Saturday, October 8, 2016

Menonton Super Spontan Superstar Akhir LIVE di UPM !




Assalamualaikum...


Haa lama sudah rasanya Nisa tak pergi menyaksikan apa-apa persembahan secara LIVE ni. Biasa Nisa akan catch-up semula melalui rakaman TV atau tengok lah kalau-kalau ada rakaman yang dikongsi di laman sosial, tapi jarang sangat lah.. Dan semalam baru sahaja berakhirnya rancangan kesukaan ramai, Super Spontan Superstar dan acara ini dilangsungkan di Dewan Besar UPM, Serdang.







Terima kasih dan alhamdulillah di atas jemputan yang diberikan, Sudah beberapa minggu Nisa dijemput untuk menonton rancangan ini secara langsung tapi tu lah, takde rezeki nak memenuhi mana-mana jemputan. Maka dengan itu, pada minggu akhir ini lah akhirnya Nisa dapat jugak datang, itupun setelah Nisa pulang dari Jepun. Syukur alhamdulillah.




Yang seronoknya Nisa dan rakan-rakan blogger yang lain berkesempatan naik ke pentas acara dan bergambar bagai nak rak. Di harap tidak ada retak di mana-mana bahagian pentas disebabkan kami terlampau excited semalam. Wakakaka !!




Baru je nak basahkan tekak di luar, eh eh ada Ozlynn Wati pulak kat sini. Lawanya Ozlynn ni depan-depan. Sporting dan tak sombong pulak tu..




Ahaa dimana ada Ozlynn di situ ada Johan. Ewah ! Hahah Ini dia antara calon juara untuk acara Super Spontan Superstar akhir malam tadi. Jujurnya Nisa memang minat dekat Johan ni sebab Nisa rasa Johan punya kelakar lebih natural dan memang kompem buat orang gelak. Tengok je lah gelagatnya dengan anak-anak ! Memang lawak.




Ok dah dah jom masuk dalam. Boleh pulak kat luar tadi Nisa sempat bertemu dengan kawan sekelas masa universiti dulu, sempat la catch up sikit, kawan tu pun kerja Astro sekarang. Wahh. Dewan mula dipenuhi dengan penonton dan juga kelab-kelab peminat peserta Super Spontan Superstar. Haa jangan tak tau yang serba kuning pink ni merupakan kelab peminat Dato' AC Mizal yang sangat meriah tau !




Dewan seakan gamat sebentar dengan sorakan penonton apabila persembahan pembukaan dimulakan oleh Tomok, kemudian Black dan diakhiri oleh band Khalifah yang suaranya memang power oii ! Terkujat kita, first time dengar vokalis Khalifah nyanyi secara live, memang suara dia power hahah..





Pengacara Dato' AC Mizal (DAC) mula memeriahkan suasana dengan acara pembukaan, memanggil peserta satu-persatu. Seterusnya, obor setiap peserta dinyalakan sebagai tanda permainan akan dimulakan, peserta perlu bersaing untuk merebut takhta juara !



Persembahan kejutan dari pengacara DAC dan para peserta Super Spontan Superstar.



Johan dan Achey yang tidak sudah-sudah dengan gelagat lucu masing-masing.



Antara artis jemputan yang turut sama bermain bersama peserta.




Permainan ni lawak sungguh lahaiii !! Dua peserta kena berbalas pantun dua kerat mengikut situasi yang diberikan. Sampai giliran Abam dan Johan, dorang ni kena berpantun ikut situasi dua budak yang sedang bertengkar. Haha memang mengekek-ngekek Nisa gelakkan dua pelawak ni ! Haha.





Haha game ni pun boleh tahan sebab nya peserta tak dapat lihat perkataan di dahi sendiri, tapi mereka kena berlakon mengikut situasi tanpa menyebut perkataan di dahi mereka tu. Haa macam mana tu ye ? Hahaha... memang ketawa sungguh aku tengok Super Spontan Superstar ni lah. Ada pulak extra game di mana DAC kena lawan Amer untuk game ni. Haha DAC kalah woi !




Game muzik video spontan ni pun buat aku gelak mengekek habis sampai nak terbangun dari kerusi ! Hahahahah !!! Kemain semua peserta perlu mengikut langkah tarian yang ditunjukkan oleh rakan yang lain, dan kena menari ikut lagu yang dimainkan. Pusingan pertama tu ada lagu Janam Janam memang mantap la semua peserta. Pusingan kedua ni lagu Pencuri Hati. Haha lawak la wey semua !




Permainan pun sudah habis. Maka semantara menanti keputusan undian untuk menentukan pemenang, satu acara penyampaian sumbangan untuk Tan Sri Jins Samsudin dilaksanakan. Anak Tan Sri Jins Samsudin tampil sebagai wakil menerima sumbangan.



Aksi para peserta yang berdebar-debar menantikan pengumuman pemenang Super Spontan Superstar.





Tahniah kepada Tauke (tempat ke-6), Ozlynn (tempat ke-5), Fad (tempat ke-4) dan Achey (tempat ke-3).





Abam merangkul tempat kedua Super Spontan Superstar.




Tahniah kepada Johan kerana menjadi johan ! Err.. kerana menjadi juara ! Alhamdulillah rezeki dan sokongan peminat lebih berpihak kepada Johan tahun ini. Haha suke suke orang yang Nisa support menanggg !




Bersama Afdlin Shauki. Fuhh mujur sporting, tak sombong. Haa nanti minggu depan rasanya akan ada persembahan Mahaguru Lawak di Istana Budaya kan abang Afdlin ? Haa nak tahu tu kena tunggu lahh kot dijemput jugak ke sana nanti. Ehh ! Hahaha...



Baiklah, I had a great night watching Super Spontan Superstar. Sakit perut Nisa duk bergelak sakan. Memang power la semua peserta. Semua lucu sangat ! Nisa yang tak follow sangat rancangan ni saban minggu pun tersangat la terhibur dengan persembahan semua. Thank you Astro ! Jangan serik jemput lagi ! XOXO.




Jumpa di blogpost seterusnya !

2 comments :

Mawardi Yunus said...

ahahahahhaah. giler tak gelak

Dik bee said...

best pulak tgk live kan.. paling win masa DAC kalah ngan amir tu ler... hhahaahahaha