Monday, April 25, 2016

VIDEO | Tutorial Shawl (bersama Picohontas KL)



Assalamualaikum...



Haa kali ni special sikit sebab nya Nisa nak kongsikan video tutorial ringkas pemakaian shawl dan juga berkongsi antara shawl-shawl yang dijual oleh instashop @picohontas.kl . Haa menarik nya kali ini video ini dibawakan oleh @picohontas.kl ! Shawl yang mereka jual banyak corak yang menarik tau ! Jom tengok video..





Hee thanks for watching to those yang tonton video Nisa sampai habis. Video simple tutorial dan juga sedikit close-up corak-corak shawl yang ditawarkan oleh instashop @picohontas.kl  ni. Haa teruskan scroll ke bawah.. ni ada gambar-gambar corak shawl yang Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl nii. semua lawa-lawa sampai tak tahu nak pilih yang manaa haha...




Haa ini shawl corak ala geometri, Nisa suka gabungan warna-warna pada corak ni. Tema ala pink dan purple gitu. Shawl yang banyak warna macam ni memang boleh masuk dengan banyak kaler baju. Kaler merah bata boleh, peach, purple (gelap atau lembut) dan of coss baju kaler pink !






Yang ini pulak corak abstrak dengan warna hitam sebagai warna asas. Corak dia pun ada beberapa warna. Nisa memang suka corak abstrak. Kalau corak dia ada few colours pun bagus sebab macam Nisa mention tadi, Nisa senang nak match dengan banyak jenis baju.





Yang ini menarik perhatian Nisa sebab coraknya ala Burberry gitu. Haa memang femes corak ni. Dan sekarang corak ni dah ada banyak warna. Nisa pilih shawl ni, sebab Nisa suka corak dia, dan Nisa suka warna kuning. Rasa macam naik seri muka pakai kaler kuning kah kah. Oh ye, pada yang nak tengok tutorial camne nak pakai shawl seperti dalam pic ni, boleh tengok video ini.





Last but not least... Shawl dengan corak bunga-bunga.. Yes tema floral pulak ya ! Sebagai perempuan, tak sah la kalau takde printed shawl dengan tema bunga kan ? Nisa suka coraknya yang terletak di bahagian bawah shawl. Nampak ala-ala ada gradient kat situ.. Atas plain, bawah corak. Nisa suka kaler kelabu jugak, sebab tu pilih shawl ini dari instashop @picohontas.kl.



Nisa suka sangat semua shawl-shawl di atas ! Semua Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl haha memang sangat lah memeningkan.. sebab mereka ada banyak juga corak-corak yang menarik, terkini dan of cos la cantik-cantikk.. 


Oh ye, shawl di atas ni semua WIDE SHAWL tauu... lebar dan panjang. Senang sangat nak buat stail labuh tutup dada, dan juga boleh bereksperimen dengan pelbagai lagi jenis stail tanpa perlu singkatkan tudung. Plus material dia sangat ringan dan mudah bentuk. Ada yang Nisa tak payah nak gosok pun, dapat je terus pakai! Haha.. Jadi, jom lah ramai-ramai follow instashop @picohontas.kl dan shopping shawl dengan dorang ye ?




Dibawakan oleh :







4 comments :

Nur aFiQaH said...

wah..cantik2 semuanya..yang penting labuh..

Nur Husna said...

Suka corak bunga bunga and geometry tuuuu.

p/s: kalau rajin sila lah singgah baca :) http://husnawho.blogspot.co.uk/

Norliza Nordin said...

Lame dah tak pakai shawl.. Good sharing 👍

Farah Dafri said...

cantik cantik! suka yg geo purple tu. nisa pun cantik :D