Thursday, October 20, 2016

My Cats - Ash keluar tak balik-balik...



Assalamualaikum...


Hari ni macam nak taip entry sedih sikit. Entah kenapa Nisa rindu sangat sangat dekat Ash, kucing kesayangan Nisa ni... Ash merupakan kucing pertama yang Nisa beli guna duit sendiri. Masa tu tak tahu apa-apa dan Nisa merasakan orang yang jual kucing ni letak harga agak mahal. Dah la bagi macam tu aje, takde apa-apa barang lain.. belum vaksin pulak tu.  Hurmm tapi i dont know lah.. rasa nak sangat bela si kelabu ni.


Korang boleh baca blogpost mengenai hari pertama aku ambil Ash dari tuan lama dia dekat sini. Bila baca balik alahai sayu nyaaa.. Hmmm rindu sangat sangat dekat Ash.. mana lah Ash sekarang ni ? Hidup lagi ke tak ? Ke ada orang ambil dia ? Apa jadi dekat Ash sebenarnya ?





Bermulanya bila Nisa travel ke Busan, Korea bersama AirAsia dan beberapa rakan media yang lain.. Nisa buat keputusan untuk hantar kucing-kucing Nisa balik kampung, sebab Nisa taknak susahkan adik Nisa untuk jaga mereka. Jadi semua kucing termasuk Ash Nisa hantar balik kampung..

Walaupun Nisa dah kembali dari Korea pun, Nisa terus sibuk dengan urusan seharian dan kucing-kucing Nisa terus dijaga oleh family Nisa di Pahang. Rindu tu memang sangat rindu. Tapi sebelum Nisa ke Korea tu Nisa kena gigit dengan Ash. Gigitan dia kuat sangat sampai dua minggu lebih tangan Nisa bengkak, bisa dan bernanah. Pasal tu nanti Nisa cerita kemudian. Kiranya Nisa hantar dia balik kampung sebab nak "disiplinkan" dia lah kononnya. Haha. Boleh ke disiplinkan kucing ?




Tapi bila balik ke kampung je, Nisa takkan lepaskan peluang bermanja-manja dengan Ash. Ye lah kucing kesayangan kan... Walaupun dia dah tak macam dulu.. tak mau bermanja sangat.. Tahu nak bermakwe je hahaha..



Semuanya bermula bila kucing-kucing kami diserang sakit, beramai-ramai pulak tu. Orang kata apa.. virus outbreak. Gitu. Ash nampak macam okay.. tapi dah nampak dia mula tak larat.. And badan dia panas-panas. I thought bagi ubat biasa dah okay. Then sebelum Nisa terbang ke Bangkok, Nisa sempat tengok dia kejap before drive balik ke KL. Dia manja sangat, macam biasalah.. Macam tahu-tahu je Nisa nak fly lagi..

Nisa usap-usap kepala dia.. Dia pejam-pejam mata.. Landing atas tangan Nisa.. alahaii... manjanya sayang Nisa niii.. But I had to go. I feel so so sad, but I just had to go... Nisa menangis dalam kereta sebab nampak Ash tak sihat sangat dan he was so weak. Tapi lepas tu, abah bawak dia pergi klinik..


Mama rindu sangat nak bergolek-golek, bergomol dengan Ash kat atas katil. I miss you my cat..

Balik dari travel.. abah kata.. Ash takde. I looked around.. abah kata, sejak balik dari klinik haiwan, Ash dah segar sikit boleh pusing-pusing satu rumah dah.. Then dia keluar.. Oh abah Nisa memang jenis tak suka kurung kucing sebab kesian katanya. Abah suka lepas je kucing keluar, nanti pandai lah dia balik.. TAPI... Ash tak balik-balik... masa abah bagitahu tu dah 4 hari dia tak balik. 

This is so unusual sebab biasanya paling lama pun sehari dua si Ash kat luar, lepas tu pandai dia balik sendiri. Nisa dah mula rasa tak sedap hati.. Somehow I know he's not going to come home anymore. But Nisa in denial. Nisa masih berharap Ash masih hidup dan akan balik semula satu hari nanti...




Dua tiga minggu pertama kehilangan Ash, Nisa akan mesej adik Nisa almost setiap hari untuk tanyakan sama ada Ash ada balik ke tak. Ada nampak Ash kat kawasan rumah tak ? Aku sedih sangat dan risau.., Kalau Ash masih hidup, tapi diambil orang.. mungkin Ash dah tak kenal aku. Kucing cepat lupakan tuan dia once dia dah biasa dengan tuan baru. Ya Allah.. my nightmare ni ! Aku jaga dia elok-elok selama ni..

Well.. mungkin di waktu-waktu akhir Ash di rumah abah, dia merajuk dengan aku kot.. sebab aku lama tak bawak dia balik.. Hurmm.. I feel so so sad.. Disebabkan virus outbreak tu kucing aku banyak yang mati. Dari berbelas ekor kucing, tinggal dua ekor je yang betul-betul sihat dan takde tanda-tanda sakit - Chiky dan anaknya Johanna. Johanna dah besar dah pun.. Dah beranak pinak dah mereka.




Nisa tulis entry ni sebab nak luahkan kesedihan Nisa sebab kehilangan teman tersayang Nisa.. Nisa ambil dia dulu sebab Nisa sunyi dan stress sangat-sangat.. Nisa kerja kuat gila, tapi semua benda buat sorang-sorang. Memang fokus meniaga je dulu dan Nisa takde teman. Bila ada Ash ni, terhibur lah sikit.. Hubungan dengan budak rumah pun jadi baik sebab Ash, rupanya budak-budak rumah pun suka kucing dan dorang rajin melayan Ash..


Ramai yang kata kat Nisa, kucing ni kalau sayangkan tuan dia, dia takkan mati dekat depan tuan dia or dekat rumah tuan dia (kecuali kucing tu betul-betul terkurung tak boleh pergi mana). Hmmm.. Nisa tak kisah lah kalau Ash tak sayangkan Nisa pun, biar Nisa je sayang dia... Tapi jangan lah menghilang macam tu je. Hingga ke saat Nisa menaip ni pun Nisa masihhhh berharap agar Ash kembali.. Hurmmm rasa nak menangis pulak. I should stop here.



Jemput baca siri My Cats :

  1. Alkisah Nisa Kay dan kucing
  2. My Cats - Ash & Chiky (PART 2)
  3. My Cats – Kawan Baru : Lofa si Kucing (PART 3) 
  4. My Cats – Si Chiky beranakkk ! (Part 4)




NISA KAY.

13 comments:

Cik Ash said...

alamak nama ash.. adesssss sama nama hahahhahaha

miss eimanhikmah said...

sedih jugakkk...

Mila Ahmad said...

kalau ash kena culik harap tuan dia jaga dengan baik macamana nisa jaga, memang sedih kucing yang kita bela hilang tak balik-balik

Ked said...

I lost 5 of my cats sebab virus outbreak tu. Huhuhu. Sedih masa tu balik-balik dari wedding member kat KL tengok-tengok 2 ekor dah mati dah kat tepi rumah. Sekor hilang macam Ash tu lagi 2 ekor mati sorang-sorang. Wuuu memang trauma abes masa tuu. Kalau jadi camtu kan kena basuh bekas makanan diorang bersih-bersih, cuci ngan chlorox. Kalau boleh tempat yg diorang lepak pun sama. Ni ada sekor pulak demam ni. Few days dah ni semalam pi vet kerajaan doc tu kata sebab cacing dah bagi makan ubat tapi still lemah lagi. Kena pi vet swasta laa pulak nampak gayanya macam ni. Hmmmm..

Uncle Zuan said...

aku ada kucing sebijik macam ni. tapi dah meninggal :(

Nisa Kay said...

@Cik Ash ahaa tersama ! nama kucing ni housemate dulu yg bagi

Nisa Kay said...

@miss eimanhikmah sobsss

Nisa Kay said...

@Mila Ahmad kalau ada yg amik mohon pulang kan aaaaa.. T_T

Nisa Kay said...

@Ked kami akhirnya dah x letak kucing di tempat lama.. huhu

Nisa Kay said...

@Uncle Zuan sob sob

Elih Japahar said...

Dulu ada kucing mcm ni jugak cuma warna putih, siap letak notis keliling kampung, kalau serah kucing tu akan diberi RM50...sekejap je kucing tu balik haha..

Kalau org terambil mmg tak akan kembali tau :(

admirenaa said...

alahai ada org ambk bela kot....biasa kucing blh blk semula wp hilang lama2...

Illya LeYa said...

Waaaaa.... memang sedih.. LeYa dapat rasakannya.. Sebab kucing LeYa nama Apin pun hilang tanpa dikesan..

Copyright © Nisa Kay