Tuesday, October 11, 2016

TRAVEL | Nisakay Ke Kyushu, Jepun : Hidangan Halal Jepun !




Assalamualaikum...

Istimewa blogpost ini akan menceritakan mengenai MAKANAN sahaja !! Yaaa.. makanan.. seringkali makanan menjadi isu utama apabila nak travel.. Lebih-lebih lagi kalau penduduk kawasan tersebut bukan majoriti Muslim. Tapi jika anda ingin melawat ke Kyushu khususnya, Jangan gundah-gulana ! Kerana dalam blogpost kali ini Nisa akan berkongsi senarai kedai makan dan makanan sepanjang kami di Kyushu.





◊ HARI PERTAMA ◊


Selepas tiba di lapangan terbang, kami terus menuju ke Hakata Station untuk menaiki Shinkansen Train menuju ke Kagoshima. Tapi sebelum itu, kami singgah di sebuah kedai yang menjual Bento dan juga Onigiri. Untuk membeli makanan di sini, anda hanya perlu bertanya jika seafood bento mereka mengandungi miring/sake (alkohol). Jika tidak, okay cun dah boleh beli !




Sementara yang lain memilih bento sebagai juadah tengahari, Nisa senang memilih Onigiri Salmon untuk memenuhkan perut yang lapar ! Okay sebenarnya Onigiri tu sedap sangat. Menyesal pulak tak beli lebih, hahaaa... !



Sementara makan malam pula, kami makan juadah buffet di hotel kami iaitu Ibusuki Iwasaki Hotel. Seperti biasa, anda hanya perlu mengelak dari mengambil daging dan makanan yang mengandungi bahan-bahan alkohol. Untuk makan malam, Nisa ambil pasta, udang dan sedikit salad.



◊ HARI KEDUA 


Setelah mengunjungi Chiran Peace Museum dan Chiran Samurai Residence (baca kisah hari kedua di sini), kami ke Restoran Chiran Paradise yang terletak berhampiran dengan Chiran peace Museum untuk makan tengahari. Nisa sangat sangat teruja ! Kenapa ? Sebab makanan mereka meriah sangat, rasa macam meraikan sesuatu festival je. Sangat menarik dan banyak.




CHIRAN PARADISE RESTAURANT
  • Lokasi : Chiran-cho, Kyushu City, Kagoshima
  • Hubungi mereka : +81-993-83-3211
  • Hidangan kami : Kanpachi (Greater Amberjack), Tempura, Green Tea Buck Wheat Noodles, Rice, Soup
  • Harga hidangan kami : 1620 yen
  • Nota : Makanan halal perlu ditempah terlebih dahulu. Sebelum hadir ke restoran, hubungi mereka dan nyatakan "Muslim Friendly Meal" untuk menempah.



Untuk makan malam pula, kami menuju ke pusat bandar Kagoshima pula untuk makan malam. Kali ini kami makan di restoran ramen Jepun yang mesra Muslim. Syukur alhamdulillah mereka ada menyediakan menu makanan Halal yang boleh kita pilih tanpa ragu-ragu.



Bagi yang mungkin tidak gemarkan makanan pedas atau yang membawa kanak-kanak, boleh lah order Soy Sauce Ramen yang tidak pedas langsung.. Manakala untuk Spicy Ramen, anda boleh memilih tahap kepedasan seperti yang tertera di menu.

MENYA KIRIN RAMEN RESTAURANT
  • Alamat : 1-10-5-2F Kamoike City, Kagoshima
  • Hubungi : +81-99-204-7331
  • Menu : Japanese Ramen Noodles (Spicy & Soy souce)
  • Harga : Bermula 800yen hingga 1500yen



◊ HARI KETIGA 


Perjalanan dari Kirishima Shrine tadi memakan masa beberapa jam jugalah kerana kami terus ke Kumamoto. Tiba di Kumamoto, sudah tiba pula waktu makan tengahari. Ini bahagian yang aku suka sangat sepanjang trip ni. Bab makan ! Kami sering dihidang dengan masakan tempatan yang enak-enak hinggakan apabila tiba waktu makan, seolah ternanti-nanti pula !




HIMAWRI TEI RESTAURANT
  • Alamat : 1880-2 Yaguro-cho, Hitoyoshi, Kumamoto
  • Hubungi : +81-966-22-1044
  • Menu (overall / detailed) : Pickled Vegetables, Tempura, Chawanmushi, Rice, Local Soup, Mayonaised paste, Yogult
  • Harga : 1620 yen
  • Tempahan makanan : Prior to visit, request the "Muslim Friendly Meal"


Credit to our tour guide, Mr Ryoma for this picture !
Bila senja mula berlabuh, perut pun dah lapar setelah bersiar-siar di sekitar kawasan hotel. Uniknya restoran kali ini, ruang-ruang makan terletak di tingkat bawah restoran. Terdapat beberapa bilik dan setiap bilik boleh memuatkan hingga 6 orang dalam satu masa. Makanan pula dihidang satu demi satu.



HIGO NO JINYA RESTAURANT
  • Alamat : 1-5-20 Shitadouri, Chuo War, Kumamoto
  • Hubungi : +81-96-211-1414
  • Menu (overall / detailed) : Marinated Vegetables, Sashimi, Salad, Grilled Halal Chicken, Tenpura, Cooked Vegetables, Rice, Desert
  • Harga : 3000yen
  • Tempahan makanan : They have a separate "Muslim Friendly" Menu



◊ HARI KEEMPAT 


Selepas berkunjung ke Wakuwaku-Za di Kumamoto Castle, kami dibawa ke Nikko Hotel. Haa biar betul driver ni turunkan kami di Nikko Hotel ? Rupa-rupanya disinilah lokasi makan tengahari kami. Wahh bukan selalu ni dapat makan tengahari fine dining ! Haa tiba-tiba masuk watak datin pulak !



Makanan boleh ditempah terlebih dahulu, sila maklumkan dengan jelas bahawa anda memerlukan makanan yang "Muslim Friendly" dan maklumkan juga bahawa anda tidak boleh makan daging / ayam / daging burung dsb. Bukan apa, risau nanti terdapat salah faham pula ketika menu sampai. Kerana pada pemahaman mereka "halal food" merupakan makanan yang bukan "pork" dan "tidak mengandungi alkohol" sahaja.


LES CELEBRITES @ NIKKO HOTEL
  • Alamat : 2-1 Kamidouri, Chuo Ward, Kumamoto
  • Hubungi : +81-96-211-1663
  • Menu (overall / detailed) : Full Course Menu
  • Harga : 3800yen
  • Tempahan makanan : Prior to visit request the "Muslim Friendly Meal"



Selepas kami menghabiskan waktu cuci-cuci mata, bila dah penat jalan-jalan (tak membeli pun), maka laparlah perut kan. Haha.. Kami ke restoran makanan halal yang menyediakan hidangan ala pakistan. Kalau order nasi macam kat dalam gambar, boleh kongsi dua orang agaknya kalau jenis tak makan banyak. Portion makanan agak besar dan mengenyangkan.


NABI-SAN RESTAURANT
  • Menyediakan hidangan Pakistani dan halal.
  • Alamat : 6-11-37 Hakozaki, Higashi Ward, Fukuoka City, Fukuoka
  • Hubungi : +81-90-4484-4020
  • Menu (overall / detailed) : Biryani Rice & Etc
  • Harga : 900yen - 1600yen
  • Tempahan Makanan : Restoran halal sepenuhnya





Sekian.... tamat sudah perjalanan Nisa ke Kyushu, Jepun. Alhamdulillah it was so much fun ! We had good laugh, good food and good places during these 5 days ! Syukur sangat sangat kerana berpeluang menjejakkan kaki lagi ke negara matahari terbit ni. Tak tahu macam mana nak ekspreskan rasa tu.. Teruskan membaca blog Nisa dan layari laman web Japan National Tourism Organization untuk lebih info mengenai tempat-tempat menarik sekitar Jepun ya !



NISA KAY.

41 comments :

JACOB ORAM said...

This is awesome, i love it..

anumuchan said...

wah besnyaaa..rindu jepun..huhuu

munirah mansor said...

Bila tengok makanan jepun nampak sedap tapi saya sendiri belum tentu dapat makan. Yela tekak tak biasa

Raihanah Ahmad said...

teringin nak ke jepun. kalau ada rezeki boleh pi tahun depan

Puan Deeba said...

Kite ni entah bila la dapat ke jepun.. dalam mimpi agaknya..

Ahmad Fauzi Aryaan said...

Just membayangkan kalau aku berada ditempat ko. mesti rindu nasik lemak sambal kerang. huhuh

Nisa Kay said...

@JACOB ORAM thanks !

Nisa Kay said...

@anumuchan tu lahh nisa pun dah rindu dah ni

Nisa Kay said...

@munirah mansor bila di negara org jgn ikutkan sgt tekak x biasa tu. mana kan dpt yg sebijik2 di malaysia. that's the beautiful thing of travelling.. dpt merasa makanan dorang :)

Nisa Kay said...

@Raihanah Ahmad amin.. moga2 awak ada rezeki ke sana ya

Nisa Kay said...

@Puan Deeba heheh kalau ade rezeki inshaAllah nanti DIA bagi :)

Nisa Kay said...

@Ahmad Fauzi Aryaan hahah seminggu je punn kat sana, bukannya dua tiga tahun bang fauziii

Mohd Shahril Fawzy said...

When it comes to Japan, makanan diorang is always something to look for!
Onagiri was my favourite. Boleh makan untuk breakfast, lunch and dinner.

But haven't tried bento style lagi. Maybe kena repeat lagi Osaka Trip II? LOL!

Nisa Kay said...

@Mohd Shahril Fawzy DEFINITELYYYYY!! :D

namia cinta said...

ada yang kata travel ke jepun susah nak dapat makanan halal tapi bila ada entry macam ini memudahkan sesiapa yang nak travel ke jepun nampak nya

NUR RAIHANAH said...

Menyelerakan sungguh makanan-makanan kat sana. Teringin nak rasa onigiri tu!!

Safarina Shaari said...

Tahun dpn akak pi sana ni.. Tp pi osaka je.. Tak sabaq nk merasa makanan dorg ni... Slalu mkn sushi king je kn.. Nnt nak rasa udon dorg lah... Mesti sedap kan...

Giveaway Blog said...

dlm foto pun dah boleh rasa kesedapan makanan tu. yg penting halal.

Mardiah Diana said...

Tengok makanan jepun teringin nak makan juga tapi tak tau bila lah dapat merasa makanan jepun ni ya....hihi

Ayumieka said...

ini yang paling di nanti2... makanan!!!! bila tengok variasi makanan macam tu takde la kita fikir jepun ni ada sushi je... hmmm 4-5 kali scroll atas bawah... mujur tak jilat screen je.. haha.. gurau2 je..

Nurafiqah Nazeha said...

Tak susah cari makanan halal. Memang terliur tengok semua makanan especially bento hari pertama dan spicy ramen tu. Pasni ke sushi king la cari sushi dan bento hee. Thanks for sharing your experience Nisa!!

Radhia Razali said...

Semua nampak sedap..Paling suka tengok Bento.nampak macam colurful sangat dalam satu bekas tu.

Nur Alynnda said...

Tgak makanan kat jepun ni, teringin nak makan jugak..hihi pelbagai variasi makanan ade di jepun

nor amizawati said...

Sedap btol mknn kt sne.. Ade mcm bento..untung kak nisa dpt jmp byk mknn halal kt sne..

Lyna Na said...

Semua nampak sedapppppppppp kak nisaaa! Kita ni dahla peminat makanan jepun. ya rabbi hope dapat merasa makanan jepun dr air tangan orang jepun sendri. Doakan lyna okee

Haryani Malik said...

As salam nisa,wah...nisa tunjukkan makanan2 jepun ni,teringin pulak nak mkn hihihi,lebih2 lagi bila nisa kata onigiri tu sedap sngt..dah smpi ke anak tekak dah ni hahaha...dan akak teruja sngt tngk makanan di Higo No Jinya Restaurant,makanannya sungguh bnyk dan cantik2...hihi

merak ms said...

surprised sebab banyak menu makanan dalam trip Nisa.., tapi tekak melayu ni tak dapat nak hadam makanan jepun especially sushi. tapinya favorite makanan kat Jepun semestinya nasi kepal. bila tengok vlog Nisa jadi rindu nak ke Jepun lagi sebab udara nyaman nya kat sana huhuhu

Nurzaireen Hanaany said...

kalau pergi ke negara orang mestilah nak merasa makanan mereka kan..a very useful post.. ok done baca semua post.hehehe..

Saidatul Husna said...

part 4, OMG Nisa terliur tengok semua makanan-makanan jepun nie.. macam-macam jenis rupa n rasa, sangat unik.. tetap mengekalkan tradisi Jepun, pelbagai aneka warna, memang menarik perhatian pelancong dengan variasi makanan orang jepun nie.. sushi, noodles and especially Ramen memang sangat membuka selera.. bagi peminat makanan Jepun nie, kyushu mungkin boleh jadi salah satu tempat untuk dilawati.. saya yang belum pnh makan sushi pun rasa-rasa dh tringin nak makan, ahhahahahha..

jelly bean said...

Konichiwa !!! tips bagus jugak kena tanya bento ada sake ke tak...

Lina Suhaili said...

Wow makanan semua nampak sedap :) Selain shopping , makanan lah yg paling disukai masa travel..

Mrs FaRa said...

makanan japon nampak sedap... harga pon boleh tahan... kene saving lebih kalau nak kesana... :D

Nur Sabrina said...

Nabi-San Restaurant tu dia punya makanan macam ala-ala arab gitu haha..Terliurnya tengok :p

syuha zulkifli said...

Terasa lah kat tekak ya tuhan selalu makan bento kat shushi king ja haha. Meriahnya semua foods, btw ada beza ka kak nisa ramen korea dgn japan?

Mrs. A said...

Semua food yang Nisa pilih nampak sedap-sedap.

Nana Nani said...

Terliur plak la tgk nisa mkn

nor nazliana said...

banyak juga noh makanan halal kat jepun tu..terliur la nisa..akak tgk pic2 di atas tu..

yana othman said...

kejamnya im drolling baca lyn blog kau ni.😠 Yang nak p jepun tu boleh rujuk blog nisa je πŸ’πŸ’

Adiera Johari said...

lagi teringin nak pergi makanan halal ada dekat jepun

Mar Mansor said...

macam cantik sangat presentation makanan...terliur tengok sedap-sedap..ikan tu..hehe

Atikah Zameri said...

SEDAPNYAAAA.. LAPAQQ TT