Friday, September 2, 2016

Model papan iklan bersama Wawa Zainal, duta Galeri Hajra.





Assalamualaikum...


Haaa hari tu dah kongsi kisah Nisa jadi model video untuk sebuah laman web (baca di sini), kali ni Nisa nak berkongsi pengalaman menjadi model papan iklan bersama duta jenama tersebut sendiri ! Haa.. bagi model lain yang meletop-letop pasti macam tak heran la kan. Tapi bagi blogger dan model sendu macam Nisa ni, amboi gembira bukan kepalang bila dapat tawaran ni !




Pagi-pagi lagi Nisa dan rakan Nisa, yang juga makeup artist Nisa dah sampai ke studio yang terletak di Shah Alam. Agak mengantuk kerana bangun awal, hampir tersengguk jugak semasa disolek tu haha ! Terima kasih sayangku Moey kerana mekap kita gojes-gojes !



Turut menjadi model untuk papan iklan Galeri Hajra ialah instafamous Adel Asha.

Rakan blogger yang turut menjadi model, Iena Mansor. Eh eh sama lah shawl ! Hiks.




Haaa meh la Nisa share sikitttt keadaan di dalam studio semasa nak photoshoot tu.. Okay masa tengah mekap tu, sesi photoshoot sudahpun dimulakan dengan duta jenama Galeri Hajra, iaitu Wawa Zainal. Beliau shoot gambar untuk katalog dulu, lepas tu kami model-model lain yang dah siap mekap dan tukar baju masuk ke set.


Bermacam posing kami lakukan.. ada berdiri, ada duduk, ada posing ala-ala tergelak-gelak. Haha macam-macam lah ! Lebih parah bila dipasang pulak lagu hindustan kegemaran Wawa Zainal, makin bersemangat nak photoshoot ! Haha comel sungguh tau Wawa ni. Teringat-ingat masa mula-mula mengenali beliau sebagai artis baharu di bawah MiG duluu. Ops.




Dalam pada seronok memodelkan produk Galeri Hajra, halamakkk terrrjatuh cinta pulak dengan koleksi mereka ! Masa tu shoot sebelum bulan puasa kalai tak silap (haha dah berbulan lamanya kisah ni!!).. Banyak jugak shawl dia yang Nisa suka.. so kalau nak tahu kenalah pergi ke outlet Galeri Hajra sendiri ye hik hik..




Oh yee yang pakai shawl merah kat belah kanan tu, Syada Amzah. Haa selebriti terkenal pun sama-sama jadi model untuk papan iklan Galeri Hajra.




Papan iklan di sekitar Jalan Duta, KL. Thank you Aidilryzal for spotting me. Papan iklan yang lebih kurang sama masih boleh dijumpai di sekitar Bangi (tepi PLUS Highway) hingga di saat Nisa menulis blog post ni. Tak tahu lah sampai bila papan iklan tu ada kat situ kan. Hehe..




Wajah kami turut menghiasi banner-banner yang diletakkan di sekitar butik Galeri Hajra.. ada yang di Kuala Lumpur, ada yang diletakkan di luar outlet di Shah Alam. Hehe terima kasih kawan-kawan yang hantar gambar ni pada Nisa.




Heee manis je orangnya Wawa Zainal ni.. Seronok bekerja dengan beliau. Terima kasih pihak Galeri Hajra kerana sudi beri kesempatan kepada Nisa untuk menjadi sebahagian daripada kempen raya Galeri Hajra ni. Nisa sungguh berbesar hati ! Alhamdulillah rezeki Allah siapa lah tahu kan.. Syukur alhamdulillah...


Nisa masih buat job modelling ke ? Hmm jawapan Nisa ya. Tapi mungkin kerana kekangan waktu, Nisa terpaksa pilih-pilih lah job modelling yang mendatang ya. Sebab sekarang makin busy pulak, jadual makin padat gitu.. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi baca !