpa adik instafamous sorang niii... hehe PrincessMeenie ! Asyik berjalan je kerjanya.. heheh..




Huiii ini dia usahawan muda dan juga instafamous yang menjadi kegilaan gegadis di laman insta.. Megat AD !! Haa tapi rasanya ramai yang kecewa sebab tunang beliau iaitu Tengku Alianna sangat cantik orangnyaa.. Haa nakal dak Megat AD ni, boleh pulak dia tanya kita mana mamat yang bercuti dengan kita ke Penang dulu. Eehhh!!!




Bertemu rakan laman maya yang dah lama tak bersua muka.. Rahim Azhari yang giat mengusahakan perniagaan seni kufi di bawah nama WadiKufi dan turut sama berganding bahu dengan insan tersayang beliau menguruskan perniagaan pakaian muslimah dibawah jenama WadiAdra ! Tahniahh tak lama lagi nak buka butik di Bangi ! Haa follow instagram WadiAdra untuk maklumat lanjut ya.





Ini pula doktor yang sentiasa cantikkk, Dr Alina ! Giler tak cantik, beliau aesthetician kot ! Haa nak kulit lawa, nak rawat kulit boleh ke mana-mana cawangan Estetika Medispa okayy ! Nisa pun suka ke Estetika Medispa haa.. kalau nak tahu macam mana pengalaman Nisa, nantikan vlog Nisa okay !





Gambar ihsan daripada photographer Teddy Daniel.  Sempat bergambar bersama rakan blogger kembar cantik manis Iena Mansor dan Ieda Mansor.




Last but not least.. jutaan terima kasih kepada founder BFS iaitu Puan Fatin Suhana sendiri kerana sudi menjemput Nisa ke majlis pertunjukan fesyen ni. Nisa sangat gembira dapat berada di hari bersejarah ni bersama-sama dengan jemputan lain, meraikan rekaan yang bagus-bagus dari butik ternama Malaysia. Tahniahh sekali lagi kepada Fatin dan team ByFatinSuhana kerana telah menjayakan fashion show ni !


Special thanks to my crime partner Yna Sakinah sudi teman kite ! Takde la awkward sangat haaa. Psstt kalau nak tau, Yna ni makeup artist terkemuka tau ! Follow instagram @ynasakinah kalau nak book untuk majlis anda tau !


#   #   #


Haa kalau di awal entry tadi Nisa duk pening pasal baju la, tudung la, mekap laa.. meh Nisa nak cerita sikit.. Tema pakaian pun smart casual, jadi Nisa cuma bergaya ringkas dengan blaus dan jeans berwarna putih, dilengkapi dengan tweed jaket berwarna hitam. Tudung Nisa pilih warna selamat tapi sedikit kontra iaitu warna seakan krim coklat cair macam tu.. Kasut pulak match dengan jaket, manakala mekap ringkas Nisa lengkapi dengan lipstick warna maroon, kasi match dengan handbag. Eh ! Haha boleh ke gitu ? Aduhaii, tibai je la dokk..


Nisa gembira sebab bertemu dengan ramai orang yang Nisa kenal, cuma tak berkesempatan nak ambil gambar sangat sebab masing-masing sibuk bersalam-salaman dan bertegur sapa dengan kenalan masing-masing. Haa lepas ni konfiden sikit dah nak pergi acara pertunjukan fesyen ! Hiks..




NISA KAY.

6 comments :

A'ishah K. said...

Bestnya dapat pergi event camniii.. nisa cantik sangat lah..

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

wah....bestnya..megat danish tu ida kenal die dari kecik..rapat sbb keluarga angkat...wah..comel tunangnya..

Nurul Syafiqa said...

Lalu Bangi Sentral haritu nampak signboard Nur Aisyah ni dah naik. Sebelah Elrah dan Leeyana Rahman. Banyaknya butik baru 😱 Goodluck and tahniah for all 🌹

Norliza Nordin said...

sonoknye dpt join aktiviti cenggini

Edda414 said...

pandai nisa makeup n dressup! love it=)

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik Nisa....wahh...bestnya Nisa dapat menghadiri event mcm ni....akak suka tengok dik Nisa yang cantik ni...