Monday, October 10, 2016

TRAVEL | Day 3 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun




Assalamualaikum..

Konichiwa !! Wahh feeling gadis Jepun sangat Nisa tau ! Hahaha... Untuk hari yang baru ni, selepas sarapan dan check out dari hotel, terus kami ke lokasi seperti tertera di atas. Sungguh luas dan cantik senibina Kirishima Shrine ni ! Okay sedikit kisah mengenai Kirishima Shrine ini... 

Kuil-kuil dahulunya dibina untuk memuja gunung dan amalan ini bermula pada abad ke-enam lagi. Asalnya, Kirishima Shrine ini terletak di kaki gunung Takachiho-no-mine yang dianggap suci namun kerap kali ia musnah di dalam kejadian letusan gunung berapi. Justeru, lokasi kuil ini dipindahkan ke lokasi kini. Pembinaan semula dilaksanakan pada 1715 dan telah diiktiraf sebagai "Important Cultural Property of Japan" - (Sumber : laman web JNTO)





Bagi pengunjung tempatan yang datang ke sini untuk berhajat, biasanya mereka akan membersihkan kaki, tangan. berkumur sebelum masuk ke dalam kuil. Memandangkan Nisa cuma datang untuk menikmati keindahan senibina dan budaya orang Jepun, maka tidak lah Nisa nak membasuh kaki tangan beria-ria.. Bukan nak masuk ke kuil ye dak ? Haha.. Tapi memang segar kalau basuh muka guna air ni, sejuknya.. Air gunung kah ?





KIRISHIMA SHRINE

  • Kuil yang dibina dahulunya untuk memuja gunung. Orang dahulu kala percaya gunung-gunung adalah tempat suci.
  • Setiap kuil pasti mempunyai sebatang pohon lama yang sangat tinggi dan besar, dan ia dianggap pohon suci.
  • Alamat : 2608-5 Kirishima-taguchi, Kirishima City, Kagoshima
  • Caj masuk : Percuma 
  • Terdapat kedai di luar kawasan kuil. Kuil terletak di kawasan tinggi, angin dan suasana sangat nyaman jika cuaca baik.
  • Terdapat review mengatakan anda perlu elakkan musim tahun baru kerana kuil ini akan dipenuhi oleh pengunjung yang ingin berhajat.




Satu lagi tarikan di Kumamoto ialah river cruise. Haa bukan cruise mewah kapal empat belas bintang ya. Pengunjung berpeluang menaiki bot tradisional yang tidak menggunakan enjin ! Yaa bot ini hanya ditolak menggunakan kemudi kayu yang berada di hujung dan di depan bot. Unik bukan !




KUMA RIVER DOWNSTREAM EXPERIENCE
  • Menikmati pemandangan di sepanjang Kuma River sambil menghirup udara segar dan menyentuh permukaan air yang sejuk.
  • Tiket boleh dibeli di kaunter dan pengunjung perlu menunggu waktu yang ditetapkan untuk naik ke bot.
  • Tiket boleh dibeli secara berkumpulan.
  • Perjalanan memakan masa selama 1 jam.
  • Terdapat bahagian sungai yang agak deras dan cetek jadi ada masanya bot akan bergoyang-goyang mengikut arus.
  • Selamat dinaiki oleh kanak-kanak juga.


Pic credit to : Lan Careno
Air sungai yang tenang dan sejuk, udara segar dan nyaman, pemandangan hijau di sisi sungai, waktu berkualiti bersama rakan blogger... Banyak perkara yang menjadikan trip ini lebih bermakna. Gitu.




SHOPPING ARCADE




Kalau nak tahu, di sekitar Jepun memang banyak shopping arcade seperti ini. Shopping arcade ini merupakan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Ada kedai serbaneka, Ada kedai jual baju, kasut.. kedai kopi.. kedai barangan kecantikan dan banyak lagi. Setelah check in hotel, kami masih punya banyak waktu sebelum makan malam. Sempat juga Nisa membeli-belah sedikit HAHA ! 


Kami akhiri hari kami dengan makanan yang sungguh meriah, sedap dan mengenyangkan. Seperti yang Nisa katakan tadi, seakan-akan ternanti-nanti pula bila tiba waktu makan. Makanan Jepun bukan sahaja sushi dan udon tau ! There are more than that ! Makanan mereka pula banyak berasaskan nasi, sayuran dan makanan laut. Jadi takde masalah untuk kita makan. Baca blogpost khas mengenai hidangan Jepun di sini ya!





Stay tuned untuk blogpost seterusnya ! Terima kasih.



NISA KAY.

34 comments :

Nadia Johari said...

meriah tengok makanan dia

Nurul Baidurah said...

wahh..best nya jalan jalan..

Nisa Kay said...

@Nadia Johari meriahh sangat. kenyang pulak tu

Nisa Kay said...

@Nurul Baidurah alhamdulillah :)

namia cinta said...

meriahnya ... makanan pun nampak sedap ...

NUR RAIHANAH said...

Senibina mcm ni teringat pulak kat masjid melaka tu. Cantik...

Safarina Shaari said...

Hi nisa.. Akak lg ni... Hehehe....syok nyaa naik bot tu kan... Msti nyaman jee udara....

emma diana said...

cantik tmpat2 bersejarah nya best la

Giveaway Blog said...

x boleh ckp apa2 dah ni, besttttt!! hahaa

Mardiah Diana said...

Best tu dik Nisa naik bot tradisional menyusuri sungai tengok pemandangan sepanjang sungai..

Ayumieka said...

kalau saya kena naik bot mesti stress... sebab saya ni macam ada fobia sikit n mesti muka cuak.. huhu

Nurafiqah Nazeha said...

Bestnya naik bot kat Kuma River. Kyushu sangat menarik!

Radhia Razali said...

Tak apa tak naik cruise mewah pun..naik bot biasa tapi tengok permandangan cantik pun dah terasa macam naik cruise mewah dah..hehe

nor amizawati said...

Syokny naik bot...pakaian kak nisa warna pink myerlah gtew..hihi

Lyna Na said...

Naik bot + fresh air + nice view. How lucky you are kak Nisa!

Haryani Malik said...

As salam nisa,bestnya dpt naik river cruise di kumamoto,lagi best dpt naik bot tradisional yg tidak menggunaknan enjin,dpt bayangkan suasana disana...seronoknya

merak ms said...

pada pandangan nisa, dari aspek keselamatan untuk solo traveler ke Kyushu/Japan mcmana? nanti kalau ada peluang visit homestay Japan mesti lebih meriah ceritanya sebab tinggal dengan org jopun.anyhow Kyushu tempat yg cantik dan view yg menarik!

Nurzaireen Hanaany said...

for me the best part ofcos lah part shopping..hehehe..by the way naik cruise tu macam best ja..

Saidatul Husna said...

so excited tgok part 3 nie.. sgt suka part at Kuma River Downstream Experience, dpt tgok pemandangan cntik di sekitar kwsn sungai tu.. WOMAN, tak blh dipisahkan dgn shopping.. rambang mata tgok brg-brg tmpt Nisa shopping dgn shea tu.. sgt sesuai tuk kaki-kaki shopping especially me.....

Saidatul Husna said...

hi Nisa, apa khabar?? wowwww cantiknya semua tempat-tempat yang Nisa pegi.. teringin nak naik bot at Kuma River Downstream experience tu.. Di sepanjang deretan sungai tu, kita juga boleh menikmati pemandangan yg sangat cntik and hijau.. bersih anak mata tengok tau, hehehe..

Wowwww, WOMAN AND SHOPPING mmg xdpat nak berpisah.. saya pun jadi rambang mata tgok semua barang-barang tu.. Especially barangan mekap, i love mekap macam Nisa..

jelly bean said...

Konichiwa !!!

Lina Suhaili said...

Bestnya shopping arcade tu hihihi

Mrs FaRa said...

pengalaman nisa kesana best sgt fara baca... mana tahu fara boleh rujuk blog nisa bila nak kesana pulak kan...

Nur Sabrina said...

Kuma River Downstream Experience tu kalau pergi dengan big family atau kawan-kawan mesti best sebab satu jam! Hmm kalau Shopping Arcade pun best juga!...

syuha zulkifli said...

Oh river cruise tu just gunakan tenaga manusia ja eh, uniknyaaaa. Air sungai tu mashaAllah sangat lah jernih hm makin teringin nak travel ke sana :(

Mrs. A said...

Adoi!! satu jam naik bot boleh mabuk dibuatnya.

Nana Nani said...

Cruise tu the best part hope dpt g sana

nor nazliana said...

bestnya naik bott ..mknan kat sana mewah noh

aisyah humaira said...

Kuma River tu cantik,airnya jernih pulak tu..hmm kalau boleh snoorkeling lagi best..haha

yana othman said...

Bestnya pergi tempat org and tengok budaya diorang depan mata.

Mar Mansor said...

air gunung..mesti sejuk dan segar..
shopping apa la agaknya kat situ kan

Nurul Shamime said...

Salam kak gorjes *amekhatisikit* :P

Hotel Shiroyama tu terlatak kat atas bukit kat bandar Kagoshima eh? Mesti view dr hotel awesome gila kan. *droolling*
memang kuil kat sana semua dikelilingi persiktaran hijau ke? sejuk betul mata memandang. Kuil kat malaysia selalunya depan jalan raya jek (not condeming kuil kat malaysia, just saying hehe)
Kumamoto dengan ajinamoto benda yg berbeza tp best sebab bunyi moto moto kt belakang hahaha kalau sy(memang saya pun) pergi mana mana pon makanan lah benda paling menarik utk try selain drpd seightseeing. makanan tu awat nampak sedap sangat T______T

Nurul Shamime said...

*cakk*

ade pergi singgah makan kat kedai Himawri tak masa kat Kuma river?? tak salah makanan kat situ sedap!!!!

Kuma river tu dalam tak? KU-Ma-HU ke sana, please bring me there!! btw , ade cowok encem encem tak kat sana? :P

Atikah Zameri said...

Mesti barang2 kat shopping arcade tu kawaii kan? sukaa sangat japan dan korean fashion huhu eh baru teringat akak ad pakai baju tu kat gmbar insta kan? cantikkk~