Tuesday, October 18, 2016

Kedai Borong Makanan Ringan - FANTASY JUNGLE FOOD Wangsa Maju




Assalamualaikum..


Haahaa apa benda muka serius sangat tu kak ? Kisahnya nak beli benda lain, mesti berkenan dengan benda lain. Budget pulak agak ketat.. so muka pun ketat sebab tak dapat grab makanan ringan yang duk berkenan tu. Tak pun susah sangat buat pilihan sebab ada banyak gila jenis-jenis makanan ringan. Dah namanya kedai borong kan !





Anda tengah mencari di mana nak borong makanan ringan untuk majlis hari jadi anak / adik anda ? Tengah cari makanan ringan murah-murah dan boleh sekali banyak ? Nak beli untuk hari sukan sekolah ? Hari kantin sekolah ? Anda peniaga makanan ringan kecil-kecilan ? Nak letak dalam goodies kenduri ? Haa ini dia lokasi yang wajib anda terjah !



FANTASY JUNGLE FOOD, Wangsa Maju

Okay sebenarnya Nisa dah lama pergi ke sini.. tapi tak ter-update pulak blog ni... Duk update benda lain je kan.. And I really thought that this is something yang menarik untuk dikongsi, sebab Nisa tahu mengenai kedai ni pun melalui sumber yang terhad di internet. Maksud Nisa, tak banyak orang tulis mengenai tempat ni atau memperkatakannya.. Haa sekarang tak tahu lah kot-kot dah ramai tahu tempat ni...






STOK MAKANAN !

Ada yang suka beli waffle Appolo atau swiss roll banyak-banyak buat stok makanan kat rumah atau pejabat. Bila-bila rasa nak mengunyah tu boleh lah makan ye dak.. Keropok-keropok dan biskut pun banyak ni haa.. Biskut nak beli setin terus pun boleh ! Boleh buat cicah milo secara berjemaah haha ! Nak hulur kat tetamu yang datang pun mudah haa..




BIRTHDAY PACKS !

Haa Nisa ingat lagi masa kecik-kecik dulu, kalau buat majlis hari jadi lah paling excited.. Selain dapat jemput kawan-kawan semua datang rumah, dapat jugak pergi shopping makanan ringan ! Hahah suka sangat tau. Letak je atas meja, konfem habis.. Tu belum lagi beli banyak-banyak, lepas tu pack dalam paper bag / plastik petak tu. Bagi kat semua yang datang, jiran-jiran pun dapat jugakk.. kalau ada kawan yang tak datang, siap bawak pergi sekolah then bagi kat dorang !



Kenangan sangat kan coklat spek mata ni ? Suka beli lepas tu letak getah di kiri dan kanan, kemudian pakai ! Hahah nasib lah dulu-dulu takde henpon selfie.. kalau tidak, habis semua pic pakai coklat spec ni nak amik dan upload di laman sosial !





MAKAN SECARA BERJEMAAH !

Ini kalau beli biskut berbalang-balang ni sesuai dibawak balik kampung ! Lebih-lebih lagi bila sepupu sepapat saudara mara semua balik sama. Haa letak je atas meja or depan TV, nescaya habislah ia tanpa tinggal habuk pun ! Heheh seronok jugak berkongsi makan dengan semua ni... Kalau nak beli biskut-biskut dalam balang macam ni then pergi bagi derma kat mana-mana pun okay, kan ?





GOODIES KENDURI !

Haa kalau pergi kenduri, budak-budak memang suka sangat kan dapat paket-paket gula-gula tu... Dulu-dulu semua orang boleh dapat kan paket gula-gula tu.. Tapi sekarang, orang dewasa akan dapat telur rebus / goodies lain.. dan kanak-kanak je boleh dapatkan paket gula-gula. Haha ini tidak adilll... nak jugak cekelattt !

Tak pun jika anda seorang yang buat bisnes CANDY BUFFET... untuk kenduri kahwin ke, majlis hari jadi or sebarang jenis majlis, hah boleh la terjah sini.. kot banyak  jenis gula-gula yang korang suka ke kan ?





Haa Nisa beli untuk apa ? Nisa biasanya akan beli sekotak swiss roll atau waffer untuk budak-budak pejabat or letak je kat rumah Nisa, adik-adik suka makan.. Kalau kat office ni kami asyik mengadap komputer, jadi cepat rasa lapar dan nak mengunyah je kejenya...

Jadi, Nisa harap perkongsian kali ini berguna buat mereka yang masih belum tahu mengenai kedai borong makanan ringan ini okay. Pada yang dah tahu, yeahh jom lah memborong secara berjemaah.. Dulu masa Nisa pergi mereka memang jual makanan ringan sahaja... Hope next time pergi dorang dah jual air kotak atau air tin secara karton. Hahah...





Siapa nak pergi tu boleh Waze atau Google je NSK Wangsa Maju, sebabnya Fantasy Jungle Food ni terletak satu bangunan dengan NSK, ia terletak di hujung sekali, sebelah pemborong telur ayam (tak tau lah masih ada lagi ke tak pemborong telur ayam tu haha).





NISA KAY.

11 comments :

Rozuan Ismail said...

mesti jimat sakan kan beli borong. ok dekat kawasan rumah. boleh waze ni.

AntBully said...

memang selalu shopping siniiii... 10mnit je dari rumah.... bila nk terjumpa nisa kay nihhh.. haishhhh

Noor Aina W Azmi said...

bestnya!

Mama Kembar 3 said...

TQ sharing nisa. Org anak ramai elok laa memborong sini bila buat bday party ke apa ke kan

Ahmad Fauzi Aryaan said...

kemas kedai borong ni. Kat area umah aku siap bercucu cucit tikus gamaknye.. hahaha

Nisa Kay said...

@Rozuan Ismail haa borong jangan x borong

Nisa Kay said...

@AntBully hehehee

Nisa Kay said...

@Noor Aina W Azmi memang best!

Nisa Kay said...

@Mama Kembar 3 haa gitu lah. kalau rasa2 nak beli lepas tu derma dekat budak2 pun ok juga

Nisa Kay said...

@Ahmad Fauzi Aryaan hahaha jom lah memborong kat sini

Illya LeYa said...

Wahhh... LeYa pun tak tahu hal ni.. Thank you Nisa... Mesti syok ni boleh borong byk2 dan dapat harga murah.. Nyum3x..