Monday, October 10, 2016

Book lovers.. ! Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya !!





Assalamualaikum dan hai semua !!


Adakah anda semua pencinta buku tegar seperti Nisa ? Eh dah kenapa ayat Nisa macam ayat iklan radio pulak ni ? Hahaha bukan nak kata apa lah, Nisa memang sangat sangat suka beli buku novel, buku cerita kanak-kanak (masih suka baca walaupun dah besar !), buku biografi dan pelbagai lagi lahh.. Nisa suka kumpul dan baca bila berkelapangan. Rak buku kat rumah tu sampai tak muat dah tau ! Hahah..








Nisa suka jugak latih adik-adik Nisa supaya suka baca buku jugak.. Nisa selalu katakan pada mereka, rajin lah membaca, buku Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, keep reading ! Haa gitu, sebab bagi Nisa melalui buku jugak kita dapat tengok pelbagai sisi pendapat, pelbagai aspek kehidupan, mengenal budaya luar dan sebagainya.. Hanya dengan membaca !





Khusu untuk pencinta buku ! Atau mereka yang ingin mendapatkan buku dengan harga yang terlajakkk murahh ! Haa takde alasan dah tak beli buku tau !! Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 merupakan pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia !! Wahh konfem konfem meriah sangat kannn ! Semua pakat serbuuu !!!



APA ?

  • Acara melelong buku-buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia
  • Menampilkan 50 penerbit terkenal tanah air seperti PTS Publications, Telaga Biru, Must Read, Ana Muslim, Dubook Press, dan sebagainya.
  • Harga runtuh ditawarkan serendah RM2 hingga RM5 bagi sebuah buku dan RM1 untuk majalah.
  • Buku dan majalah ditawarkan sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre ditawarkan.

DI MANA ?

  • Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

BILA ?

  • Tarikh : 21 hingga 30 Oktober 2016
  • Masa : 10.00 pagi hingga 9.00 malam





INFO LANJUT :


  • 100 booth jualan akan dibuka
  • Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti busking, ceramah, sesi diskusi buku, pertandingan selfie, pertandingan mewarna
  • Sesi bersama artis terkenal Yatt Hamzah dan Heliza Helmi
  • Pesta ini akan berlangsung selama 10 hari, jadi rancang kedatangan anda sekarang !
  • Ruang parkir kereta yang luas, so tak payah risau ! Ajak kawan-kawan dan keluarga datang sekali okayy!
  • Terdapat kemudahan mesin ATM dan tempat makan. Jadi tidak perlu risau kalau terborong lebih buku. Haha.




Sila like Facebook Page Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 beramai-ramai ya !!




Kini dah tiada alasan dah tanak beli buku. Buku mahal ? Baikkk di sini ada pesta lelong buku, terlebih lebih lebih murah dah tu ! Bajet RM100 kini tidak lagi kecil untuk memborong buku ! Kalau beli buku yang harga RM2 sebuah, tak ke dah boleh dapat 50 buah buku ? Nak beli buat perpustakaan kanak-kanak ? Nak beli buat derma ke sekolah kawasan pedalaman ? Nak beli buat mini library kat rumah sendiri ? Ini lah masanya !!!







NISA KAY.

11 comments:

  1. Cepatnya Pesta Lelong Buku Putrajaya ini berlangsung satu kali lagi. Masa lepas ngan cepat niee..

    Cenderahati di RG

    ReplyDelete
  2. Wow.. mesti pergi ni! Buku2 sekalian, nantikan saya!!!

    Btw, Kak Nisa nama saya Amani.. saya baru sangat ade blog.. memanglah blog saya tak semenarik Kak Nisa.. tapi kalau sudi datang lah ye

    sisamanibercerita.blogspot.my

    Selama ni saya silent reader je 😂😂

    Banyak video kat youtube Akak saya dah tengok.. 👍👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Wahh... Bestnya. Harap2 dapat pergi nanti.

    ReplyDelete
  4. hope dapat pergi sebab nak pergi BBW selalu miss :D

    bumpyella.com

    ReplyDelete
  5. besttt!!! thanx kasi info.. Nisa, boleh i email u.. nak tanya pasal blog u ni..

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay