Saturday, October 8, 2016

TRAVEL | Day 1 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun




Assalamualaikum..

Teruja dan sangat teruja pulak nak kongsi dengan kalian pengalaman Nisa menjalani trip bertemakan Muslim di Jepun. Bagi pembaca yang sudah mengikuti Nisa di Instagram, kalian mesti maklum yang mana Nisa sebelum ini sudah pun menjejakkan kaki ke Osaka dan Tokyo, Jepun. Untuk trip kali ini syukur alhamdulillah Nisa berpeluang ke Kyushu pula. Untuk kisah suka duka sebelum nak sampai ke Jepun ni, marilah tengok vlog Nisa (klik di sini).





"Kyushu adalah pulau ketiga terbesar di Jepun, terletak di barat daya pulau utama Honshu. Sebuah pusat awal tamadun Jepun, Kyushu menawarkan banyak khazanah bersejarah, bandar-bandar moden dan keindahan alam semula jadi." - (sumber : Japan Guide)


Kami tiba di Lapangan Terbang Fukuoka sekitar jam 8.15 pagi. Setelah selesai urusan imigresen, menyegarkan diri di tandas dan bertemu dengan pemandu pelancong kami, Encik Ryoma Miyoshi, kami terus mengambil teksi dan menuju ke Hakata Station. 




Tidak lama kami menanti di platform, keretapi berkelajuan tinggi Shinkansen datang menghampiri. Fuhh teruja la kejap dapat naik bullet train yang diperkatakan ramai tu.. Boleh rujuk balik peta yang Nisa sertakan di awal entry tadi untuk lihat laluan keretapi ini di Kyushu. 




KYUSHU SHINKANSEN : 
  • Tiket dari Hakata Station menuju ke Kagoshima-Chūō Station bernilai 10,450¥ 
  • Dengan menaiki bullet train ini, perjalanan biasa yang memakan masa hampir 3 jam dipendekkan menjadi lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja.
  • Suasana keretapi yang sangat selesa, luas dan bersih.
  • Tempat duduk yang besar dan sangat selesa, ruang kaki luas dan mempunyai tray hadapan..



Kami tiba di Kagoshima-Chūō Station dan terus menaiki kenderaan yang disediakan menuju pula ke Sengan-en Garden. Teruja sungguh kami disambut dengan budi bahasa dan senyuman manis pekerja di sini. Mereka sangat peramah dan berusaha berbual dengan kami menggunakan Bahasa Inggeris asas.




"Sengan-en merupakan sebuah taman tradisional Jepun yang menjadi warisan dalam kalangan puak Shimadzu selama lebih 350 tahun. Taman ini menawarkan pemandangan gunung berapi aktif Sakurajima, dan terdapat rumah tradisi yang memberikan gambaran gaya hidup dengan pegangan feudalisme yang kuat." - (sumber : www.senganen.jp)





SENGAN-EN GARDEN :
  • Waktu operasi - 8.30 pagi hingga 5.30 petang (dibuka sepanjang tahun)
  • Bayaran masuk - 1000¥ untuk dewasa dan 500¥ untuk kanak-kanak (7 hingga 15 tahun)
  • Bayaran masuk beserta pemandu pelancong - 1600¥ untuk dewasa dan 800¥ untuk kanak-kanak
  • Alamat : 9700-1 Yoshino-cho, Kagoshima City, Japan 892-0871
  • Jika anda check-in di Sengan-en Garden menerusi aplikasi Facebook, anda akan menerima free gift
  • Like Facebook page Sengan-en untuk informasi mengenai acara menarik yang akan datang
  • Berpeluang mengambil gambar berlatarkan gunung berapi Sakurajima
  • Mengandungi pelbagai lokasi menarik di sekitar taman yang luas ini (rujuk di sini



Setelah puas menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi di sekitar Sengan-en, kami teruskan perjalanan ke lokasi seterusnya. Namun begitu, segera kami minta pemandu memberhentikan van di look-out point tersedia untuk kami menikmati sedikit masa lagi pemandangan laut dan gunung berapi Sakurajima.


SAKURAJIMA 
  • Antara gunung berapi paling aktif di Jepun dan ianya masih aktif hingga ke hari ini.
  • Letusan terakhir berlaku pada 2013.
  • Masih ramai penduduk kampung yang terdiri daripada petani dan nelayan yang tinggal di kaki gunung Sakurajima.
  • Sakurajima boleh diakses menaiki feri dari Kagoshima Port ke Sakurajima Ferry Terminal dengan kos tambang 160¥
  • Terdapat banyak tarikan di sekitar terminal feri dan sekitar Sakurajima.



Para pelancong boleh ke Sakurajima dengan menaiki feri. Di sekitar terminal feri di Sakurajima pun ada banyak spot tarikan pelancong. Untuk maklumat lanjut, rujuk di sini : Japan Guide : Sakurajima



Pic credit to : Emas Putih
Lokasi seterusnya : Kagoshima Masjed / Kagoshima Islamic Culture Centre




Walaupun populasi penganut agama Islam sangat kecil di Jepun, terharu rasanya perasaan ini bila lihat ada lokasi khas untuk mereka solat dan menjalankan aktiviti lain. Muslim di kawasan Kagoshima ini khususnya terdiri daripada warga Jepun, Malaysia, Arab, dan pelbagai lagi. Informasi lanjut mengenai KICC ini boleh ke laman web ini : KICC Kagoshima




Lokasi : Ibusuki Iwasaki Hotel

It's an early rest for everyone ! Alhamdulillah we went to our hotel for check-in, sand bath, dinner and sleep ! Haha. Uniknya hotel ini seumpama resort yang sungguh luas dengan pemandangan laut nan biru serta gunung berapi Sakurajima ! Hotel ini terletak di antara dua gunung berapi iaitu Sakurajima dan Kaimondake, jadi di dalam kawasan ini terdapat kolam air panas semula jadi untuk dinikmati pengunjung.




Sebelum makan malam, kami kunjungi pusat mandi pasir. Hahaha MANDI PASIR ? Yesss sand bath ye semua. Ini merupakan pengalaman Nisa buat sand bath ni, sebab tak pernah dengar mengenai sand bath ini. Kalau sum bath kat pantai tu tahu lah. Heheh.. Sand bath ini merupakan antara tarikan yang terdapat di hotel ini. Untuk lebih gambaran lanjut mengenai sand bath ini boleh tengok vlog di akhir entry ya.


SAND BATH @ IBUSUKI IWASAKI HOTEL
  • 30meter di bawah pasir ini terdapat kolam air panas semulajadi yang menjadikan pasir tersebut panas.
  • Cas untuk sand bath ialah 1000¥ 
  • Sand bath dibuka bermula jam 5.30 pagi hingga 11.00 malam.
  • Pengunjung perlu menukar kepada pakaian yang disediakan (seperti dalam gambar di atas), dan barangan anda boleh disimpan di dalam lokar yang disediakan.
  • Setiap sesi sand bath adalah selama 15 minit dan pengunjung boleh berendam di dalam kolam air panas, seterusnya membersihkan diri di bilik air disediakan.
  • Untuk senarai kebaikan sand bath ini, klik di sini





Terima kasih kerana sudi baca perjalanan Nisa di Kyushu Jepun ! Jumpa lagi di entry seterusnya !




NISA KAY.

53 comments :

munirah mansor said...

seronoknya kak nisa. lagi seronok kalau saya dapat ke kyoto

Haffizul Iskandar said...

wah! bestnya dapat pergi jepang lagi! hehehe.

tapi kenapa (klik di sini) tu tak boleh klik ya?

www.ceritaejoy.com

Nisa Kay said...

@Haffizul Iskandar sebab vlog nya belum siap. so belum ada link lagi. ade kesulitan sikit dgn video

Nurulfatin Adiana said...

bestnyeeeeee..cantik pemandangan sana

umi adam faris said...

bestnya dapat jalan-jalan...

Mawardi Yunus said...

bila la gamaknya berpeluang ke Jepun ni. Dari kecik kot teringin nak ke sini

Uncle Zuan said...

tak pe! tahun depan aku ke jepun!

sakura! kau tunggu aku datang melamarmu

Nisa Kay said...

@munirah mansor tu lah nisa pun belum ke Kyoto.. teringin jugak

Nisa Kay said...

@Haffizul Iskandar ok dah boleh klik dah haha

Nisa Kay said...

@Nurulfatin Adiana subhanallah memang lawa

Nisa Kay said...

@umi adam faris Alhamdulillah :)

Nisa Kay said...

@Mawardi Yunus InshaAllah one day Madiii. one day :D

Nisa Kay said...

@Uncle Zuan wah wah wahh ! kemain ko nih.

namia cinta said...

bestnya dapat jalan-jalan ke jepun.. jepun memang banyak tempat menarik untuk di lawatai .. lagi-lagi dapat naik bullet train tu lagi lh best nampak pun macam lebih luas dan macam laju je ..

emma diana said...

1stly jelous sangat sangat sebab kita xpernah g sana .
second, seriusly cantik sangat permandangan kat sana . nampak bersih sangat sangat .

comel je surau nya .

NUR RAIHANAH said...

Cantik sangat pemandangan kat sana. Bila laaa nak merasa p Jepun ni hahahaha

gulew kapas said...

wah seronoknyaa. dapat pergi Jepun. Lawa jugak pemandangan dekat kapal tu. semoga suatu hari nanti kite pun dapat merasa pergi Jepun :*

Safarina Shaari said...

Sand bath tu menarik sgt.. Tp akak ke osaka thun dpn.. X dpt nk merasa sand bath.. Apa pn kalau ada rezeki blg la try nnt ye dak... Pemandangan bilik hotel tu kan, mcm nk dok situ je.. Xmoo balikk... Hehe

Safarina Shaari said...

Sand bath tu menarik sgt.. Tp akak ke osaka thun dpn.. X dpt nk merasa sand bath.. Apa pn kalau ada rezeki blg la try nnt ye dak... Pemandangan bilik hotel tu kan, mcm nk dok situ je.. Xmoo balikk... Hehe

Radhia Razali said...

macam best jea sand bath. Apa benefits sand bathing yea..

Giveaway Blog said...

teringin sekali nak pergi jepun. bolehlah sy tahu tempat2 menarik di jepun jika saya akan menjelajahi negara ini suatu hari nanti. in shaa Allah.

Mardiah Diana said...

Salam singgah pagi dik Nisa....Wahhh....bestnya dan pemandangan memang cantik sangat....

Ayumieka said...

seronoknya view hotel ibusuki tu... rasa mcm tak nak balik je kalau dapat tinggal kat situ... sekali sekala mmg kena spend duit la untuk dapat view cantik camtu.. kalau nakbudget sangat, maka bukak tingkap nampak tingkap bilik orang je.. huhu

Nurafiqah Nazeha said...

First time baca tentang Kyushu. Tengok gambar gambar pun dah terpikat especially kat Sengan-En Garden. Pemandangan sangat cantik!!

Radhia Razali said...

Ada rasa perbezaan pada badan tak selepas sunbath..:)

Nur Alynnda said...
This comment has been removed by the author.
Nur Alynnda said...
This comment has been removed by the author.
Nur Alynnda said...
This comment has been removed by the author.
nor amizawati said...

Canteq ny view kt kyushu..sy xpernah p sne.. Tgk gmb pon dh syukur..hihih

Haryani Malik said...

As salam nisa,wah bestnya dapat pergi ke Jepun,bila lah dapat peluang kesana..hihi,tak dapat pergi pon tak apa sbb nisa dah terangkan tempat2 menarik disana.Cantik2 tempat yg nisa lawati.

Haryani Malik said...

As salam nisa,wah bestnya dapat pergi ke Jepun,bila lah dapat peluang kesana..hihi,tak dapat pergi pon tak apa sbb nisa dah terangkan tempat2 menarik disana.Cantik2 tempat yg nisa lawati.

Lyna Na said...

Herm bestnya dapat g sana. View semua lawa2

merak ms said...

Hi Nisa, tengok your vlog di fukuoka airport sebab takde address tu hehe..good sharing untuk traveler/backpaker lain sebab masuk Japan ikut laut darat atau udara, entry document semua mesti tip top huhu then once dah lepas masuk semua tempat boleh jelajah tanpa sekatan ;)

Unknown said...

A very informative post. Best sangat tengok view dari bilik hotel nisa. Tour guide pon handsome..hehehe...bagus la tour guide muslim, senang dan tak perlu risau tentang makanan and segala benda yang berkaitan halal.

jelly bean said...

bestnya!!! boleh merancang ni kalau nk pegi jepun :D sand bath tu macam menarik

Lina Suhaili said...

Wahhhh memang terbaiklah bullet train kt Jepun ni :)

Lina Suhaili said...

Wahhhhh mmg terbaiklah bullet train kat jepun :)

Qida Wahab said...

Beznya.. Pergi jepun... Permandangan yang cantik.. Gunung sakurajima... Tenang jer.. Bullet train tu macam menarik je.. Sand bath tu pelik.. First time dengar.. Bila baca kisah travel nisa ni, bez nye dapat pergi jepun

Mrs FaRa said...

jelesnya... bertuah nisa dpt pergi jepon... :D

Nur Sabrina said...

Wahh Nisa..mcm best ja sand bath ni..Tringin nk try

syuha zulkifli said...

Bestnya kak nisa, i love to read traveller story and kak nisa punya travel memang banyak tips. Thru yr blog, first time tahu beautiful kyushu and banyak pulak tu interesting info pasal kyushu and then drag me to another tempat yg kak nisa pernah pergi. thanks a lot about japan travel tips <3

Haryani Malik said...

Cantiknya permandangan di Sengen -En Garden kalau lah akak dpt pergi sana..mesti bestkan hihihi

Mrs. A said...

Pemandangan di taman tu sangat cantik dan bersih tak nampak satu sampah pun.

Nana Nani said...

Travel bestnya hope Ada pluang nk p

nor nazliana said...

BESTNYA cantik sangat pemandangan di sana ya..bila la ana dpt ke sana nnt :)

Nurul Shamime said...

First, bestnyaa dapat naik Kyushu Shinkansen( masuk dalam bucket list)
Second, dapat jejak kaki ke Sanganen, Kagoshima bestnyaaaa akak!!! macam ni semua tempat kat Kyushu kena masuk bucket list!! huwaaaa T__T
Melawat gunung berapi Kaimondake di Kagoshima memang awesomeeee gilaaaa!! cantik sungguh permandangan kt situ *me iz jeles*
sand bathing tu sy rasa benda "rare" and boleh listed dalam aktiviti wajib buat bila kat jepun hehee

yana othman said...

That train looks very comfortable babe 😭😭

Nurul Shamime said...

wow tak tahu pulak kat jepun ada banyak lagi tempat menarik. Kyushu definitely listed in my bucket lists!!

Adiera Johari said...

best nyaa kalau dapat pergi . harap dapat honeymoon dekat jepun tahun depan

Haryani Malik said...

As salam nisa,akak suka tengok video nisa di Kusyu,permandangannya cantik sangat,tp panas di sana sama tak panas di malaysia hihihi..bukan main lagi kawan-kawan nisa berkipas..hihihi

Mar Mansor said...

cantik pemandangan kat jepun

Nurul Shamime said...

hai nisa kay,owner product mary kay ke? okey gurau gurau.again,hai nisa gojes.

dalam 4 hari trip nisa ke Kyushu,sy rasa part paling best and nakkk sangaaatttt try adalah sand-bathing!

"It improves circulation, ridding the body of impurities and increasing blood-oxygen levels, and is said to provide relief from and even cure all manner of ailments including arthritis and rheumatism. Many women these days visit the sand baths as a beauty treatment as the intense heat works to open the skin’s pores."

siap cari lg advantages of sand bathing ni(sbb nnt nk try if ade rezeki), rasanya kalau nisa tak share ni, mest sampai ke tua tak tahu ade sand bathing unless kalau pergi jepun(in shaa allah one fine day). mest one of listed things in bucket lists nisa dah berjaya buatkan, seronoknyaaaaa, sand bathing ni benda rare kot, and quite infamous activity i would say. now nisa dah share mesti ramai traveller yg ke sana kompom toraiii sand bathing nih hehe

Atikah Zameri said...

bila convert 10,450 yen ke myr jadi RM400++ hahaha mahai naa.. Faktor RM turun ke yen yang naik ni? Kyushu tak pernah dengar tapi mcm every inch in japan are WONDERFULL! MasyaAllah