Tuesday, March 8, 2016

TEHPENG PIOR , Taman Temerloh Jaya Pahang



Assalamualaikum...


Saja lah nak kongsi berkenaan dengan air yang sejak-sejak ni menjadi kegemaran aku. Air TEH AIS je punnn.. Tapi tah macam mana boleh jadi kesukaan pulak. Sedangkan Nisa bukanlah orang yang menyukai air teh ais, atau teh tarik... atau teh susu.. (as for teh tarik, Nisa pernah addicted kejap lepas tu tak dah)... Pendek kata, tak suka lah air dengan susu ni...


Tapi sejak balik kampung tak lama dulu.. Nisa duk tengok adik Nisa beli air teh ais ni.. eh macam syiok je.. Mak Nisa cakap, along Nisa kalau balik Temerloh pun suka beli air teh ais ni. Teh ais juga dikenali sebagai "teh beng" perkataan yang originally dari Kelantan. Kat sini, gerai dia nama TehPeng pulak. Hahah tak tahu la kenapa..







ALONG TEHPENG PIOR. Ini lah gerai nya. Kalau dari traffic light jalan masuk ke Taman Temerloh Jaya, Temerloh Pahang... straight je sampai nampak gerai ni kat belah kanan. Nak dijadikan cerita, masa pertama kali cuba air ni, masa nak beli tu budak yang jaga gerai tu tegur Nisa. Lahhh rupanya junior masa kat sekolah menengah dulu.. bagus betul tengok budak-budak muda kerja macam ni.. takdelah melepak tak ketentuan hala je kan. Hehehe..








Biasanya memang Nisa akan singgah beli air Tehpeng Pior (read : teh beng pure) ni masa nak balik ke KL. Jadi Nisa akan drive ke depan gerai, buat ala-ala drive thru gitu.. Lebih mudah nak beli. Order bukak tingkap je haaa. Air yang dijual ni pun memang dapat sambutan nampaknya. Mak kata bape kali dia duk ulang bancuh dalam sehari tu. Hmm.. mesti sedap ni kan ?







Mulanya Nisa taknak lah beli sebab takut tak kena dengan anak tekak... Maklumlah Nisa ni sememangnya bukan peminat air teh ais. Tapi dalam cuaca panas sekarang ni... teh ais tu kelihatan sangat lah menyelerakan anak tekak ! Hahahaha... Maka Nisa pun decide untuk teruskan niat membeli tu... Sekali hirup.. perghh ! Kaw nya ! Nak kata pekat sangat sampai ada rasa pahit teh tu takde lah.. nak kata manis sangat pun tak jugak. Just nice gitu. Minum pulak air sejuk tengah-tengah panas.. memang tambah syiok la citer dia..







Jadi.. sebagai orang yang tak meminati air teh ais sangat, maka Nisa rasa air ni sedap laa.. No wonder orang beli beberapa cup sekali gus. Kalau Nisa beli untuk family pun , mesti dorang nak satu sorang. Takpun beli a few cups then balik tuang dalam jag. Semua pun dapat rasa. Hehehe... Nak kata air ni macam air hipster memang tak lah.. sebab nya air teh ais ni boleh beli kat mana-mana..


Memang lah macam takde yang special nya aje teh ais ni kan.. Haha tapi still.. Nisa nak update jugak lah pasal gerai Tehpeng Pior ni. Sesiapa yang nak ambik katering air ni untuk majlis apa-apa, boleh contact nombor kat banner tadi okay.







XOXO,
Putewi Hensem

4 comments :

Lea Ismail said...

nengok pun nampak sedap je. lagi2 minum time panas-panas

Ked said...

Dari dulu lagi teringin nak rasa tehpeng ni keknye sebab jarang masuk tj so tak dapat laa rasa. Huhuhu. Mohon owner bukak satu branch kat bandor temerloh satu cam coffee stall untuk orang belah sini.

CKB said...

teh peng? Pergh taknak besau pulak cawannyaa.

LAma x jenguk blog nisa, makin chantek!

Nabila Syifa said...

Teh peng tu apa.teh ais ke