Wednesday, August 3, 2016

Jom beramai-ramai ke HARI TERBUKA NBOS 2016 di Putrajaya





Assalamualaikum..

Hari ni Nisa nak berkongsi informasi mengenai Hari Terbuka NBOS 2016 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Acara ini diadakan bersempena Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Haa bila ? You guys boleh pergi ke PICC mulai 14 Ogos hingga 20 Ogos 2016. Ada banyakkk aktiviti kat sana nanti tau.


Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi memeriahkan Hari Terbuka NBOS 2016 di PICC Putrajaya. Antaranya ialah pameran oleh agensi-agensi kerajaan, NGO serta badan swasta. Berikut adalah senarai pihak yang akan menjayakan pameran :
  1. NSU
  2. CODING
  3. VIP
  4. UTC
  5. BR1M
  6. MINDEF
  7. MOHA
  8. KPDNKK
  9. MDEC
  10. MOHR
  11. MAGIC
  12. KPKT
  13. 1M4U
  14. KPWKM
  15. BIOTECH
  16. KPM
  17. JPA
  18. PP1M
  19. PR1MA
  20. KPT
  21. MOTAC
  22. MOH
  23. MOA


ANTARA AKTIVITI MENARIK YANG LAIN :


- Coding Bootcamp 
khas untuk kanak-kanak sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah

- Kem Keusahawanan 1MEt : terbuka kepada orang awam
Platform yang baik untuk orang ramai mendapatkan lebih info serta guideline bidang keusahawanan

- Aktiviti sukan berbasikal dan larian
Penggemar aktiviti suka boleh turut serta dalam acara NBOS Run & Ride

- Pameran Inisiatif-Inisiatif NBOS
Pengunjung berpeluang mendapatkan lebih pencerahan mengenai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

- Booth pameran oleh Perbadanan PR1MA
Menyampaikan maklumat berkaitan rumah PR1MA kepada umum

- Booth Pameran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Bagi mereka yang ingin mendapatkan info lanjut mengenai perancangan memiliki rumah pertama

- F1 Simulator oleh Petronas
Pengunjung berpeluang merasai pengalaman seperti memandu kereta lumba F1



Pelbagai lagi aktiviti menarik yang akan diselia oleh 1M4U serta FIT Malaysia, dan ia akan berlangsung sepanjang hari ketika acara Hari Terbuka NBOS 2016 ini. Artis-artis Malaysia pun ramaii akan memeriahkan suasana !


Haaa boleh lah masukkan Hari Terbuka NBOS 2016 ini ke dalam jadual anda ! Ada banyak input yang kita boleh dapatkan hanya di satu acara yang akan diadakan dengan meriah ! Hmmm.. Nisa pun mungkin akan berada di sana ! Soo... jom jumpa di sana !




HARI TERBUKA NBOS 2016
PICC Putrajaya
14 hingga 20 Ogos 2016