Thursday, August 11, 2016

Bazaar by Roopawan.com di NBOS 2016, dimeriahkan oleh artis-artis Malaysia !





Assalamualaikum semua...


Terima kasih lah masih sudi baca blog Nisa yang hagak sendu dua tiga menjak ini.. Gituu... Oh ye ! Masih ingat lagi blog post Nisa mengenai acara NBOS 2016 ? Apa benda NBOS ni ? Haa sila baca sekali lagi DI SINI okayyy ! Bercakap mengenai NBOS 2016 ini, kalau korang tak pergi yang tahun lepas.. Huii meriah sungguh lahai !





Senarai aktiviti dan artis-artis yang akan terlibat dengan acara NBOS 2016 ini Nisa dah kongsi di blog post ini. Haaa meriah nau nau !! Seronok lahaiii ada artis.. ada aktiviti, ada perkongsian info.. dan tak lupa juga ada bazaar untuk kalian membeli-belah !!




Haa selain daripada persembahan artis, sebuah bazaar membeli-belah turut akan diadakan dan diselia oleh ROOPAWAN.COM ! Haa padia la Roopawan pulak ni kan ? ROOPAWAN.COM merupakan sebuah laman web e-commerce yang menawarkan pelbagai jenama fesyen, produk kecantikan dan banyak lagi. Di laman web ROOPAWAN.COM ni jugak boleh beli produk keluaran artis Malaysia. Tapi di acara NBOS 2016 ini, pihak ROOPAWAN.COM akan melancarkan laman web mereka secara rasmi dan mengadakan bazaar jualan.


Di bazaar oleh ROOPAWAN.COM ini pelbagai jenama fesyen akan turut serta, malah ramai artis Malaysia akan turut sama bukak booth haa ! Seronok la untung-untung dapat selfie sekali dengan tokey kedai ! Wahahah.. Nak beli snek makanan, tudung, baju lelaki dan wanita.. semua adoo ! 


Ehemm.. Nisa pun bukak booth ??!!! Betul ke niii ! Haa Nisa akan buat CLEARANCE SALE ! Satu baju RM20, beli lah dua helai harga jadi RM35 sahaja ! Kalau beli tiga helai dan ke atas, sehelai akan jadi RM15 sahaja.. adoi murah sangat ni ! Haha opss terpromote baju sendiri pulak uollss !!!






Sekali lagi.. jangan lupa datang ke acara NBOS 2016 (PICC, Putrajaya) yee ! Banyak aktiviti menarik lagi tertarik untuk semua peringkat umur.. Ada booth-booth yang menawarkan info menarik untuk semua yang hadir.. ada aktiviti untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah.. setiap hari ada persembahan artis.. gerai jualan.. dan macam-macam lagi lah ! Haaa susah sangat nak paham apa tu NBOS 2016 ni.. sila lah baca blog post Nisa yang ini okay !!






1 comment :

nadhie wueen said...

okay..macam best je. bape ari je lagi ni. :)