Thursday, June 23, 2016

Buffet Ramadan 2016 - Puspanitapuri Putrajaya



Assalamualaikum..




Haa dah tiba penghujung ramadan ni mesti ramai yang mencari lokasi nak berbuka puasa. Baiklah.. Kali ini khass Nisa nak kongsi kepada mereka yang tinggal di Putrajaya / Cyberjaya.. atau kawasan sekitar seperti Kajang, Bangi.. atau pun sesiapa je lah haa !



Pic credit to : Mawardi Yunus

Pic credit to : Mawardi Yunus

Haa macam mana nak pergi ke sini ? Mudah lah sangat sangat ! Cuma perlu waze PUSPANITAPURI, nanti terusss akan diberikan direction ke sini. Haa senang ke tak ? Kawasan pulak luas dan cantik.Antara kemudahan kat sini ialah kawasan parkir kereta yang PERCUMA, bilik solat yang selesa dan berhawa dingin, kawasan makan yang selesa dan luas. Tak rasa bersesak-sesak pun.


Pic credit to : Mawardi Yunus


Haa ini ruang dalam Dewan Seri Endon di Puspanitapuri. Luas dan selesa kan ? Takde lah nanti berlaga-laga kerusi dengan meja sebelah haha... Satu meja bulat boleh memuatkan 10 orang. Boleh dah ni plan dengan keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka di sini! Jadi.. apa yang best makan kat sini ???






Ya Allah !!! Sedapnya gulai lemak cili api. Ada tiga jenis pulak tuu.. Gambar di atas gulai lemak ketam.. Yang bawah lak gambar gulai lemak ikan masin ! Ya ampun lama nya tak jumpa gulai lemak ikan masin ! Ada satu lagi yang sedap, gulai lemak daging salai. Yang tu Nisa tak sempat pulak nak snap gambor. Tapi Nisa ambik untuk berbuka, memang sedap !!






Suka seafood ? Ini ada hidangan sotong dan udang untuk anda ! Haa yang udang tu pun Nisa kutip masuk pinggan tau! Memang sedap dan puas laa. Sebab memang Nisa gemarkan udang.






KONSEP WARUNG


Buffet ramadan yang diuruskan oleh Azam Pandan Sdn. Bhd. ini mengetengahkan konsep warung. Haa kenapa Nisa cakap macam tu ? Masuk je dewan lihatlah disebelah kanan anda.. terdapat kaunter makanan yang dihias ala warung. Ada yang menghidangkan lemang dan ketupan, ais kacang, buah-buahan...





Haa itu baru kat dalam, Nisa jalan-jalan pulak di bahagian luar... banyak nya jenis makanan! Seumpama pergi ke bazar ramadan la pulak. Kat sini ada sebuah "warung" yang menyediakan apam balik. Haaa world gituu ! Maklumlah apam balik dia ni sedap! Haruslah world kan. Haha. OK memang tak tipu. Sangat sedap dan crispy okay. Dapat pulak yang panas-panas memang ummph !




Haaa aneka sup juga dihidang dalam belanga macam ni. Eh belanga ke namanya ni ? Hahah !! Memang ala-ala tradisional sangat kan ! Sebenarnya banyak sangat lagi jenis makanan yang menarik perhatian, tapi Nisa terlalu asyik pilih makanan sampai lupa nak ambil gambar! Sobs sobs. Siapa yang nak tengok gambar-gambar lain boleh baca blog rakan blogger Nisa - blog Ahmad Fauzi Aryaan atau blog Mawardi Yunus okay ?




Okay masuk dalam balik.. Dah kenyang makan main course, kita sambar desserts pulak. Aneka kek dan manisan serta kuih ada dihidang di tengah-tengah dewan. Nyummss Nisa suka benda manis-manis ni. Gituuu...


LOKASI : 
Puspanitapuri, Putrajaya

HARGA BUFFET :
RM72.00 per pax untuk Dewasa
RM38.00 per pax untuk Kanak-kanak

HUBUNGI : 03-7843 0590





Alhamdulillah.. Kenyang Nisa dan adik Nisa berbuka di sini. Rambang mata dengan juadah yang ada.. Semua Nisa nak lah ! Hahah.. And alhamdulillah jugak I had great times ! Hehe ada kejadian di sini.. itu nanti Nisa update kemudian ya ! Heheh apa-apa pun terima kasih Fuad dari Arkadash KL yang menjemput. Dan terima kasih kepada rakan-rakan blogger !





6 comments :

ayunie ramli said...

Buffet cm ni best kan sbb bleh plih nk yg cm mne. Hrga pn okei je tu 😊

Nurul Syafiqa said...

Bulan puasa ni agak busy. Tak sempat pun nak join mana mana buffet macam ni. Huhu.

Liyliz Yusof said...

wow harga dia berbaloi tu

nadhie wueen said...

wow sedap2 semuanya. tempat pun selesa sangat

Mommy Muhaimin said...

Mewahnya. Macam majlis santapan raja-raja pulak. Heheh. Diari Mommy Muhaimin

Syamil Ramli said...

terbaca plak post ni time tghr..terus pikir nk makan ape ptg ni

Jom tgk kat sini..sape mamat ni Misteri Pemuda Bernama Daniel Tyler