Tuesday, August 9, 2016

Churros dan Iced Green Tea sedap di Kota Damansara !!





Assalamualaikum...


Haa nasib lah bukan bulan puasa.. Kalau puasa-puasa duk update pasal churros meletop ni kompem kena cerca! Hahaha lemah betul iman, belanja gambar sikit dah nak cerca.. Wakakaka.. okay gurau je.. Sebenarnya kan lama sangat dah nak share pasal churros niii.. Nisa pun dah beberapa lama jugak lah menjadi pelanggan gerai ni. Sekarang baru ada masa nak share dengan pembaca semua..






AICRUZ STREETFOOD

Okay hari ni Nisa nak kongsikan mengenai gerai Aicruz Streetfood ni... Mereka ada jual churros.. kalau tak silap, churros dorang la best seller ! Kirenya signature dorang laa... So macam mana boleh terjebak dengan dorang? Haha ! Adik merupakan kawan kepada tuan gerai ni. Jadi adik Nisa selalu jugak beli churros dorang dan bawak balik. Ada sekali tu adik bawak Nisa ke gerai ni, beli churros. Makan panas-panas pulak tu. Adehhh sedap weh !! Terus jatuh cinta !!!




Okay.. ini dia senarai menu yang ditawarkan oleh Aicruz Streetfood ni... Haa ada banana rolls jugak lah ! Nisa tak pernah pulak rasa. Aihh bila dah menaip ni mulalah rasa macam nak cuba ! Haha... Air pulak ada banyak pilihan tapi Nisa memang penggemar green tea. Wahahaha.





Haa rajin nye dia tulis quote kat situ ! Bila korang bertuah, dapat la kata-kata madah pujangga dari adik-adik di Aicruz Streetfood ni ! Hehehe.. Dorang dah tahu dah macam mana Nisa suka green tea tu dibancuh. Nisa suka pekat-pekat dan manis sikit. Kaw kaw punye ! Memang syok tau.






Ahhh syok nya dapat makan churros panas-panas.. Churros yang dijual di Aicruz Sreetfood memang dia goreng lepas customer order ye.. Panas-panas lagi haaa sangat syokkk ! Biasanya memang Nisa memang order churros classic je.. Kirenye churros dengan chocolate dip. Memang sedap weyh ! Churros dorang ni kalau dimakan begitu saja pun sedap.





Haa ini pulak churros special.. Dibungkus di dalam kotak lagi haa.. Churros akan dihidang bersama pisang, chocolate rice, coco crunhc dan chocolate syrup. Layannn jugak ! Boleh tahan kenyang jugak makan set Churros Special ni !





Sis dah kata sis sukaaaa green tea kan ! Kononnya beli sebab nak minum di sepanjang perjalanan pulang ke Pahang. Tapi non hado lah, kereta belum jalan pun Nisa dah minum banyak. Hahaha sedap nauu !





Meh sis belanja lagi close up churros ni. Nisa beli kat Kota Damansara dan drive hampir dua jam pulang ke kampung. Dah sampai kampung so churros pun dah sejuk la kan ? Tapi masih sedappp di makan !!! Tak rasa lemau atau liat pun... Okay jee..






MACAM MANA NAK PERGI KE AICRUZ STREETFOOD ?

Senang nya lahaiii... gerai Aicruz Streetfood yang terletak di Kota Damansara. Taip je Aicruz Streetfood kat waze, terus keluar ! Apa yang susah nye haaa...






Untuk sebarang promosi, info mengenai waktu operasi dan pertanyaan boleh lah follow instagram Aicruz Streetfood okay ? Sekarang semua benda hujung jari, kita rajin atau tak je nak mencari. 


Soo selamat mencuba ya ! Hope you will love it as much I do, eceh !!





3 comments :

Haffizul Iskandar said...

adoi, 1st time dengar churros ni..adoi, tertanya-tanya juga, apa tu? ish! rasa macam ketinggalan jauh sangat! bila cari-cari baru tahu, churros ni kebanyakannya snek berasaskan Choux. paling popular kat Sepanyol, Portugal, Perancis, Filipina, Ibero-Amerika dan Amerika Syarikat Southwestern. jadinya, tak salahlah saya kalau tak tahu kan? hahahaha.

www.ceritaejoy.com

Yatie Owner said...

wa. nampak lazat disitu ;)

Lauw Claudia said...

oh damansara, it reminds me to damansara damai. my friend stays there :)