Tuesday, June 7, 2016

MASALAH JERAGAT ??? Cuba try test iSKIN dari iBeauty ni....




Assalamualaikum...


Ya Allah rasa tak bertanggungjawab sungguh diri ini, sebab perkongsian untuk produk ini patutnya lama dahhh Nisa update ! Tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Kesibukan Nisa di luar mengurangkan masa untuk Nisa commit kepada blogging dalam sebulan dua ni. Mohon maaf kepada pihak yang berkenaan ya...




Sebelum Nisa berkongsi dengan lebih lanjut mengenai produk iSKIN dari iBeauty ni.. haa sebelum tu sajalah nak kongsi dengan kalian semua... sebelum ni pernah kecoh kejap dunia maya bila founder iBeauty iaitu Puan Ella Danial ada buat giveaway beg tangan jenama Louis Vuitton di facebook beliau. Haa yang tak tahan tu ada jugalah pihak-pihak mulut puaka yang menuduh beliau sengaja menagih share dan likes dari pengguna laman sosial. 

Haa tak baik tau, mana ada palsu nya giveaway tu. Tengok kat atas ni, pemenang bertuah beg tangan berjenama.. Tahniah Puan Syima dari Negeri Sembilan ! Awal lagi dah sampai ke lokasi penyampaian hadiah, disaksikan keluarga yang turut menemani dan juga kami para bloggers. Okay sudah jelas kan semuanya ? Jom kita teruskan membaca...





Baiklah.. haa ini dia produk yang Nisa nak share dengan semua tu... Produk ini diperkenalkan kepada Nisa semasa sesi hi-tea bersama pengasas iBeauty ni lah.. Baru Nisa tahu ada juga produk seumpama iSKIN ini yang fokusnya terhadap masalah jeragat. Ye lah, kebanyakan produk sekarang mesti untuk memutihkan kulit je.. Tapi bukan sekadar membantu masalah jeragat, ada banyak lagi kebaikan lain.




Ini dia pengasas iBeauty, Puan Ella Danial. Maaf lah kualiti gambar macam hape je kan. Boleh pulak terlupa nak bawak kamera! So kamera henpon je la yee... Hehe lawa sangat orang nya. Haa orang kata, kalau nak beli produk kecantikan, kena tengok tuan nya guna tak produk dia sendiri ? Bagaimana hasilnya ? Haa Nisa dah tengok sendiri depan-depan.. memang lawa dan berseri orangnya ! Haa apa lagi, jom berkenalan dengan produknya pulak.








iSKIN Pencuci Muka (diperkaya dengan ekstrak betik) 
  • Mengandungi Vitamin C yang membantu merawat kulit jerawat dan masalah kedutan
  • Memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah
  • Menegang serta melembapkan kulit
  • Melicinkan kulit wajah
  • Mengurangkan pengeluaran minyak atau sebum dalam kulit
  • Membantu membersih dan memutihkan kulit


Krim Malam dan Krim Siang untuk set penjagaan wajah iSKIN




iSKIN Krim Siang SPF 50 :
  • Menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan & garis halus
  • Membantu mengurangkan keradangan & inflamasi kulit
  • Memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
  • Membekalkan nutrien lengkap untuk kulit
  • Menjaga kelembapan kulit dan tampak sekata dengan tona kulit semulajadi anda
  • Membantu menyaman dan menenangkan kulit wajah yang sensitif
  • Memberi kelembapan kulit agar kelihatan segar dan halus
  • Bertindak sebagai Triple Action Whitening





iSKIN Krim Malam :
  • Membantu memudarkan parut dan jeragat pada kulit yang bertindak pada waktu malam
  • Melembapkan wajah serta membekalkan nutrien yang diperlukan oleh wajah ketika tidur
  • Mengurangkan garis halus pada wajah
  • Menjadikan kulit wajah awet muda tanpa cela
  • Memati dan mengecutkan jerawat
  •  Mengawal penghasilan melamin agar kulit sentiasa cerah dan sihat
  • Elemen mikro dalam mutiara serat dengan asid amino dan kalsium mampu merawat kulit wajah
  • Mencegah kulit daripada penuaan dan garis halus





Nak cantik, nak wajah bersih.. kenalah ada usaha sikit dari pihak kita kan ? Produk dah beli, jadi kita kena tahu cara yang betul untuk gunakan produk tersebut agar dapat beri kesan optimum kepada kulit wajah kita kan. Jadi, di bawah ni merupakan langkah-langkah yang dicadangkan untuk menggunakan set iSKIN ini..


Langkah Pertama (Pagi)
  1. Pencuci Muka - Gunakan pencuci muka di waktu pagi. Basuh muka terlebih dahulu sehingga hilang kotoran
  2. Penyegar - Tuangkan penyegar pada kapas muka dan sapukan dengan lembut
  3. Pelembab - Ambil sedikit pelembab di telapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah
  4. Krim Siang - Sapukan krim siang ke seluruh wajah. Ia dapat menghalang kulit san sinaran UV


Langkah Kedua (Malam)
  1. Pencuci Muka - Gunakan pencuci muka di waktu pagi. Basuh muka terlebih dahulu sehingga hilang kotoran
  2. Penyegar - Tuangkan penyegar pada kapas muka dan sapukan dengan lembut
  3. Pelembab - Ambil sedikit pelembab di telapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah
  4. Pigment Booster - Titiskan pigment booster di kawasan jeragat saja. Untuk kesan yan baik, gunakan pada waktu pagi dan waktu malam
  5. Krim Malam - Sapukan krim malam ke seluruh wajah. Ia membekalkan nutrien yang diperlukan oleh kulit ketika tidur



SET PERCUBAAN iSKIN HANYA RM55 !


Jangan risau ye semua ! Produk iSKIN dari iBeauty ni dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang selamat untuk kulit. Semestinya bebas dari bahan merbahaya seperti merkuri yang berlebihan ! Haa gituu.. Produk keluaran iBeauty juga disahkan oleh KKM. Gituu. Jom tengok antara testimoni di bawah :







Untuk lebih info dan testimoni yang sangat meyakinkan rakyat Malaysia (ewahh!) , boleh lah kalian pergi ke website, like facebook page atau follow instagram iBeauty tau ! Link seperti di bawah :







Terima kasih Pn Ella Danial sudi jemput Nisa ke majlis hi-tea !

2x Siang.. 2x Malam.. Teruih Segakk !! Amboi kemain tagline dia !



Terima kasih sudi baca !



4 comments :

idzwa kamaruddin said...

amboiii memang segak sungguh ni ;)

Izzah Othman said...

Mahalah produknya, btw ada Lee Kwang Soo. hahaha XD.

AntBully said...

nisa.. sorry la.. tp i rasa mcm u je yg lg bseri dr pengasas dia... :)
seriously

Mommy Muhaimin said...

Dah ada KKM, rasa teringin pulak nak try. Mana tau sesuai. Heheh. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/