Saturday, August 13, 2016

Cawangan 7-Eleven yang ke 2000 kini dibuka !





Assalamualaikum...


Haa tidak asing lagi bukan, bila kita bercakap mengenai kedai serbaneka 7-Eleven ? Hampir di setiap kawasan kita mudah jumpa kedai serbaneka ini dan kedai serbaneka ini beroperasi selama 24 jam setiap hari. Di taman-taman perumahan, pusat bandar, kawasan membeli-belah dan kawasan tumpuan orang ramai, pasti mudah kita nak jumpa 7-Eleven ni.


Untuk pengetahuan semua, pihak 7-Eleven baru-baru ini telah melancarkan outlet yang ke 2000 mereka ! Haa banyak tuuuu... !!! Dalam erti kata lain, 7-Eleven kini mempunya 2000 outlet di serata Malaysia ! Wahh satu pencapaian yang besar dan membanggakan bagi sebuah rangkaian kedai serbaneka di negara kita ni.






Outlet 7-Eleven yang ke 2000 ini terletak di The Scott Garden, Jalan Klang Lama. Senang je nak cari sebab lokasi nya sangat strategik, di bahagian luar bangunan yang mengadap ke jalan besar. Haa semua orang kalau lalu kat situ pun boleh nampak dan boleh lah singgah nak beli makanan ke minuman ke kan ?


Menurut wakil dari 7-Eleven, mereka telah mensasarkan untuk menambah 600 outlet baru dalam tempoh 3 tahun iaitu bermula 2014 hingga tahun 2016. Pelancaran ini juga turut mempamerkan konsep kedai terbaru dari 7-Eleven yang lebih moden, tersusun dan mesra pengguna. Kalau korang perasan, kedai-kedai 7-Eleven telah melalui proses pengubahsuaian secara berperingkat sejak tahun 2013 lagi.





Nisa berpeluang hadir ke majlis pelancaran outlet 7-Eleven yang ke 2000 ini di The Scott Garden. Haa meriah nau nau ! Ramai sungguh yang hadir bagi sama-sama menyambut pencapaian ini. Banyak jugak makanan dan minuman free.. ehh ! Hahaha...





Siapa yang rajin ke kedai 7-Eleven (terutamanya outlet yang berwajah baru), mesti korang perasan kan.. 7-Eleven kini menawarkan makanan yang disediakan segar setiap hari ! Yang penting, makanan tu sesuai sangat untuk kita yang sibuk mengalahkan menteri dan memerlukan makanan yang boleh terus dimakan untuk alas perut !


Dinamakan sebagai Fresh to Go, pihak 7-Eleven Malaysia kini lebih komited untuk menyediakan lebih pilihan yang mudah dan segera untuk pelanggan setia mereka. Wah ayat aku ada macam surat khabar tak ? Haha.. Okay nak cakap sikit pasal Fresh to Go ni.. Kita ni buat kerja apa pun, bila dah busy ke sana ke mari, manalah sempat nak singgah kedai and duduk makan kat situ ye dak ? Kan mudah sekarang ni 7-Eleven ada Fresh to Go dan kita boleh beli makanan siap dalam masa kurang 5 minit !




Kalau nak alas perut boleh beli roti yang dibakar segar setiap hari, ada macam-macam jenis boleh anda pilih, nak makanan bebola ayam yang cucuk-cucuk tu pun boleh. Kalau nak makan berat sikit dan berjimat semasa waktu lunch, boleh pilih sandwich, nasi lemak.. mi goreng atau macam-macam lagi lah di ruangan Fresh to Go ni ! Mudah yakmat wehhh ! Kalau beli minuman panas pulak, harga serendah RM2 je weh !




haa ni Nisa nak kongsikan antara menu hot di 7-Eleven ni.. nasi lemak ! Senang lah kalau tak sempat sarapan di rumah tu.. Sebelum sampai ke tempat kerja, boleh beli mana-mana menu di ruangan Fresh to Go di 7-Eleven dan panaskan. Lepas tu boleh makan ! Haaa.. Maklumlah kan ramai warga kota terutamanya, keluar awal dari rumah sebab nak redah kesesakan jalan raya.. Jadi yang sampai awal tu, boleh ke 7-Eleven untuk sarapan dan nikmati minuman panas !




Kalau tak sempat jugak, boleh sambar je sandwich segar kat 7-Eleven niii.. anak-anak or adik-adik yang nak gi sekolah pun boleh ke 7-Eleven dan beli sandwich ni untuk dimakan pada waktu rehat ! Wah wah kemain bernas nyaa cadangan sis ! Mohon hujani sis dengan confetti ! Wahahaha...




Hehehe... 7-Eleven punya famous signature niii.. Slurpee !! Memang syok sangat minum slurpee bila musim panas... wahh segar anak tekak weh ! 




Haha kalau dapat Surpee dengan Big Cup besor yakmat macam ni.. agaknya berapa lama masa diambil untuk habiskan keduanya ? Hahaha...




Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada 7-Eleven Malaysia di atas pelancaran outlet yang ke 2000 ini ! Yeaahhhh cheerrrsss ! (Err tu jus oren je tu muehehehe..) dan terima kasih juga di atas jemputan untuk Nisa sama-sama merasai kemeriahan dan kebanggan 7-Eleven di atas pembukaan cawangan baru ! Memang meriah sangat !!


Jangan lupa ramai-ramai singgah ke cawangan 7-Eleven terdekat ! Duk tulis pasal Fresh to Go ni haa lapar lak, teringin pulak nak rasa nasi lemak dia tu. Wahahaha.... Selain daripada makanan di ruangan Fresh to Go, korang boleh beli pelbagai jenis minuman, makanan ringan, majalah, surat khabar.. haa macam-macam lagi lah !





4 comments :

Lauw Claudia said...

whau, 7eleven in your place is just MORE MAGNIFICENT. Our 7eleven is much more smaller

Unknown said...

Nak tanye nk beli stor 7eleven

Unknown said...

Nak tanye nk beli stor 7eleven

Yatie Owner said...

wa. ok. itu nice. hopely ada dekat kota kinabalu sabah juga. senanglah nak berlari-lari anak ke 7-eleven. tahniah 7-e!