Friday, April 15, 2016

My Makeup Look #1



Hai assalamualaikum semua...


Haa hari ni Nisa nak bercakap mengenai "MY MAKEUP LOOK". Untuk pengetahuan semua.. sejak akhir-akhir ni Nisa agakkk obses nak membeli peralatan mekap.. Tak kisah la produk jenama dalam dan luar negara, berus mekap.. dan sebagainya.. Bila ade duit je lah duk membeli tu hehehe.. Bila dah ada barang-barang nye.. kena lah guna ye dak.. Kalau tak rugi je perabis duit beli tapi dibiarkan berhabuk dalam laci meja mekap. Huhuhu.


Jadi gigihlah Nisa habiskan malam-malam Nisa yang insomnia tu untuk menonton video-video mekap di Youtube.. Haa kalau ikutkan Youtuber luar negara ramai yang guna produk mahal-mahal (mahal lah lepas convert harga ke MYR), produk yang susah dapat kat Malaysia.. dan sebagainya.. Jadi kita sebagai orang yang amatur, yang biasa-biasa ni.. antara tips Nisa ialah sentiasa perhatikan "TEKNIK" mereka. Abaikan jenama produk tersebut.. yang tu nombor dua.. Tengok macam mana dorang selalu sapu foundation, kalau buat eyeshadow tu start kat bahagian mana.. dan sebagainya..



Jadi lately ni Nisa kerap jugak la cuba-cuba teknik Youtubers ni menggunakan apa yang kita ada. Tak semestinya nak kena ada sebijik sejiban macam produk dalam video para Youtuber tu kann...





Ini adalah antara makeup look yang Nisa buat baru-baru ni. Maaf tiada pulak video sebab masa ni Nisa tengah bersiap-siap nak pergi event di KLCC.. So tak boleh lambat. Memang tak sempat lah nak setup kamera semuaa...


Haa nampak tak pipi berkilat kemain tu ? Antara trend mekap yang terbaru ialah penggunaan "highlighter". Macam dalam gambar dia bagi pipi tu nampak berkilat (bukan berminyak!) So bila kita kilatkan pipi, and letak jugak sikit highlighter kat tip of the nose, Nampak naik sikit pipi tu, and dia akan fokus kat highest points of our face. Hahh kemain speaking, nak translate jadi lain lak kang.






Haa kemain dengan eyeshadow sekali tau Nisa pakai hari tu hahah.. Ye lah, dah beli kena lah guna kann.. Rasa rugi pulak tak dapat nak kongsikan tutorial mekap dalam bentuk video untuk look ni.. So far this is my best makeup look kot ? Haha spontan je buat haa... Gambar ni diambil pada waktu petang lepas balik event, lipstick pun dah pudar..


Apa-apa pun, walaupun takde video.. Nisa nak kongsikan dengan uolss senarai produk yang Nisa guna untuk look ini okay ?



MUKA :

  • LT PRO Smooth Corrector Foundation - code Yellow Orange (lihat di sini)
  • Maybelline Instant Age Rewind Eraser Dark Circle Treatment Concealer (lihat di sini)
  • Revlon New Complexion Loose Powder
  • Blush & contour guna LT Pro Blush Powder palette (lihat di sini)


MATA :




KENING :




BIBIR :



MAKEUP TOOLS :
  • The Original Beauty Blender - blend foundation dan concealer di wajah (lihat di sini)
  • Make Up For Ever Precision Powder Brush 128 - set mekap dengan ratakan powder di wajah (lihat di sini)
  • H&M Crease Blending Brush - blend dan ratakan eyeshadow (lihat di sini)
  • Breena Beauty Basic Eyeshadow Brush B212 - apply dan ratakan eyeshadow (lihat di sini)




Fuhhhh selesai list lengkap produk dan tools yang Nisa guna untuk look ni. Nampak simple je mekap Nisa ni tapi kemain haaa barang-barang diaaa... Ini baru hasil kerja cikai-cikai.. Nisa banyak lagi nak kena improve dan belajar teknik yang betul. Buat masa ni memang self taught je la.. Kalau ade rezeki lebih teringin nak belajar personal class untuk proper way mekap hehe...


Rasa rugi pulak tak dapat nak share video on this look. InshaAllah if I ever feel very rajin nak rakam video Nisa mekap atau bersiap, Nisa akan buat makeup video.. definitely NOT a tutorial sebab nya Nisa ni tak layak nak mengajar atau jadi tutor sesiapa hehe..


Apa-apa pun terima kasih kerana sudi baca blog post Nisa.. Hmmm ada cadangan tak, nak buat video apa lepas ni ? Hehehe..









XOXO, Putewi Hensem

Instagramhttps://www.instagram.com/nisa_kay/
Twitterhttps://twitter.com/nisa_kay
YouTube Channel : https://www.youtube.com/TheNisaKay


6 comments :

MG schmidt said...

hehe..
MG tau perasaan membuak2 buak beli brg2 mekap tu tp nisa ok lah guna
MG staun pun belum sure nampak kurgnya ..

Liyliz Yusof said...

cantik la nisa make up

nadhie wueen said...

waaahh.. dah balik dari event pun makeup still cantik lagi :)

timm bill said...

ok mmg xreti lngsung nk mkeup..main pkai bedk n lipbalm..dah siap..haha!

Norliza Nordin said...

Nice! Hehhehe

suhana ibrahim said...

bestnyer pandai make up.. i teruja tengok muka u tau..