Wednesday, November 16, 2016

Honda All-New Civic yang Sporty dan Sleek ! ADUH JATUH CINTA !




Assalamualaikum dan hai !

Agak teruja Nisa nak kongsikan kali ini.. kerana entry kali ini semestinya berlainan dengan entry blog yang lain. Yesss hari ini Nisa akan bercakap mengenai K E R E T A ! Hahaaa serius la Nisa ni kan? Betul-betullah ni.. Kereta yang Nisa maksudkan ialah Honda All-New Civic ! Lebih menarik lagi Nisa dan beberapa rakan blogger lain berpeluang menikmati pemanduan kereta sedan ini selama 2 hari di sekitar Selangor.






Minggu yang lalu merupakan minggu yang sangat sangat sibuk buat Nisa.. alhamdulillah itu tandanya Allah sedang memurahkan rezekiNya kepada Nisa. Syukur sekali lagi.. tambahan pula Nisa berpeluang mengambil kesempatan untuk menyertai acara Blogger Drive di sekitar Selangor - spesifiknya dari Serdang ke Pulau Carey dan sebaliknya. Lebih mengujakan apabila kami mendapat info bahawasanya kami akan memandu kereta sedan terbaru dari Honda yang sedang hangat di pasaran iaitu The All-New Civic.





Apabila sudah ada di depan mata ni kan, segeralah Nisa scan luaran The All-New Honda Civic ni kan. Sungguhlah, kereta ini tampak lebih “fierce” bila dah tengok dengan mata kepala sendiri ! Namun begitu, imej garang Civic baru ini tidak sedikitpun menenggelamkan ciri-ciri sporty, moden, sleek dan “seksi” nya. Wahh sampai macam tu sekali kan ! 

Civic yang baharu ini didatangkan dengan rekaan muka depan yang memberikan ilusi kereta yang lebih rendah dan lebar. Namun pun begitu memang benar Civic baharu ini lebar dan rendah, secara tidak langsung mampu memberikan impak kestabilan yang lebih apabila memandunya. Ewahhh macam profesional je kan Nisa ni ???






Baiklah.. kita beralih kepada pengalaman pemanduan ya.. Sebagai pemandu kereta kompak, memandu sebuah sedan semestinya memberikan pengalaman yang berbeza dan unik secara keseluruhannya. Kagum dengan rekaan dalamannya, Nisa mula-mula sekali jatuh cinta dengan kemasan tempat duduknya yang terdapat dalam dua variasi iaitu kerusi dengan material kulit dan juga dengan material seakan kain. 





Rekaan kerusi seumpama kereta sport juga mendapat tempat di hati Nisa. Kerusi pemandu juga dilengkapi dengan butang pintar yang mana akan memboleh pemandu mengubah tempat duduk ke hadapan atau kebelakang dan juga adjust bahagian sandar dengan menggunakan hanya satu butang itu sahaja.





Baiklah sebelum Nisa pergi lebih jauh dengan pengalaman peribadi Nisa memandu dan mencuba-cuba feature menarik lain di dalam Honda The All-New Civic ini, mari Nisa senaraikan beberapa fakta dan juga informasi mengenai kereta ini :
  • The All-New Civic yang baru sahaja dilancarkan pada sekitar Jun 2016 merupakan Civic generasi ke-10.
  • Civic generasi baru ini menawarkan nilai “D-Segment” pada harga “C-segment”.
  • Binaan The All-New Civic ini memfokuskan kepada “dynamic performance”, efisien, rekaan yang bergaya dan juga kuasa.


HONDA THE ALL-NEW CIVIC (10th Generation)
  • Antaramuka terbaru dengan paparan 7-inci
  • Remote Engine Start
  • Walk Away Auto Lock
  • Electric Parking Brake
  • Auto Brake Hold

Ciri-ciri keselamatan yang turut melengkapi The All-New Civic adalah seperti berikut :
  • 6 Beg Udara (Dual Front Airbags, Side Curtain Airbags & Side Airbags)
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • ISOFIX






Baiklah.. diharap para pembaca semua masih meneruskan pembacaan sebab Nisa sangat teruja nak tunjuk pada kalian mengenai ujian Vehicle Stability Assist (VSA) yang kami para bloggers lalui. Diingatkan bahawa ujian VSA ini dilakukan oleh pemandu profesional, kami bloggers duduk je muehehee..


Ternyata apabila kereta Civic ini dipandu pada kelajuan tertentu, dan katakanlah ya berlaku kecemasan dan kereta perlu mengelak halangan dengan pantas dan dalam jarak dekat, ciri VSA inilah yang membantu kereta untuk kekal stabil dan selamat buat pemandu dan penumpang kereta. Ini bermakna kereta tidak akan terseret jauh dan melanggar apa-apa di dalam situasi cemas seumpama ini. Dan menurut pengalaman sendiri memandu The All-New Civic ini, ciri VSA ini juga membantu kereta untuk kekal stabil apabila tiba di selekoh tajam.






Sepanjang perjalanan kami menaiki The All-New Civic ini, pengalamannya sungguh lancar ! Smooth lah! Kabin yang lebih senyap, bahagian dalamnya juga dilengkapi dengan sistem kalis bunyi yang ringan. Secara keseluruhannya, Civic generasi ke-10 ini memberikan keselesaan optimum kerana pemanduan yang kurang gegaran yang ketara dan bunyi bising dari enjin mahupun dari luar kereta. 





Hmmm.. apa lagi yang Nisa suka mengenai Honda The All-New Civic ni ya ? Oh ye, Nisa suka ruang luas bahagian dalam kereta dan juga bonet ! Sesuai juga ni kalau nak bawa keluarga dan rakan-rakan untuk perjalanan jauh. Bila dah kurang gegaran dan bunyi, semestinya kita lebih selesa untuk pemanduan yang lebih jauh dan lama kan… Bonet yang luas pun membolehkan kita membawa lebih muatan jika travel beramai-ramai. Gituu. Ini masukkan orang pun boleh haha.




Oh yaa.. antara fungsi pada kereta yang Nisa sering gunakan ialah pemain lagu. Barulah enjoy memandu bila dengar lagu kan ? Pada Honda Civic baru ni terdapat fungsi sambungan “Apple Car Play”, khusus untuk pengguna iPhone. Mudah je, sambungkan telefon pintar ke port USB tersedia, kemudian paparan untuk Apple Car Play akan terpapar. Melalui sambungan ini, kita boleh mainkan muzik dengan mudah, menjawab dan membuat panggilan menggunakan Siri dan banyak lagi. Best kan !






Pada stereng The All-New Civic ini juga terdapat pelbagai butang pintas untuk pelbagai fungsi. Contohnya butang kawalan audio. Volume audio boleh diselaraskan dengan hanya menyentuh butang tersedia, dan cuma gerakkan jari ke atas atau ke bawah untuk menguatkan atau memperlahankan audio. Mudah sangat ! Dah tak payah nak tekan tekan gituu.. Paparan pantas dan ringkas juga akan muncul di bahagian meter di hadapan pemandu. Haa canggih lah ! 





Baiklah.. sekarang Nisa nak ceritakan sikit mengenai pengalaman memandu kereta Civic 1.5 Turbo okay. Nak cerita sikit je ni haha, sebabnya kalau nak cerita banyak, tak reti pula bagaimana nak ekspress dalam bentuk perkataan. Gitu.. Okay macam ni, walaupun hanya 1.5 (berbanding 1.8), Civic Turbo ini mampu memberikan lebih kuasa untuk tujahan kelajuan tanpa memberikan kesan ketara pada pemandu. 


Kan bila kita tekan minyak kita rasa “tertarik ke belakang” kan ? Haa Civic 1.5 Turbo ni mengurangkan efek tersebut, terus menjadikan pengalaman memecut lebih lancar. Reka bentuk kereta yang mempunyai ciri aerodinamik juga seakan membenarkan kereta dipandu lancar membelah angin. Ewahhh macam novel pulak ayat Nisa keh keh keh..





Dah test waktu siang, kite test pulak pada waktu malam okay? Baiklah.. antara perubahan ketara yang turut dibawakan kepada The All-New Civic ialah rekaan lampu depan dan belakang nya. Pada Nisa, paling obvious is the back light lah. Rekaan lampu merah yang tampak lebih moden dan futuristisk berbanding lampu yang biasa. Pada mata Nisa lah kan, lampu yang baru ini lebih terang dan nampak mewah. Haa tak tahu lah kot pada mata orang lain nampak berbeza ke kan..




Lampu hadapan turut diubah daripada lampu konvensional berwarna kekuningan kepada lampu LED warna putih yang lebih menjimatkan tenaga dan tidal lagi memerlukan bulb yang besar dan mahal. Namun pun begitu, menurut Honda, lampu putih pada Honda Civic yang baru ini tidal menyakitkan dan menyilaukan mata buat pemandu dari ara bertentangan. Capaian lampu hadapan pada mode High Beam juga lebih jauh dan tidak begitu tinggi hingga mengganggu pemanduan orang lain. Waahh gituu.



SENARAI HARGA HONDA THE ALL-NEW CIVIC


  • 1.8 S - RM113,800
  • 1.5 TC - RM 127,800
  • 1.5 TC-P - RM135,800

(Semua harga yang dinyatakan di atas merupakan On-The-Road price dan termasuk GST)



Baiklahhh.. nampaknya sampai sudah di penghujung blogpost mengenai pengalaman Nisa memandu kereta Honda The All-New Civic ni. Rasa macam tak puas pula dapat pandu sekejap-sekejap. Haha amboi tak bersyukur sungguh ! Dua hari tau dapat feeling madam kereta sendiri... hehehe... Terima kasih ye Honda ! Sesiapa nak merasa bawak The All-New Civic ni boleh hadir ke bilik pameran Honda berdekatan anda untuk sesi pandu uji dan semak dengan jurujual mengenai fungsi-fungsi lain kereta Civic ni okay..





NISA KAY.